Author Topic: [Akhbar] Gunung Kinabalu: 13 mayat ditemui, 6 masih hilang  (Read 735 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
[Akhbar] Gunung Kinabalu: 13 mayat ditemui, 6 masih hilang
« on: June 07, 2015, 02:07:01 PM »
[Akhbar]
Gampa bumi di Sabah. Innalillah.



RANAU - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui 11? mayat di kawasan Gunung Kinabalu susulan gempa bumi semalam, menjadikan 13 angka terkini mereka yang terkorban, kata Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah.
   
Jumlah ini merupakan susulan kepada dua mayat mangsa yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu malam tadi yang dikenal pasti sebagai seorang malim gunung rakyat tempatan dan murid sekolah Singapura.
   
Pasukan itu kini sedang mencari enam lagi individu yang masih hilang, kata Mohd Farhan kepada pemberita di pusat operasi yang dibuka di Taman Kinabalu, pintu masuk ke gunung itu, di sini.
   
Katanya, dua daripada 11 mayat yang ditemui hari ini dibawa turun dari kawasan gunung menggunakan helikopter manakala dua lagi sedang dibawa turun  menggunakan jalan darat.
   
"Tujuh lagi jasad masih berada di Laban Rata dan akan dibawa turun pada bila-bila masa sama ada menggunakan helikopter atau diusung turun oleh pasukan penyelamat," katanya.
   
Mohd Farhan berkata, ketika ini helikopter sedang berusaha untuk mendarat di Laban Rata untuk membawa turun tujuh mayat berkenaan.
   
"Jika keadaan cuaca baik, mayat boleh dibawa turun dengan cepat menggunakan helikopter, kalau tidak kami kena bawa turun ikut jalan darat" katanya.
   
Beliau berkata mayat mangsa warga asing akan dibawa terus ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu manakala mayat warga tempatan akan dibawa ke Hospital Ranau.
   
Menurutnya, identiti mangsa hanya boleh dikenal pasti selepas dihantar ke hospital.         
   
Sejumlah 60 anggota penyelamat masih meneruskan usaha mencari enam lagi individu yang dilaporkan hilang.
   
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.15 pagi semalam dengan gegaran turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. - Bernama