Author Topic: [Akhbar] Harga minyak naik 10 sen  (Read 544 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
[Akhbar] Harga minyak naik 10 sen
« on: June 01, 2015, 12:16:08 PM »
[Akhbar]

Harga minyak naik 10 sen



Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol akan naik 10 sen seliter.

Kedua-dua RON95 dan diesel akan berharga RM2.05 liter manakala RON97 akan berharga RM2.35 per liter.

Semua harga termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang mana berkenaan.

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, lapor Bernama.

Harga minyak sebelum ini tidak berubah selama tiga bulan berturut-turut dengan petrol RON95 berharga RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Sementara itu, dalam reaksi segeranya, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau berharap harga barang tidak naik ekoran kenaikan bahan bakar itu.

"Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik. Harga barang jangan pula dinaikkan!" kata beliau dalam Twitternya.

Henrymbxs

  • Ivanzumisu
  • Pelawat
  • *
  • Posts: 5
  • Gender: Male
  • I Love Putra Mahkota
Akhbar Harga minyak naik 10 sen
« Reply #1 on: October 02, 2017, 01:52:32 AM »
mungkin juga getah pada penutup botol minyak dan rosak atau tidak ditutup dengan baik. jadi angin dari ekzoz ditolak masuk kedalam fuel tank tu keluar ikut penutup fuel tank....
I trust trading robot for successful investment