Linked Events

  • AGM JMB MAwar: August 02, 2009

Author Topic: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR  (Read 7131 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« on: July 15, 2009, 05:12:50 PM »
Pemilik Unit Pangsapuri Seri Mawar

Tuan / Puan,

PER: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita kami menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat agung pertama JMB Seri Mawar yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 2 Ogos 2009

Masa : 8.45 pagi

Tempat : Dataran Seri Mawar, Pangsapuri Seri Mawar

2. Diharap dengan kehadiran pihak tuan, majlis ini akan lebih bermakna.

3. Dikepilkan atucara majlis pada hari tersebut.

Kerjasama dari pihak puan amat kami hargai.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..........................................

(EN. A RAHIM BIN MD TOP)

Pengerusi

JMB Seri Mawar



------------------------------------------------------------



AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA


JMB SERI MAWAR SESI 2008/2009

Tarikh: 2 Ogos 2009

Tempat: Dataran Seri Mawar, Pangsapuri Seri Mawar

7.00 pagi - 8.00 pagi Senam Aerobik dan Poco – poco

8.00 pagi - 9.00 pagi Demonstrasi & Pameran Bomba

8.30 pagi Kehadiran dan Pendaftaran Para Tetamu

8.45 pagi Kehadiran Jemputan Khas

9.00 pagi Majlis Bermula

9.05 pagi Ucapan Aluan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar

9.15 pagi Ucapan Aluan oleh Pengerusi JMB Pangsapuri Seri Mawar

9.20 pagi Ucapan Aluan dan Perasmian oleh Pesuruhjaya Bangunan MPKj

9.30 pagi Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Penubuhan

9.45 pagi Laporan Kewangan JMB sesi 2008/2009

10.00 pagi Laporan Akitiviti JMB sesi 2008/2009

10.10 pagi Lain – lain Hal

11.00 pagi Majlis Tamat dan Jamuan Ringan

* Tertakluk kepada perubahan

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #1 on: August 04, 2009, 07:57:52 PM »
AGM Berjaya Dijalankan
Dikirim oleh Kyreel 04 Ogos 2009 pada 7:01 PM


Bandar Seri Putra, 2 Ogos 2009. Kerjasama semua pihak telah menjayakan Mesyuarat Agung Pertama Pangsapuri Seri Mawar (AGM-1 JMB Mawar).

Gambar boleh diperolehi disini http://www.facebook.com/album.php?aid=96363&id=91019927486

Seperti yang dirancang, bermula 7 pagi orang ramai mula turun untuk aktiviti pertama: Senam robik dan poco-poco. Sekitar 30 orang telah turut serta acara senam ini. Jurulatih Mizi telah memulakan dengan gerakan memanas badan dan diteruskan dengan gerakan utama. Hampir 45 minit sebelum ianya ditamatkan.





Seterusnya, taklimat dan latihan pemadaman kebakaran. Dua jemputan daripada Balai Bomba Bandar Baru Bangi telah hadir untuk sesi taklimat ini iaitu En Mazlan dan En Zamri dari Unit Latihan. Taklimat daripada En Mazlan sangan menarik perhatian hadirin bila mana beliau mengatakan masa pihak Bomba untuk sampai ke Mawar sekitar 20 minit sedangkan kalau penduduk tahu langkah awal pemadaman api, kebakaran dapat dipadamkan dengan segera. Sebagai contoh, jika kebakaran berlaku dalam kuali, perkara paling mudah adalah dengan menutup dengan tudung aloi (biasa ada di rumah).







Selain itu dengan harga RM120++ pemilik rumah dapat membeli satu tong pemadam api yang diiktiraf untuk menyelamatkan rumah Mawar yang sekarang harga pasaran sekitar RM85 ribu. Kegunaan pemadam api bukannya susah sangat, kanak-kanak pun boleh menggunakannya. Tak boleh angkat, tarik sahaja tong yang tahan lasak itu.

Seterusnya latihan kebakaran diberikan kepada penduduk Mawar. Sebelum semburan boleh dilakukan, pastikan pin keselamatan dicabut. Selepas pin dicabut, lakukan satu cubaan semburan. Satu bunyi 'pop' akan kedengaran jika pertama kali digunakan. Halakan muncung semburan kea arah api serta pastikan ada berada pada posisi mengadap angin. Dengan satu semburan tak sampai 5 saat, apa dapat dipadamkan. Mudah dan ianya mengelak daripada apa melarat. "Tetapi perlu ada keberanian", ujar En Mazlan.

Mesyuarat dimulakan sedikit lewat dengan kehadiran OCS Ramlan (Ketua Balai Polis Bangi), En. Fadzri (Wakil Bangi Height) dan En. Ramli (Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar). Manakala, wakil MPKj tidak dapat hadir.



Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada En Ramli, Pengerusi Persatuan Penduduk. Beliau antara lain menyeru penduduk dan pemilik sama-sama menyokong JMB agar segala urusan dapat dijalankan dengan baik. Seterusnya akan memberi manfaat semula kepada pemilik dan penduduk.



Seterusnya, OCS Ramlan dijemput (secara spontan) untuk memberi sepatah dua kata (sebab wakil MPKj tak hadir). Beliau juga berharap apa yang JMB lakukan dapat membantu pihaknya menangani masalah jenayah dalam kawasan Mawar. Setakat ini, kes-kes di Mawar didapati sangat kurang dan berharap ianya dapat dikekalkan.



En Rahim, Pengerusi JMB pula mengambil giliran. Beliau menyeru agar pemilik dan penduduk terus membayar wang penyenggaraan dan kutipan lain agar JMB dapat beroperasi pada tahap yang optimum. Beliau juga menegaskan bahawa slogan JMB "Daripada Penduduk, Untuk Penduduk" akan terus didokong dalam perlaksanaan tugas seharian JMB. Sebarang masalah boleh terus dirujuk kepada pejabat JMB atau boleh melalui wakil persatuan penduduk. Ini kerana, setiap mesyuarat JMB, wakil persatuan turut duduk bersama dalam memberi pandangan dan sebagai agen 'check-and-balance".

Majlis berhenti rehat sebentar untuk memberi laluan kepada tetamu kehormat untuk beredar.







Apabila majlis bersambung, pembentangan minit mesyuarat penubuhan dan aktiviti oleh En Khairil dan En Zamzuri. Seterusnya pembentangan laporan kewangan. Seperti kebiasaan ada berberapa perkara dibangkitkan. Akhirnya, majlis dibuka untuk sebarang cadangan atau isu. Sebelum beredar, 4 ahli JMB baru telah dipilih untuk menguatkan JMB.

-Kyreel-

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #2 on: August 05, 2009, 08:52:02 AM »
Minta maaf kerana tak dapat memenuhi undangan yang di terima.  Nampak nya ketidakhadiran wakil dari MPKj telah menjadi trend. Tiada wakil dari MPKj yang menghadiri AGM VSP. Macam tak de komitment dari pihak majlis aje..

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #3 on: August 05, 2009, 03:58:55 PM »
Terima kasih CaptRahman. Tak mengapalah, mungkin jemputan lain ada kekangan lain yang perlu diselesaikan. Bagaimanapun, ke gagalan wakil MPKj untuk datang sedangkan kita telah menalifon berkali-kali amatlah DIKESALI. Ini sangat memberi impak yang tidak baik kepada MPKj sendiri. Kami akan cuba berjumpa dengan pihak COB berkenaan ini dan juga beberapa isu yang perlu perbincangan dengan COB dalam masa terdekat ini.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #4 on: August 10, 2009, 06:22:27 PM »
Tahniah kerana berjaya menjalankan AGM dan aktiviti sampingan.

Saya rasa komitment MPKj ni terlalu rendah. Adakah sebab kita jauh? Nak kena buat sesuatu sebab selama ni pun pemaju yang nampak lebih bersungguh.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #4 on: August 10, 2009, 06:22:27 PM »



namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #5 on: August 11, 2009, 08:24:34 AM »
setuju dengan feisal

mungkin kita (JMB) boleh sama2 'sergah' mereka dan nyatakan apa yg kita rasakan. Mereka seakan2 cuba lepas tangan. Alasan tidak cukup orang tak cukup kuat membolehkan mereka lepas tangan begini.

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #6 on: August 11, 2009, 08:27:25 AM »
Mungkin kita boleh mengaturkan satu pertemuan dengan COB disertai oleh semua wakil JMB di BSP dan BBM.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB SERI MAWAR
« Reply #6 on: August 11, 2009, 08:27:25 AM »