Author Topic: GOTONG ROYONG PERDANA PENDUDUK SEKSYEN 2&3  (Read 4877 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

ibnumas

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 36
GOTONG ROYONG PERDANA PENDUDUK SEKSYEN 2&3
« on: 03 Jul, 09:22:46 AM »
Assalamualaikum wbt...
salam hormat...

Semua penduduk seksyen 2&3 Bandar Bukit Mahkota, lelaki dan wanita, penduduk tetap atau penyewa,  dijemput untuk turun beramai2 ke Gotong Royong Perdana yang akan dijalankan pada :-


TARIKH      : 12 / 07 / 2009 (AHAD)
MASA         : 7.30 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT BERKUMPUL   : PUSAT OPERASI PERSATUAN PENDUDUK
                                         SEK. 2&3 BBM (HADAPAN SURAU)

ATURCARA MAJLIS:  7.30 pg – Pendaftaran & senaman tradisi
        8.00 pg – Doa
        8.05 pg – Ucapan  Pengarah Program
        8.10 pg – Perasmian
        8.20 pg – Sarapan, taklimat  & gotong royong
        12.00 tgh – selesai gotong royong  dan makan


- Anda digalakkan membawa peralatan gotong-royong seperti cangkul, tajak, pencakar, parang, pungkis dan lain-lain.
- Kaunter pendaftaran ahli persatuan penduduk juga akan dibuka pada hari tersebut. Kami mengalu-alukan penduduk yang masih belum menjadi ahli dapat mendaftar sebagai ahli persatuan.
- bagi sesiapa yang berminat untuk membeli baju kemeja T persatuan, boleh mendapatkannya pada hari tersebut atau menempahnya lebih awal.
- Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-2695075 / 019-3948784
Kerjasama anda semua amat-amat diharapkan demi untuk menjaga kebersihan dan keselamatan semua pihak.

Terima kasih.  :)




 
« Last Edit: 03 Jul, 09:37:45 AM by ibnumas »

ibnumas

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 36
Re: GOTONG ROYONG PERDANA PENDUDUK SEKSYEN 2&3
« Reply #1 on: 09 Jul, 09:54:04 AM »
assalamualaikum wbt...

satu taklimat akhir bersama penduduk berkenaan program gotong royong akan diadakan pd. malam nie 9/9 di surau sek 3...jam 9 mlm....harap penghuni2 sek 2&3 yg ada dlm nie dpt turut serta...insyaAllah...tk.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: GOTONG ROYONG PERDANA PENDUDUK SEKSYEN 2&3
« Reply #2 on: 29 Oct, 03:18:23 PM »

Salam,

Dengarnya ada gotong royong pada 17 November 2013 nanti.
Ada sapa2 yg boleh bagi detail dan tantatifnya tak ?

Sekian,
___________________
aku /..PMB

wanzizou

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
  • Gender: Male
  • Zinedine Zidane
Re: GOTONG ROYONG PERDANA PENDUDUK SEKSYEN 2&3
« Reply #3 on: 12 Nov, 11:00:19 AM »
sebelum ni nmpak byk kain rentang ttg gotong royong ni.. tp kebelakangan ni hanya nmpak 1 sahaja di surau.. jadi ke gotong royong ni..?

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: GOTONG ROYONG PERDANA PENDUDUK SEKSYEN 2&3
« Reply #4 on: 12 Nov, 03:00:18 PM »
Tak salah pada pembacaan sy semlm...gotong royong perdana sek 2&3, tp dari mula nmpk mcm ada penduduk sek 2&3 yg tak tahu...pelik gak.
tak de sesapa dari sek 2 or 3 yg leh bagi confirmation ke?
Hari ahad ni kan?