Author Topic: Macam mana nak tukar RM5k -> RM150k dlm masa 6 tahun... Kursus Pelaburan Saham  (Read 6647 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Biasanya kalau ikut definisi, saham mahal adalah saham-saham yang berharga di atas RM1.00. Bunyinya macam kelakar bukan?

Sayangnya pelabur saham di Bursa Malaysia berpendapat saham yang harganya atas RM1.00 sudah cukup mahal. Tetapi itulah realiti pelabur runcit yang ada di Bursa Malaysia.

Mereka lebih cenderung membeli saham yang bawah RM1.00 (harga sen-sen), boleh beli banyak-banyak katanya.



Gambar di atas adalah contoh saham patuh syariah yang berharga lebih RM1. Mengungguli carta adalah saham Nestle, baru RM148 seunit. Mahal ke? Eleh, dulu masa harga dia RM50 pun kata mahal juga.

Semasa artikel ini ditulis, jika mengikut screener BursaMarketplace, saham patuh syariah yang berharga bawah RM1 ada sebanyak 447 saham. Paling murah berharga RM0.015.

Ramai yang kami jumpa akan cakap

    “Bro, modal aku kecik, kalau saham tu mahal tak boleh beli banyak pula”

Paling pelik, mereka yang ada duit juga tak nak beli saham ‘mahal’.

    “Eh bro, saham harga RM1.00 kau kata mahal. Tak ada modal. Tapi saham harga 2 sen kau pulun beli sampai 100,000 unit”

Mengikut pemerhatian kami, ramai terikut-ikut dengan fahaman ini sebab:

1. Kawan cakap buat apa beli saham mahal, banyak lagi yang murah.
2. Duit sememangnya tak cukup nak beli.
3. Kalau beli saham yang mahal, dapat beli sedikit saja (unit).

Katakan anda mempunyai pegangan pada saham A pada harga RM10.00 dan saham B pada harga RM0.50. Kedua-dua saham mengalami kejatuhan harga yang sama iaitu 10 sen pada hari tersebut.

Saham A

Harga beli = RM10.00
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM10.00 – RM0.10 = RM9.90
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM10.00) x 100% = 1%

Saham B

Harga beli = RM0.50
Kejatuhan harga = 10 sen
Harga selepas kejatuhan
= RM0.50 – RM0.10 = RM0.40 sen
Kadar kerugian
= (RM0.10/RM0.50) x 100% = 20%

Sebenarnya mana satu yang rugi lebih banyak?

Kita kena ubah persepsi saham bahawa saham RM0.05 tidak murah, saham harga RM10 pula sebenarnya tidak mahal. Risiko beli saham RM0.05 tidak sama dengan risiko saham RM10.

*Kemahalan atau kemurahan saham tu sebenarnya kena guna nisbah P/E. InshaAllah ada masa di artikel seterusnya kita cerita pasal nisbah P/E.
Beli Saham Bukan Ikut Harga Mahal Atau Murah

Pulak dah, habis tu nak tengok apa?

Sebenarnya kita tidak boleh kata saham itu murah atau mahal dengan melihat harga sahamnya sahaja. Juga tidak berapa bijak kalau melabur semata-mata hanya tengok harga saham.

Benda pertama yang patut para pelabur (jangka panjang) perlu lihat adalah sama ada prestasi keuntungan saham tu konsisten atau tidak.

Lagi satu, matlamat untuk melabur kita berbeza-beza.

Ada yang nak pulangan 10% setahun.
Ada yang nak pulangan 30% setahun.

Jadi apa bezanya saham murah atau mahal sekiranya kita boleh mencapai objektif pelaburan yang diinginkan?



....Kelas Saham Bursa Malaysia & WallStreet (CFD) - RM69 shj? >> http://www.KLFX.blogspot.com




.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Hah, Ni 5 Saham Best Untuk Korang Melabur Dalam Norma Baharu!

Korang tahu tak waktu mula-mula PKP (Mac 2020), pasaran saham Bursa jatuh merudum teruk dalam 20.52%? Paling rendah kot kalau nak tengok selepas krisis ekonomi negara tahun 2009. Gambar kat bawah ni siap ada tunjuk trend pasaran saham yang jatuh...

