Author Topic: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi  (Read 46432 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Lamanindah40

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« on: 16 Aug, 07:11:35 AM »
Assalamualaikum wbt

Salam perkenalan kpd semua warga Putra-mahkota.com. Insya-Allah saya bakal menjadi pemilik rumah di BSP sekiranya semua yg dirancang berjalan lancar.

Saya dah lama belek2 forum ni tapi belum pernah terbaca berkenaan fasa terbaru di BSP iaitu Laman Indah ni. Kalau tak silap fasa ni dah dilancarkan sejak hujung Jun, jadi terpanggil pula nak promosikan nama prduk baru ni :)berkongsi pengalaman dan secara tak langsung promosi produk baru BSP ni di alam siber.

Selepas saya dan isteri survey kawasan2 di sekitar Bangi, Nilai, Dengkil, BBST, kami ambil keputusan bahawa BSP ada hampir segala-galanya yang kami mahu. Kami melawat pej jualan BSP 26 Julai yang lalu dan kemudiannya terus booking No.40 Laman Indah seminggu kemudian. Setelah tamat tempoh 14-hari, kami terus bayar deposit RM3000 setelah mendapat respon positif untuk pinjaman bank kami.

Saya pun tak ingat nama fasa rumah yang bersebelahan dengan Laman Indah ni, tp sekeliling kawasan Laman Indah ni memang dah lama diduduki. Jalan masuk sekiranya dari lampu isyarat Putra-Mahkota ialah melalui simpang sebelah kiri selepas sekolah agama. Jalan rumah kami betul2 menghala ke taman permainan yang atas bukit tu.

Alhamdulillah so far rasanya semuanya ok. Sales exec Bangi Height pun rasanya banyak membantu dan reputasi developer memang memudahkan urusan dengan bank. Profit rate pun sekarang tengah rendah jadi memang waktu terbaik untuk membeli rumah. Cuma memang tak dinafikan harga di BSP ni agak mahal berbanding kawasan-kawasan sekitar tp dari yang saya dok survey, memang pemaju berhak meletakkan harga yang lebih tinggi kerana kualiti produk dan perkhidmatan mereka memang tinggi berbanding pemaju-pemaju lain. Kalau dibandingkan dgn Nilai Impian yang dimajukan oleh gergasi Sime Darby tu pun, saya rasa BSP dimajukan dengan lebih tersusun.

Lamanindah40

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #1 on: 16 Aug, 07:45:25 AM »
Lupa nak maklumkan, teres Laman Indah ni dijual dengan harga RM322,000.00 (harga bumi: RM300,000). Keluasan tanah 22x75 dengan binaan lantai lebih kurang 1861 k.p. Harga ni agak mahal berbanding rumah di Nilai Impian berukuran 24x70 dijual pada harga RM282,000, tapi seperti yang saya maklumkan tadi, mengikut perkiraan kami, BSP lebih berbaloi walaupun agak mahal.

Saya baru saja sain SPA hari ahad lepas (9/8/09) dan sain surat tawaran pinjaman dari Affin Islamic hari khamis (13/8/09). Affin nampaknya sedang promosi besar-besaran dengan rate serendah BFR-2.2 (ZEC - untuk rumah BSP sahaja!) dan tenure sehingga umur 75 tahun.

Sebenarnya saya masih baru berjinak-jinak meninjau berkenaan pembelian rumah kerana saya ingat saya belum mampu membeli rumah kerana tiada wang simpanan untuk bayaran downpayment, tapi saya baru mengetahui bahawa saya cuma memerlukan sedikit wang tunai untuk deposit, manakala baki downpayment boleh dijelaskan melalui pengeluaran simpanan KWSP akaun 2.

Untuk pembelian rumah Laman Indah yang berharga RM322,000 dan diskaun bumiputra 7% ini, untuk tempoh awal pembelian, saya cuma memerlukan wang tunai RM3000 sebagai deposit sebelum menandatangani SPA (juga boleh menggunakan kad kredit) dan juga simpanan KWSP Akaun 2 sebanyak RM12,000.

