Author Topic: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA  (Read 19127 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #15 on: September 07, 2009, 09:14:34 PM »
aduan telah saya buat Seperti berikut.. diharap penduduk lain juga turut menghantar aduan.:

Saya adalah penduduk beralamat di,

Seksyen 6,
Bandar Bukit Mahkota,
43300 Kajang, Selangor.

Hampir setiap malam lebih kurang selepas pukul 6.00 petang kami menghidu bau asap dan bau busuk di udara.  Ahli keluarga saya telah mengalami 2 kali serangan athma pada waktu malam  dan dipercayai hasil dari kualiti udara yang rendah.

Perkara tersebut juga ada dibincangkan di portal komuniti kami.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491

Saya berharap agar pihak tuan dapat menjalankan siasatan.

Terima Kasih.
Sulaiman Sabur.
« Last Edit: September 08, 2009, 08:52:10 AM by Sulaiman Sabur »

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #16 on: September 08, 2009, 08:51:24 AM »
Berikut ialah reply dari DOE :

Salam sejahtera,

Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan di atas aduan yang dikemukakan. Untuk makluman, aduan tuan telah dipanjangkan kepada JAS Negeri Selangor untuk tindakan susulan. Sebarang pertanyaan lanjut dan bagi mendapatkan maklumbalas boleh diajukan kepada JAS berkenaan di talian 03-5541 4000 atau email aduansel@doe.gov.my dengan menyertakan kod rujukan aduan di atas. Sekian, terima kasih.

Unit Operasi
Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
________________________________________
From: webmaster@doe.gov.my [webmaster@doe.gov.my] On Behalf Of Sulaiman Sabur [sulaiman@offshoreman.com]
Sent: Tuesday, September 08, 2009 4:53 AM
To: Unit Operasi
Subject: Aduan: - Pencemaran Udara (Bau busuk dan bau asap di malam hari)

Submitted on 07/09/2009 - 20:53
Submitted by anonymous user: [124.13.11.211]

Submitted values are:

 Name: Sulaiman Sabur
 No. Telefon/Hp: **********
 Email: sulaiman@offshoreman.com
 Perkara: Aduan: - Pencemaran Udara (Bau busuk dan bau asap di malam hari)
 Kategori: Lain-Lain
 Mesej:
Saya adalah penduduk beralamat di,

Seksyen 6,
Bandar Bukit Mahkota,
43300 Kajang, Selangor.

Hampir setiap malam lebih kurang selepas pukul 6.00 petang kami menghidu bau asap dan bau busuk di udara.  Ahli keluarga saya telah mengalami 2 kali serangan athma pada waktu malam  dan dipercayai hasil dari kualiti udara yang rendah.

Perkara tersebut juga ada dibincangkan di portal komuniti kami.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491

Saya berharap agar pihak tuan dapat menjalankan siasatan.

Terima Kasih.
Sulaiman Sabur.

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #17 on: September 08, 2009, 09:10:07 AM »
assalamualaikum,

1.saya pun dah maklumkan berkaitan isu pencemaran udara & bau toksik ini kepada ahli majlis MPKj zon 24, sdr mazwan johar
utk tindakan selanjutnya.Difahamkan, insya-allah pada hari rabu /16-09-2009 akan diadakan satu perjumpaan ahli majlis , MPkj & pemaju Araprop di Menara MPkj..semua aduan & cadangan hendaklah dimaklumkan kepada beliau utk dicari jalan penyelesaian terbaik.insya-allah.
sila layari blog : http://mpkjzon24.blogspot.com/ utk maklumat lanjut.

2.satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Hj Alwi, Prof Khairuddin dan sahabat prihatin daripada sek5 telah pun mengambil inisiatif bagi memaklumkan isu pencemaran ini kepada pihak MPkj (Tuan Hj Arshad).Namun maklumbalas yang diterima memaklumkan pihak Mpkj akan cuba berkerjasama dgn pihak MPN bagi mencari punca pencemaran ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. selain itu juga jawatankuasa ini juga telah menjalankan edisi siasat bagi mencari punca sebenar pencemaran udara ini termasuklah meninjau tapak kawasan perlupusan sampah Sg Kembong samada ada berlakunya pembakaran terbuka atau sebaliknya.Selain itu, jawatankuasa ini juga meninjau kawasan perindustrian Nilai bagi mengenalpasti punca pencemaran ini.

