Author Topic: SM BSP  (Read 30834 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
SM BSP
« on: June 27, 2009, 01:53:21 PM »
Apa cerita tentang sekolah menengah bandar seri putra? Macam dah takde orang buat kerja aje. Jangan sampai persatuan penduduk nak kena buat memorandum kat Menteri lagik dah la. Kalau tak bergerak cam tu aje, alamat tahun depan tak buka lagi la.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: SM BSP
« Reply #1 on: June 27, 2009, 09:10:07 PM »
dgr cite sangkut bayaran pd kontraktor... so kontraktor tak sambung kerja

sebelum ni dah pernah hantar memorandum ke?

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: SM BSP
« Reply #2 on: June 27, 2009, 10:42:59 PM »
Main contractor tak bayar? Company2 besar ni memang suka tak bayar hutang. Tu belum masuk kes tak bayar KWSP.

Sebelum ni ada dengar pasal nak hantar memorandum pasal SK BSP. Tapi yg tu dah settle la. Isnin ni boleh start sekolah. Cuma tahun depan macam nak kena buat 2 sesi. Dah nak kena fikir pasal satu lagi sekolah rendah pasal banyak lagi perumahan nak bukak dalam tahun depan ni. TIP & BSP memang ada yg dijangka siap tahun depan.


namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: SM BSP
« Reply #3 on: June 27, 2009, 10:50:57 PM »
feisal... memorandum tu utk sekolah rendah lah ekkk

yg tadi saya cite pasal sekolah menegah

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: SM BSP
« Reply #4 on: June 27, 2009, 10:54:15 PM »
Ya betul. Memorandum tu untuk Sekolah Rendah.
Yg saya tanya tu pasal sekolah menengah la. Jadi penerangan tuan pun betul. Terima kasih.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: SM BSP
« Reply #4 on: June 27, 2009, 10:54:15 PM »



login

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 36
Re: SM BSP
« Reply #5 on: July 03, 2009, 06:52:32 PM »
sekolah menengah bile bukak?

Sahabat

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 161
Re: SM BSP
« Reply #6 on: July 03, 2009, 08:40:43 PM »
sekolah menengah bile bukak?

mcm sekolah rendah jgk kot...last2 minit baru kelam kabut info kt parents sekolah nk bukak...... ;D ;D ;D

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: SM BSP
« Reply #7 on: July 13, 2009, 11:48:49 PM »
Nampak dah ada pergerakan semual di tapak. Ada berita terbaru? Tahun depan boleh buka?

Sahabat

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 161
Re: SM BSP
« Reply #8 on: July 15, 2009, 02:39:05 PM »
Nampak dah ada pergerakan semual di tapak. Ada berita terbaru? Tahun depan boleh buka?

nampak mcm tu jugak....InsyAllah kalu keje berterusan tahun depan sekolah menengah takyah pegi jauh2 dh...kecuali asrama penuhle...

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: SM BSP
« Reply #9 on: July 15, 2009, 03:28:57 PM »
Harap-harap sek menengah tu boleh di buka tahun depan.....tak perlu laa saya hantar anak saya sekolah jauh2....nmpk macm dah ada bangunan yg siap..

Jundullah_232

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 904
  • Gender: Male
Re: SM BSP
« Reply #10 on: September 23, 2009, 02:13:36 PM »
Sekolah menegah tu macam dah abandoned je...

Hari tu nampak ade yg bawak besi keluar.. pekerja pun dah takde... mcm mana projek nie..
takkan satu lagi projek kerajaan terbengkalai...  ???

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: SM BSP
« Reply #11 on: October 02, 2009, 03:58:47 PM »
salam aidilfitri,

isu SM BSP ini dah pun keluar kat BH bertarikh 28/4/2009 oleh sdr SAARI SUNGEP,ajk persatuan penduduk bdr seri putra.
namun bagaimana dengan perkembangan muktahir ni?.saya dimaklumkan ramai juga guru-guru yang minta tukar ke SM BSP namun disebabkan masalah
tarikh siap yang belum pasti, maka ada yang telah dipindahkan ke SM yang berdekatan.

Selasa, 2009 April 28
Masalah besar jika SMKBSP tidak siap
SEBAGAI penduduk tetap di Bandar Seri Putera, berhampiran Bangi Lama, Kajang, saya meminta pegawai Kementerian Pelajaran turun padang untuk melihat kemajuan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putera (SMKBSP).

SMKBSP boleh berbangga kerana menjadi sekolah menengah yang pertama dibina ketika Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang berakhir 2010. Namun sehingga kini sekolah itu belum siap. Penduduk Bandar Seri Putera kini berhadapan dengan masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah, memandangkan sekolah menengah yang berhampiran terletak di Bandar Baru Bangi, kira-kira 18 kilometer dari bandar ini.

Saya mohon Menteri Pelajaran yang baru dapat turun padang untuk melihat dan menyelesaikan masalah ini yang berlarutan begitu lama. Selain itu saya juga meminta Kementerian Pelajaran dapat membina sebuah lagi sekolah menengah di Bandar Bukit Mahkota, kerana tapak sekolah disediakan pemaju perumahan di situ.

Difahamkan penduduk Bandar Bukit Mahkota juga terpaksa menghantar anak mereka bersekolah di Bandar Baru Bangi yang jauh. Kami perhatikan, Bandar Seri Putera pesat membangun dan pertambahan penduduknya begitu pantas sekali. Kalau SMK Bandar Bukit Mahkota tidak dibina dalam waktu terdekat ini, besar kemungkinan SMKBSP tidak dapat menampung pelajar yang ramai.

Penduduk tidak mahu melihat bilangan pelajar di setiap bilik darjah di SMKBSP begitu ramai, sehingga melebihi 60 pelajar yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

SAARI SUNGEP,
AJK Penduduk Bandar Seri Putera,
Kajang, Selangor.

Berita Harian Online: 28 April 2009

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: SM BSP
« Reply #12 on: October 02, 2009, 04:23:32 PM »
Mana orang Kem Pelajaran? Katanya ada pegawai besar duduk sini. Mungkin dia boleh bantu sikit. BBM bukan setakat perlu Sekolah Menengah malah Sekolah Rendah lebih kritikal.

archer

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 93
Re: SM BSP
« Reply #13 on: November 02, 2009, 03:07:05 PM »
tak der update ke on sek men seri putra
No.7, Jalan Impian Putra 4/3,
Taman Impian Putra,43000 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: SM BSP
« Reply #14 on: November 02, 2009, 04:14:52 PM »
Nampak macam dah start balik construction work. Dulu takde guard. Sekarang dah ada guard. Site pun dah clear. Harap kerja2 tu dapat disambung dan disiapkan cepat.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: SM BSP
« Reply #14 on: November 02, 2009, 04:14:52 PM »