Sumber: Trading Economics


Obviously, pasaran saham akan terjejas dalam keadaan ekonomi yang tengah tak stabil ni, tak termasuk lagi dengan kesan dari pandemik dan PKP. Kalau nak tahu, syarikat tempatan pun takde untung sangat dalam suku pertama tahun 2020 disebabkan ni lah. Kalau syarikat tak untung, saham pun indirectly terjejas jugak.

Jadi, mesti semua (admin pun!) tertanya-tanya soalan yang sama kan? Saham apa yang pelabur-pelabur patut perhati dalam norma baharu ni? Yang paling penting, saham apa yang menguntungkan dan vice versa?


 

Industri yang untung: Penjagaan kesihatan, teknologi & tenaga

Sejak Covid-19 kan, industri penjagaan kesihatan semakin berkembang k! Ya lah, make sense lah kan industri ni berkembang sebab permintaan produk diorang semakin tinggi. Lagi-lagi sebab barang penting dan essential kot untuk lawan Covid-19. Semua mesti ada banyak barang-barang ni. Admin siap ada 2 kotak!

Selain tuh, ada juga kenaikan dalam sektor teknologi sepanjang musim Covid-19. Ini sebab ramai pengguna (termasuk admin sekali!) guna online platform untuk beli barang-barang dapur dan keperluan. Sama cam pelabur, konsumer pun semakin berjaga-jaga!

Tak boleh nak nafikan yang industri tenga pun semakin berkembang. Ya lah, semenjak gomen announce dalam Belanjawan 2021 yang diorang akan bagi RM200 rebate tuk barang-barang yang save energy. Konfem lagi ramai yang akan beli - pelabur pun nak join sekali lah!



 
Industri yang rugi: Pelancongan, penerbangan & barang pengguna

Ya lah, tak semua syarikat boleh dapat untung dalam climate sekarang  ni. Walaupun ada bisnes yang boleh buat untung, ramai lagi yang tak boleh. Tapi, nak buat camne? Kalau bisnes tak jalan cam biasa, keuntungan pun kurang lah. Lagi-lagi untuk syarikat pelancongan dan penerbangan.

Kiranya dalam 6 hingga 12 bulan akan datang, memang penting bagi syarikat pelancongan dan penerbangan usaha untuk restart semula bisnes. Restart admin maksudkan kat sini adalah bila keadaan bisnes dah jadi cam biasa balik sebelum Covid-19. Sebab tuh, kalau kita nak bercuti, dalam negara je k? Kita #sapotlokal!
 
Okay, sekarang jom tengok saham mana yang untung dan yang tak waktu pandemik & norma baharu ni… Boleh tengok trends gambar-gambar kat bawah ni!
 



5 saham yang tengah untung >> https://klfx.blogspot.com/2021/01/hah-ni-5-saham-best-untuk-korang.html




.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Semua pelabur yang memasuki pasaran saham mempunyai tujuan untuk menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Namun, kebanyakan para pelabur akan kehilangan duit mereka jika tidak mempunyai ilmu yang betul di dalam pelaburan saham.



Kadang-kala nasib memainkan peranan penting dalam pasaran saham dan jika mereka bernasib baik saham, harga saham itu terus meningkat sebaik sahaja saham itu dibeli.


Nasib Baik Saja Tidak Cukup


Untuk meraih keuntungan secara konsisten, itulah yang paling sukar sebenarnya. Walaupun kita rasa dah cukup ilmu di dada, namun sifat tamak akan menguasai diri dan menjerat kita.



Bolehkah kita sentiasa untung dalam pelaburan saham?



Jawapan itu sudah semestinya tidak, kerana tiada sesiapa yang secara khusus dapat membuat market timing di dalam pasaran saham. Tetapi jika kita menggunakan keadah yang telah terbukti berkesan, peluang kita akan menjadi cerah untuk berjaya.



Dan di antara kaedah yang popular yang digunapakai dalam pelaburan saham adalah teknik CANSLIM. Ianya telah dibangunkan oleh seorang pelabur tersohor Amerika Syarikat yang bernama William J. O’Neil.


William telah membincangkan teknik ini melalui buku yang ditulisnya bertajuk “How to Make Money in Stocks” yang telah terjual sebanyak 2 juta naskhah sejak dicetak. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang pasaran saham dan hasil daripada kajian tersebut, maka lahirlah CANSLIM Method.



Kaedah ini adalah gabungan teknik fundamental analysis dan juga technical analysis yang menghasilkan cara pemilihan saham yang berkualiti tinggi.