3.Berikut adalah hasil tinjauan utk makluman bersama:

E-mail (1)
[BukitMahkotaSek5] Sumber bau busuk... satu tekaan... tepat...
            
   

Aug 23
Khairuddin
 to BMsek5
   

Salaam,
 
Petang tadi saya telah buat survey akan kejiranan kawasan perindustrian Nilai. Ini merupakan sambungan dari survey yg telah saya buat 2-3 minggu lalu. Ketika melalui jalan ke arah kilang-kilang bateri, saya terbau bauan busuk yg memang menjadi kebiasaan kita setiap malam. Lalui jalan tersebut 4-5 kali dan dapat sahkan bahawa punca bau itu ialah dari kilang "Corrugated Packaging". Bau ini ialah gas mercaptan yg terhasil dari penapaian kertas. Mungkin JK Penduduk dapat mengambil tindakan akan perkara ini. Sekian Terima kasih.
 
Khairuddin

Gagak ialah sejenis burung yg memakan bangkai dan makanan tertapai. Tarikan mereka ialah kepada bau mercaptan yg dihasilkan kilang itu. Dibelakang kilang itu saya dapati lebih kurang 30 - 50 ekor burung gagak berkumpul atas pokok akasia berdekatan atau terbang disekitar belakang kilang itu.
 
Khairuddin
 
****************************************************************************************************************************
Salaam,
 
Kita sekarang ada dua jenis bau. Yang dari Sg Kembong kita dah tahu and took action. Yang lagi satu ni if its mercaptan...on what basis kita nak mengadu...nampak macam tak bahaya cuma bau je macam nak muntah. Saya sertakan one finding on mercaptan.
 
 
What is mercaptan?

Natural gas in its native state is colorless and odorless. Mercaptan is the harmless, non-toxic chemical that is added to natural gas to make it easier to detect in case of a leak. The most important thing to know about mercaptan is that it stinks. Some people compare it to the smell of rotten eggs.

If you don't know what mercaptain smells like, we can send you this free brochure.

In a concentrated form, the smell is almost unbearable. And it takes only a few parts per million of mercaptan to give natural gas a smell. That is precisely why we add it to natural gas. If we did not add mercaptan, it would be hard for you to know that unlit natural gas was coming from your stove after you left the valve turned on. And leaks from furnaces and hot water heaters would be nearly impossible to detect without expensive equipment. So mercaptan's smell is a very valuable safety feature.

Mercaptans contain sulfur. That's what makes them smell. The kind we use blends well with natural gas and, in a gaseous state, has much the same properties as natural gas, so it will also rise and dissipate with natural gas.

There are other uses for mercaptans in industry, including jet fuel, pharmaceuticals and livestock feed additives. They are used in many chemical plants. Mercaptans are less corrosive and less toxic than similar sulfur compounds found naturally in rotten eggs, onions, garlic, skunks, and, of course, bad breath. In other words, forms of mercaptan can be found in things that smell.

 

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #18 on: September 08, 2009, 09:28:01 AM »
Asalamualaikum ..

Pantau dari Pasukan Jabatan Alam Sekitar telah dibuat.  .
Tinjauan rondaan RELA Bkt Mahkota telah bertemu TEAM dari JAS ini . Mereka telah mendirikan Khemah Pantauan di Sempadan Bkt Mahkota - Nilai ( Sempadan S'gor - NS ) berhampiran pondok jaga. .

..tak tahulah pulak apa hasil reaseach mereka. . mungkin dalam perhatian la tu .  ;D
___________________
aku /..PMB