Sekarang ni saya sedang menunggu dokumen SPA yang sedang diuruskan oleh lawyer yg dilantik oleh Bangi Height. Setelah dapat dokumen SPA, pihak bank akan keluarkan undertaking letter dan saya akan mendapat diskaun bumiputra 7% secara credit note utk offset 10% downpayment. Jadi downpayment yang perlu saya jelaskan adalah 3% sahaja iaitu RM9,660.

Setelah ditolak deposit yang telah dijelaskan sebelum menandatangani SPA, baki yang perlu dibayar ialah RM6,660. Baki ini pula boleh dijelaskan dalam masa 3 bulan tanpa faedah, iaitu masa yang cukup panjang untuk saya keluarkan wang KWSP akaun 2. Setelah menjelaskan RM6,660 ini maka selesailah pembayaran downpayment dan saya cuma akan menunggu untuk membayar instalment (dalam grace period 2 tahun, hanya bayar RM200-300 setiapkali bank bayar progress payment kepada developer, dan RM1200 sebulan apabila rumah disiapkan).

Satu lagi kos yang agak tinggi perlu saya tanggung ialah kos stamping untuk MOT (Memorandum of Transfer) atau kalau tak silap saya proses tukar nama geran iaitu lebih kurang RM5,500. Proses MOT ini boleh dibuat bila-bila masa selepas SPA ditandatangani, tetapi dinasihatkan untuk membayar selepas semua proses lain selesai. Dalam kes saya mungkin dalam masa 2 bulan selepas sain SPA saya akan jelaskan bayaran stamping MOT ini, jadi saya boleh gunakan wang pengeluaran KWSP juga untuk jelaskan bayaran ini.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #2 on: 16 Aug, 11:21:18 AM »
Tahniah!
Jalan masuk ke Laman Indah juga boleh melalui hadapan Vista Seri Putra.
Kalau nak melawat rumah nanti bolehlah inform. Boleh jumpa-jumpa.

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #3 on: 16 Aug, 12:43:22 PM »
Tahniah buat lamaindah!

Info yg bagus buat mereka yg berminat nak beli rumah. Pakej pinjaman yg menarik ZEC -2.2% (5.55%-2.2%=?)...murah dari loan gomen. ;D

MOT tuu tak silap sy ada diskaun 50% utk cukai setem. Satu lagi kos yg perlu dibayar MRTA.

Slmt menjadi warga BSP.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

rosdin

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 172
  • Gender: Male
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #4 on: 17 Aug, 10:40:55 AM »
Salam to warga BSP dan warga baru Laman Indah .. :)

Untuk pengetahuan semua, saya juga merupakan pembeli salah satu unit kediaman untuk projek terbaru Bangi Heights iaitu Laman Indah - Abadi. Kami sekeluarga amat tertarik dgn projek ini dan setelah mendapat pandangan dan pendapat daripada beberapa warga BSP dan Putra_mahkota sendiri, saya yakin pilihan kami adalah tepat..InsyaAllah. memandangkan untuk memiliki sebuah rumah sendiri adalah melibatkan kos yg besar dan pemilihan yg betul2 tepat adalah perlu..

Saya telah berjaya memiliki unit ini dengan harga RM315K..yang merupakan rezeki bagi kami kerana berjaya mendapat harga unit mengikut harga semasa pelancarannya. Harga sekarang adalah seperti yg saudara LamanIndah40 nyatakan iaitu RM322K.

Segala proses pembelian ini telah siap dilaksanakan, insyaAllah kini menunggu dan menunggu rumah idaman kami utk siap dlm masa yg ditetapkan..

Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #5 on: 17 Aug, 12:15:44 PM »
Jalan ke Laman Indah boleh juga melalui Castenia, Puncak Putra dan Rimbun Suria!

Lamanindah40

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #6 on: 20 Aug, 02:26:09 PM »
Tahniah!
Jalan masuk ke Laman Indah juga boleh melalui hadapan Vista Seri Putra.
Kalau nak melawat rumah nanti bolehlah inform. Boleh jumpa-jumpa.

Terima kasih bro.. insya-Allah nanti kita jumpa

Memang betul, jalan yang paling dekat ialah melalui depan Vista Seri Putra dan belok kanan di hujung jalan tu. Tetapi kalau saya tengok model master plan kat Sales Office Bangi Heights, kemungkinan besar jalan tu akan disambung bila rumah-rumah di belah belakang tu naik nanti, dan jalan tu akan ada divider menyebabkan tak boleh belok kanan lagi. Tapi tu mungkin lammmmbat lagi lahh. Sementara ni lagi senang guna jalan tu sebab lagi dekat.

Lamanindah40

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #7 on: 20 Aug, 02:30:54 PM »
Tahniah buat lamaindah!

Info yg bagus buat mereka yg berminat nak beli rumah. Pakej pinjaman yg menarik ZEC -2.2% (5.55%-2.2%=?)...murah dari loan gomen. ;D

MOT tuu tak silap sy ada diskaun 50% utk cukai setem. Satu lagi kos yg perlu dibayar MRTA.

Slmt menjadi warga BSP.

Terima kasih Matahati..

Memang saya berniat utk share sbb sebelum saya beli rumah, saya byk belajar dari internet tapi mmg susah sebab xde website yg betul2 boleh menjawab segala soalan dalam kepala saya..

Utk MOT tu, saya dah dapat bil dari lawyer, kos keseluruhan saya kena bayar ialah RM6100. Tak ada pula diskaun tu :(

Utk MRTA, saya kena bayar RM12,000+ tapi amaun tu dimasukkan sekali dalam amaun loan, jadi jumlah loan saya ialah 90% + RM12,000+ Senang sikit sebab tak payah bayar upfront. Kebanyakan bank pun buat macam ni sekarang

Lamanindah40

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #8 on: 20 Aug, 02:37:25 PM »
Salam to warga BSP dan warga baru Laman Indah .. :)

Untuk pengetahuan semua, saya juga merupakan pembeli salah satu unit kediaman untuk projek terbaru Bangi Heights iaitu Laman Indah - Abadi. Kami sekeluarga amat tertarik dgn projek ini dan setelah mendapat pandangan dan pendapat daripada beberapa warga BSP dan Putra_mahkota sendiri, saya yakin pilihan kami adalah tepat..InsyaAllah. memandangkan untuk memiliki sebuah rumah sendiri adalah melibatkan kos yg besar dan pemilihan yg betul2 tepat adalah perlu..

Saya telah berjaya memiliki unit ini dengan harga RM315K..yang merupakan rezeki bagi kami kerana berjaya mendapat harga unit mengikut harga semasa pelancarannya. Harga sekarang adalah seperti yg saudara LamanIndah40 nyatakan iaitu RM322K.

Segala proses pembelian ini telah siap dilaksanakan, insyaAllah kini menunggu dan menunggu rumah idaman kami utk siap dlm masa yg ditetapkan..


Alhamdulillah.. dah jumpa pun bakal jiran terdekat hehe

wah untungnya dapat diskaun RM7000, tapi dalam SPA guna harga mana? Kalau guna RM322K, dan buat loan 90% maknanya downpayment kena bayar RM2660 saja lah.

Saya mmg tak pernah ambil tahu pasal rumah sebelum ni, tu yang terlepas pendaftaran awal sebelum pelancaran tu. Bila mula risik-risik, terus berkenan Laman Indah dan terus beli.

Saya pun yakin Laman Indah ni adalah yg terbaik utk saya pada masa ni

Lamanindah40

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #9 on: 20 Aug, 02:42:41 PM »
Jalan ke Laman Indah boleh juga melalui Castenia, Puncak Putra dan Rimbun Suria!

Emm, saya sebenarnya belum hafal lagi nama-nama fasa BSP tu, apa yang saya tau kat kawasan sekitar Laman Indah tu kebanyakan nama fasa-fasa tu semuanya ada "Puncak", mungkin sebab kawasan tu bukit kan.

