Isu Umum Putra Mahkota > Kesihatan & Keselamatan

Mesti Baca!! Penipuan Mengguna Telefon Untuk Mencuri Duit Anda Di Bank

(1/5) > >>

DrCoOL:
Salam,

Ini kisah benar saya baru terjadi siang tadi (25/06/09) lebih kurang jam 1.15 PM, saya menerima automated voice dengan no 11223344 meminta saya mengesahkan transaksi pembelian mengguna kredit kad HONG LEONG , di BERJAYA TIME SQUARE berjumlah RM3,500. Terperanjat katak dan kucing saya kerana saya tidak mempunyai kad kredit dari bank tersebut , tanpa lengah saya menekan butang 0 untuk bercakap dengan "pegawai bank" HONG LEONG dengan nama Mr.Tan.

Dia pun dengan bergayanya menjadii "pegawai" siap suruh saya mengesahkan transaksi, bila saya cakap takde kredit kad tersebut "Wa sir your identity being stolen by someone". Gabra gila bila dapat tau kad tersebut credit limit 10 ribu beb! dah guna 5 ribu lebih. Yang aku ada pun paling tinggi 7 ribu aje, si penipu dapat 10 ribu gila-gila.

Mr.Tan mengarahkan saya membuat lapuran ke BANK NEGARA dan no BNM tu 03-2021 0635 (sila awasi no ni, ada orang TM tak sini , trace mana alamat dia?). Tanpa berlengah terus saya call seorang wanita melayu kot jawab, teragak-agak je menjawab dan meminta no telefon saya untuk dihubungi semula dalam 10-20 min gitu. Sementara menunggu baik saya buat laporan polis kan fikir saya, terus memecut ke Balai Polis B.B.Bangi , separuh jalan "BNM" call, seorang cina perempuan nama Ms.Sharon , siap nak rekod perbualan aduan saya , wah beriya-iya konfiden habis saya pun membuat laporan, perut lapar belum makan tahan je la. Bahaya ni 10 ribu beb!!. Habis semua dia tanya kredit kad berapa keping, bank simpanan berapa baki, sambil memberi jaminan bahawa kalau benar-benar saya menjadi mangsa saya perlu berurusan dengan "technician" dan selepas itu semua transaksi HARAM tu tidak disabitkan kepada saya DAN lepas dapat info 1 akaun ada wang dia terus suruh saya tunggu panggilan dari "technician" untuk program kad ATM saya supaya tidak dicuri maklumat-maklumat saya. Phiewwww memang cemas habis time tu!!.

Selang beberapa minit "technician" call , seorang perempuan cina juga Ms.Wong pula, eh ramai lak org Cina kerja di BNM ni kan? Ms.Wong tanya berapa cepat encik boleh ke mesin ATM, saya jawab 10 minit , "encik sampai saja di itu mesin call sama ya , saya ajar cara program itu kad ATM , lepas itu aaa encik selamat la" konfiden je Ms.Wong cakap. Tapi dalam hati pelik juga mengapa la ramai pula orang cina bekerja di BNM ni?, saya janji 10 minit mau ke mesin ATM terdekat. Belum 10 minit Ms.Wong call , isk bersungguh-sungguh beno nak "menyelamatkan" aku ni

Pelik ni lain macam je , Allah memberi ilham supaya saya cari no BNM dan compare dengan nombor 03-2021 0635 , seingat saya no BNM lain pangkalnya ? cawangan kot , saya terus call 103 directory telefon dan no BNM yang sebenar 03-2698 8044 , call BNM mesin jawab , eh tadi call2 terus je org angkat mcm direct line je hermm...lagi saspen. Biasa la kan menunggu mesin habis berleter baru dapat cakap dengan pegawai BNM yang sebenar, terus saya cerita masalah saya.

Pegawai BNM yang sebenar tu tergelak , ambui aku cemas dia gelak pula... dah mula geram ni. Dia pun mula terangkan macam ni encik hari ni ramai yang call kes macam encik dulu dorang guna AMBANK sekarang HONG LEONG , kalau encik pergi ke ATM ikut arahan dorang encik memang SELAMAT , SELAMAT DUIT ENCIK DIKEBAS , ya Allah Subhanallah , terduduk saya hanya 1 step lagi duit saya yang tak seberapa tu SELAMAT DIKEBAS. Cina tu call tanya encik sudah sampai ka? Ya dengan bersemangatnya dia mendapat makian saya yang tak pernah saya guna maki tersebut kepada orang selama seumur saya, berapi-rapi dan dia terus letak telefon.Lepas tu saya terus buat Laporan Polis  dan saya galakkan kawan-kawan yang terima nasib yang sama , buatlah lapuran Polis untuk bagi kes ni jadi hangat barulah Polis sibuk siasat skit ....kan kan Gila betul ramai penipu sekarang ni.

Begitulah ceritanya.... :D >:(

Matahati:
Salam...
DrCool...terima kasih berkongsi cite nii. Nasib baik tak terkena ya!
Skg mcm2 cara penipuan di lakukan  :o ni jenis manusia yg malas berusaha. Nak kaya cepat!

DrCoOL:
wsalam matahati ,

Tu la nasib baik ... kalau tidak menangis tak berlagu le saya  ;D ;D.

komot:
saya penah dpt call dari mesin yg mengatakan saya ada transaksi rm4K++
dgn kad ambank pada tahun 2007, padahal kad tu dh lama saya cancel.
Nasib baik sy penah keje dgn ambank dulu dn apa yg saya buat,
saya hang up call tu(tak sambung ke customer service dia pun)
dan terus saya call customer service ambnk yg sebetul nya.
On the spot sy suruh dia cek segala akaun yg saya
ada dengan ambank dan inform pasal call yg saya dpt

Dia kata jgn risau, tu semua scam
dan jangan layan dgn call mcm tu
dan dia purely confirmkan kt saya
yg transaksi tu mmg x wujud
dan segala maklumat akaun yg diberikan
mmg tepat spt yg saya ada ....(saving acc, housing loan)
dn mmg x ada langsung kad kredit transaction.

So pengguna di luar sana....jgn panik bila dpt call mcm tu
yg sebaik nya, hang up that call,
then cari yg sebetul nya no customer service bank tersebut
dan sila check segala akaun yg kita ada dgn mereka
kalau ada kad kredit, sila check each transactions

Sahabat:
Dah sampai tahap ini diorang ni menipu, Bank Negara pun digunakan..btw apa tindakan BNM dlm kes mcm ni ye???

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

Go to full version