wan1973

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 1
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #19 on: September 08, 2009, 11:00:54 AM »
Assalamualaikum,
Memang malang kepada mereka2 yg terjejas dengan masalah asap/jerebu. Keselesaan terganggu, kesihatan merosot, perasaan tertekan. Teringat saya pada penduduk sekitar kawasan pertanian kampung Johan Setia, Klang terutama yg beli rumah di Taman Botanic, Bukit Tinggi dan Bandar Puteri yang menderita akibat asap dan jerebu dari aktiviti pembakaran batas kebun sekitar bulan 5 hingga 7 setiap tahun. Apa yg boleh dikatakan, kesan terburuk jerebu dirasakan antara waktu senja, sepanjang malam hingga sebelum naik matahari esoknya. Berkenaan kisah Pn Hasinah yang nampak dengan jelas partikel asap dalam cahaya lampu. Ini ada kaitannya dengan sifat udara yang dipengaruhi suhu. kalau kita ingat lagi subjek sains, dikatakan udara panas itu ringan dan udara sejuk itu berat. Dalam kes Johan Setia, pembakaran batas bermula jam 8 pagi dan mengambil masa hingga seminggu untuk padam sebab akar2 hanya berasap dan tidak menyala. Selalunya waktu siang yang panas dan berangin, asap2 ini akan menjadi ringan dan senang bergerak sejauh yang ditiup angin. Bila masuk waktu senja dan suhu mula turun, udara yang mengandungi asap akan jadi berat dan akan settle di permukaan bumi. Begitu la keadaannya dipanjang malam hingga la naik matahari esoknya asap akan kembali ringan dan bergerak lagi ikut angin. Apa yang berlaku, by the time masuk senja dan malam, asap tersebut stop bergerak betul2 di kawasan perumahan Bukit Tinggi, Botanic dan Bandar Puteri. Memang menderita penduduk di kawasan2 tersebut dari senja sampai subuh. Sama juga dengan aktiviti lain seperti pembakaran terbuka tapak sampah atau perkilangan, kalau kilang itu jauh sekalipun memang asap chimneynya akan sampai juga di tepi rumah kita menjelang malam kalau kena dengan arah anginnya.

anis

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 4
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #20 on: September 08, 2009, 11:46:13 AM »
why not kita buat satu petition dan dapatkan tandatangan semua penduduk? cara tu lebih baik sebab komplen majority. Sesapa nak cadangkan kepada persatuan penduduk atau take the lead silakan.

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #21 on: September 08, 2009, 09:39:40 PM »
Hari ni DOE ada telefon utk follow up kes ini.  (Tahniah sebab tindakan yg cepat).  Beliau bertanyakan tentang sumber bau tersebut samada saya pasti dari kawasan perindustrian atau tidak...

Jawapan saya:

Tak tahu.  Tapi yang pasti bau busuk dan tengik pada waktu malam.  Berdasarkan Forum komuniti kami, sumber dipercayai berpunca dari Pusat Pelupusan Sampah Sg. Kembung dan kawasan perindustrian Nilai. 

Saya juga ada memaklumkan yg terdapat badan kerajaan lain yg telah setup khemah utk memantau keadaan tersebut.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #22 on: September 09, 2009, 07:54:38 AM »
Nasib baik ada orang sampaikan aduan melalui saluran yang sepatutnya.

zarin

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 139
  • Gender: Male
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #23 on: September 09, 2009, 05:54:59 PM »
Saya sampai dah ada perasaan menyesal beli rumah kat seksyen 6 (Bukit Mahkota) ni. Kenapa la tak fikir kewujudan kilang kat sekeliling kawasan Bukit Mahkota masa beli baru ni. Bayangkan semalam baru keluar rumah pukut 10 lebih dah ada bau busuk. Adik saya datang pun boleh tanya bau longkang dari mana. Entahlah.... Saya tak tau nak harapkan pada siapa untuk selesai isu ni. Nak harap MPKJ, JAS tak tau le, Nak harap wakil rakyat, langsung tak dengar suara. Belum masa pilihanraya je kot, ataupun guna reason u all tak beritahu mana i tahu. Busuknye!!!! Masalah yang paling susah adalah kilang tu wujud dulu dari kawasan perumahan kita. Kecewanya rasa duduk kat kawasan macam ni, selama ni tgk tv aje masalah orang, sekarang dah kena batang hidung sendiri baru tahu.

Wassalam. >:(

Salam semua,
Saya pun ada perasaan menyesal juga beli rumah kat sini. 4 hari lepas outstation dan masa on the way back mmg dah terpikir nak buat aduan masalah bau ni, sampai aje rumah dlm jam 530pm td.. berggghhh bau TENGIK baik punya menyambut kepulanganku.. GREAT.

Then terus online dan alhamdullillah bila tgk topik ini ramai yang response. Terima kasih yang membuat aduan termasuk en. Sulaiman, en.zul dan sahabat yang lain. Masalahnya kat sini ia melibatkan dua majlis pembandaran dan DUN yang berbeza.. maybe agak sukar tapi insya Allah kita boleh berusaha. masalah lain plak kawasan perindustrian ini wujud dulu (rasanya lah) dari seksyen 6 ni.. cuma persoalan nya mcm mana lah MPKj boleh bagi kelulusan utk projek perumahan yang berhampiran dgn tapak industri.