Jom kita lihat bagaimana kaedah CANSLIM ini dapat membantu kita dalam memilih saham yang berkualiti tinggi.


C: Current Earnings


Untuk mendapatkan saham yang berkualiti, syarat pertama adalah kita mesti melihat pendapatan syarikat itu untuk suku tahun yang terkini.



Pendapatan syarikat mestilah melebihi sekurang-kurangnya 18-20% pada setiap quarter (3 bulan), dan ianya mestilah mampu menjana pendapatan untuk tiga quarter berturut-turut daripada quarter sekarang.


A: Annual Earnings


Untuk pendapatan tahunan pula, pendapatan syarikat tersebut mestilah mencatatkan peningkatan sebanyak 25% selama tiga tahun berturut-turut.



Jika pendapatan melebihi lima tahun berturut-turut, itu adalah lebih bagus dan menunjukkan syarikat tersebut berada dalam keadaan yang bagus.


N: New Product, New Service, New Management


Carilah syarikat yang sentiasa menghasilkan produk dan servis yang baru, kerana syarikat itu merupakan syarikat yang sentiasa inovatif dan mengikuti perkembangan semasa.



Pihak pengurusan yang baru dipercayai akan menghasilkan idea yang baru. Contoh terbaik adalah syarikat Apple yang selalu melakukan inovasi dalam mencipta barangan yang menjadi rebutan orang ramai.


S: Supply and Demand


Supply and Demand ini merupakan perkara asas dalam ekonomi dan juga pergerakan harga saham. Jika pembeli lebih banyak dari yang menjual, harga saham akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.



Mengikut prinsip ini, kita dapat lihat di dalam pergerakan volume saham yang melebihi average volumenya selama tiga bulan sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa saham syarikat mempunyai demand yang tinggi.


L: Leaders


Syarikat yang menjadi peneraju sesebuah industri menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mengusai pasaran.



Cara terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu saham adalah melaui kaedah Relative Strength (bukan Relative Strength Indicator). Saham yang bagus adalah apabila ia mempunyai Relative Strength melebihi 80% daripada saham syarikat pesaing.


I: Institutional Support


Ia merupakan salah satu tanda yang paling penting di dalam pemilihan sesebuah saham. Apabila ada institusi yang besar membeli saham syarikat dengan kadar yang tinggi, itu menunjukan saham tersebut berpotensi untuk berkembang dengan bagus pada masa depan.



Jika syarikat tersebut dimiliki oleh banyak institusi yang mempunyai modal yang besar, pastilah ianya merupakan syarikat yang berkualiti tinggi.


M: Market Direction


Market direction ini ada tiga. Yang pertama adalah market menaik (uptrend), kedua adalah market menurun (downtrend) dan ketiga adalah market yang mendatar (sideways).



Pembelian saham yang terbaik adalah ketika saham itu berada di dalam keadaan yang menaik kerana kita sedang mengikut trend pasaran.



Itulah sedikit sebanyak teknik yang dicipta oleh William bagi membantu para pelabur untuk mendapatkan pulangan yang terbaik dalam pelaburan saham.




#Kelas #Saham #Bursa Malaysia (#KLSE) & #GLOBAL - Murah! RM69 shj minggu ini!


>> Maklumat Lanjut disini >> http://www.KLFX.blogspot.com






.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Apa itu Pelaburan Hartanah REIT?   melabur dengan modal RM1k shj?

REIT merupakan singkatan kepada Real Estate Investment Trust atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Amanah Pelaburan Hartanah.

Instrumen yang membolehkan anda melabur dalam hartanah dengan mudah.

Ia merupakan dana atau sebuah tabung amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial untuk menghasilkan pendapatan.

REIT ini lebih kurang sama macam Amanah Hartanah Bumiputera yang ada gambar Neelofa tu. Cuma bezanya REIT ini diapungkan di pasaran saham, jadi pelabur berpeluang mendapat dua jenis keuntungan; dari segi kenaikan harga dan juga dividen.



Secara ringkasnya, dalam portfolio sesebuah REIT mengandungi beberapa aset hartanah sama ada hartanah komersial, runcit, perindustrian, hospitaliti, penjagaan kesihatan atau pun ladang. Pendapatan utama REIT ini adalah dari segi sewa kedai, lot atau tapak; dan juga segala pendapatan lain yang boleh dijana seperti iklan dan lain-lain di dalam aset hartanah mereka.