Castenia kalau tak silap saya yang betul2 sebelah sekolah agama tu kan? Kat situ pun ok sebab dekat dengan jalan utama, tapi jalan keluar dari simpang tu ke jalan utama kalau tak silap saya cuma boleh belok ke kiri dan tak boleh belok ke kanan ke arah tol, so susah jugak lah ;)

asnuru

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 333
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #10 on: 20 Aug, 02:52:55 PM »
Bagaimana sambutan orangramai terhadap Laman Indah? Banyak ke (%) unit dah di jual? Harga nya memang le tinggi sikit, sama dgn harga semi-D (40x80) pertama dulu (2002). Mungkin kemasan dia berkualiti tinggi, sbb tu harga dia tinggi.

rosdin

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 172
  • Gender: Male
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #11 on: 20 Aug, 04:39:07 PM »
Alhamdulillah.. dah jumpa pun bakal jiran terdekat hehe

wah untungnya dapat diskaun RM7000, tapi dalam SPA guna harga mana? Kalau guna RM322K, dan buat loan 90% maknanya downpayment kena bayar RM2660 saja lah.

Saya mmg tak pernah ambil tahu pasal rumah sebelum ni, tu yang terlepas pendaftaran awal sebelum pelancaran tu. Bila mula risik-risik, terus berkenan Laman Indah dan terus beli.

Saya pun yakin Laman Indah ni adalah yg terbaik utk saya pada masa ni

Saudara lamanindah40, memandangkan harga rumah saya RM315K (harga non-bumi) + dpt diskaun bumi 7%, so harga rumah sebenar saya adalah RM292950.
Tapi loan saya dpt 90% dr harga RM315K.. so jumlah kena bayar setakat ni..booking fee (RM3K) + partial dpayment (RM6450) = RM9450..

Untuk MOT, saya kena bayar dlm RM5700++ tapi belum bayar lagi la..nanti-nanti la..hehe




rosdin

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 172
  • Gender: Male
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #12 on: 20 Aug, 04:44:33 PM »
Bagaimana sambutan orangramai terhadap Laman Indah? Banyak ke (%) unit dah di jual? Harga nya memang le tinggi sikit, sama dgn harga semi-D (40x80) pertama dulu (2002). Mungkin kemasan dia berkualiti tinggi, sbb tu harga dia tinggi.

Berdasarkan info yg saya diberitau dlm 2 minggu lepas..sambutan amat menggalakkan...utk fasa Laman Indah - Abadi ni ..drpd lebih kurang 56 unit..hampir habis dijual..kecuali unit tepi la.. :)
BHDSB mungkin akan melancarkan fasa terbaru (Laman Indah - Bahagia) tidak lama lagi..itu yg Sales exec tu cakap la..
« Last Edit: 20 Aug, 04:47:25 PM by rosdin »

Lamanindah40

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #13 on: 20 Aug, 05:11:34 PM »

Saudara lamanindah40, memandangkan harga rumah saya RM315K (harga non-bumi) + dpt diskaun bumi 7%, so harga rumah sebenar saya adalah RM292950.
Tapi loan saya dpt 90% dr harga RM315K.. so jumlah kena bayar setakat ni..booking fee (RM3K) + partial dpayment (RM6450) = RM9450..

Untuk MOT, saya kena bayar dlm RM5700++ tapi belum bayar lagi la..nanti-nanti la..hehe


Oh ye ke.. ok lah tu, dapatlah jimat sikit

Keluar epf tak? Ke nak tunggu rumah siap baru nak wat keluar?

rosdin

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 172
  • Gender: Male
Re: Teres fasa terbaru: Laman Indah- Abadi
« Reply #14 on: 20 Aug, 05:30:43 PM »
Oh ye ke.. ok lah tu, dapatlah jimat sikit

Keluar epf tak? Ke nak tunggu rumah siap baru nak wat keluar?

Saya tak keluarkan EPF sebb EPF dah tak bagi keluarkan duit lagi...huhuhu..sbb ni rumah kedua...rumah 1st blm habis bayar lagi... so semua kena keluar duit sendiri... :'(