Oklah dah pun beli rumah dah hampir 3 tahun dah membayar. Sekarang ini layan ajelah .. insya Allah ada rezeki anak anak carilah tempat lain plak.. maybe seksyen 7 kat BBM nanti.. (sebelah kilang juga hehe)

Sekian, terima kasih.

salam,
zarin


OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #24 on: September 17, 2009, 04:26:36 PM »
Perkembangan terkini,

Selepas Jabatan ALam sekitar selangor menelepon hari tu, rasanya punca masalah terbabit bukan dalam lingkungan kuasa mereka.  Inaya dibawah kuasa Jabatan ALam sekitar Negeri Sembilan.

So hari ini saya mendapat call dari Jabatan alam sekitar.  Berikut makluman beliau (Lebih Kurang),

"Hari ini 17 Sept, 2009,  Jabatan Alam sekitar dan MPN (Majlis perbandaran Nilai) Telah membuat operasi bersepadu untuk mengenalpasti punca masalah bau busuk yang dilaporkan. Hasil operasi mendapati bau busuk berpunca dari satu lot tanah yang dijadikan pusat kitar semula sampah (dekat dekat dgn area Arab Malaysian).   Pihak DOE & MPN telah menyampaikan compound kepada pemilik tanah berkenaan melalui pekerja yg ditemui di sana."

Semoga makluman berikut dapat kita kongsi bersama dan kita di Putra-Mahkota.com ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana mengambil tindakan yg sewajarnya.

wanna be R3 owner

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 126
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #25 on: September 17, 2009, 04:45:58 PM »
Saya pun nak ucapkan terima kasih atas tindakan segera tu. Bersama kita doakan agar masalah ni selesai. Tapi pemilik tanah lot tu tak boleh percaya sangat tu... >:( Dibuatnya perangai mcm tuan lembu yang berkeliaran tu malang lagi la kita. Terima kasih jugak pada En. Sulaiman. ;D

Trojan5

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2668
  • Gender: Male
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #26 on: September 17, 2009, 04:50:35 PM »
Terima Kasih utk  En Sulaiman......  ;D ;D ;D ;D ;D

Aman sket skang rasanya.....

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #27 on: September 17, 2009, 05:15:55 PM »
Menurut pegawai tadi tu, bukan saya seorang saja yang buat laporan.  Ada ramai lagi sebenarnya.  So kita patut berterima kasih kepada sahabat sahabat lain yg 'dibelakang tabir' tu yang turut membuat laporan.  Salah satu tujuan mereka menelepon sebenarnya utk saya war warkan perkembangan tadi kepada semua melalui forum.  Dari situ kita tau yg mereka tau kewujudan forum ini. 

walau apa pun terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

wanna be R3 owner

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 126
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #28 on: September 18, 2009, 08:37:25 AM »
Terima kasih pada sahabat kita dibelakang tabir tu jugak... time kacihhhhhhh..... ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
« Reply #29 on: September 18, 2009, 09:26:42 AM »
    Thursday, September 17, 2009
    Maklumbalas berkaitan pencemaran udara akut di bdr bukit mahkota....
    assalamualaikum,

    alhamdullilah, dikongsikan maklumbalas yang telah diterima berkaitan aduan pencemaran udara akut di bukit mahkota baru-baru ini.Semoga lepas raya nanti, sama-sama kita doakan masalah bau asap & bau busuk ini dapat diatasi dengan sebaiknya..sekian untuk makluman semua.

    Salam hormat,
    Biro Pengurusan & perhubungan awam,
    Persatuan Penduduk Sek5,
    Bdr Bukit Mahkota
    Blog mahkota5 : www.mahkota5.blogspot.com.my


    From: Mohd. Nor Mohamed Azalli
    Sent: Thursday, September 17, 2009 3:27 PM
   
    Subject: Aduan - Bau Asap dan bau busuk

    Salam, En. Zulkifli
    Aduan tuan telah disiasat oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bersama pihak Majlis Perbandaran Nilai pada 17 September 2009 dan telah mengenalpasti punca-punca pencemaran bau asap dan bau busuk tersebut.
    Tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa Jabatan dan Majlis Perbandaran Nilai ini akan diambil terhadap premis-premis tersebut dan memantau perkara ini agar pencemaran tersebut tidak berulang di masa hadapan.
    Pihak tuan akan dimaklumkan perkembangan bagi aduan ini.
    Keperihatinan pihak tuan dalam perkara ini adalah amat dihargai.
    Sekian, terima kasih.
    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
    Mohd Nor bin. Mohamed Azalli
    Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan