Salam,
Setiap malam antara pukul 9 malam - 6 pagi, kualiti udara di kawasan ini adalah amat membimbangkan. Kalau di amati, kita boleh lihat particle2 kecil berterbangan di bawah sinaran lampu jalan. Perkara ini bukan baru. Sebelum ini, cuma bau masam yang tidak menyenangkan. Sekarang bau asap and kesusahan untuk bernafas.
Pernahkah kita terfikir, sekiranya perkara ini berterusan, apa yang akan berlaku kepada kesihatan kita? Bayangkan majority penduduk di sini mendapat penyakit paru2 walaupun tidak merokok, atau, worse masaalah paru-paru pada kanak2.
Sekiranya perkara ini normal, kenapa asap itu di lepaskan cuma waktu malam dimana majoriti kita ada di dalam rumah? Seolah2 untuk mengurangkan impak masaalah ini? Atau tidak mahu di kesan?
Kenapa kawasan ini yang menjadi target? Tapi saya kira, kawasan Seri Putra juga terbabit sebab pernah saya kesana pada waktu malam dan didapati perkara yang sama berlaku di sana. Mungkin mengikut tiupan angin?
Jadi, apa yang kita buat? Apa yang wakil rakyat di sini buat? Apa Majlis Perbandaran dan Jabatan Alam Sekitar buat? Masing2 duduk di atas "fat bottoms" masing2 dan mengatakan "itu bukan masaalah mereka?" Kesihatan umum bukan masaalah mereka?
Mari kita semua utarakan masaalah ini ke Jabatan berkenaan sebelum investment kita di dunia ini terjejas....