Pelaburan dalam bidang hartanah umumnya memerlukan modal yang besar jadi tidak semua orang mampu untuk melabur dalam bidang ini. REIT memberikan pilihan kepada pelabur untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tersebut secara langsung, menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan pendapatan yang menarik.

4 Kelebihan Melabur di dalam REIT
1. Mampu Milik

Kos untuk melabur di dalam REIT adalah lebih rendah berbanding kos pelaburan secara langsung dalam hartanah. Anda boleh mulakan pelaburan dengan perbelanjaan yang minimum.

2. Kecairan / Mudah Tunai

Unit REIT yang tersenarai di pasaran Bursa lebih cair dan mudah ditukarkan kepada wang tunai berbanding harta fizikal kerana REIT didagangkan di pasaran saham.

3. Aliran Pendapatan Yang Stabil

Kadar kenaikan dan penurunan harga (volatility) lebih rendah berbanding saham lain. Pelabur REIT kebiasaannya akan menerima bayaran dividen yang konsisten dan stabil hasil yang diperolehi daripada sewa yang dibayar oleh penyewa harta REIT.

4. Pengurusan Profesional

Segala hal berkaitan hartanah REIT akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional. Jadi anda tak perlu pening kepala untuk berdepan dengan karenah penyewa dan segala jenis paperwork seperti dalam pelaburan real estate.

Macam Mana Nak Beli REIT?
Pelaburan REIT adalah sama seperti pelaburan saham biasa. REIT tertakluk kepada peraturan perdagangan, pembayaran, penjelasan dan penyelesaian yang sama (T+3). Anda perlu membuka akaun CDS dan mempunyai trading akaun terlebih dahulu.



...Baca disini bagaimana untuk melabur dalam REIT >> http://www.KLFX.blogspot.com



.




http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Apabila menyebut perkataan saham, ramai yang tahu bahawa saham yang di jual khususnya di negara malaysia adalah melalui Bursa Malaysia dan Bursa juga telah melantik beberapa syarikat yang di jadikan sebagai Brokerage. Untuk membeli saham di Malaysia, seseorang perlu membuka akaun CDS dengan mana-mana broker saham.

Tapi bagaimana pula caranya nak beli saham global atau saham luar negara? Contohnya nak beli saham APPLE atau GOOGLE?

Caranya sama, untuk membeli saham anda perlulah melalui brokerage atau exchange. Banyak broker yang ada di dalam dunia ini dan kebanyakkan trader saham di Malaysia yang membuat kelas-kelas saham mereka selalunya menggunakan SAXO Bank.

Aku pada mulanya mendaftar juga dengan SAXO tapi apabila melihat fees yang di kenakan agak tinggi aku mula mencari alternatif lain. SAXO mungkin sesuai bagi yang membeli Options dan bukanlah membeli Equity. Options ini risiko nya lebih tinggi. Nasihat aku untuk elakkan bermain options.

Platform pilihan aku adalah lebih murah, tidak di nafikan platform SAXO adalah platform yang sangat canggih dan interactive. Tetapi untuk permulaan aku menggunakan platform Interactive Brokers. Platform ini hanya mengenakan fees 0.005 sen untuk setiap unit saham yang di beli.

Platform kedua menjadi pilihan aku adalah TradeStation. Platform ini lebih versatile dan juga mempunya bahasa pemograman tersendiri iaitu EasyLanguage. EasyLanguage sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat automation dan juga indicator sendiri dalah chart. Sangat sesuai untuk analis teknikal kerana bahasanya amat mudah. Lebih mudah dari python. Tak perlulah anda belajar bahasa yang kompleks untuk membuat indicator atau studies pada sesuatu chart. Fee untuk TradeStation adalah fee per trade, bukan per share.



Kelas Saham Bursa Malaysia (KLSE) & GLOBAL - RM69 shj!
>> Maklumat Lanjut disini >> http://www.KLFX.blogspot.com




.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Pelaburan saham mempunyai banyak elemen yang menggerakkannya. Sekejap dia naik, sekejap dia turun. Di antara elemen terpenting dalam menggerakkan pasaran saham adalah Volume.

Apakah yang dimaksudkan dengan volume ini?

Volume adalah elemen pertama yang akan menggerakkan pasaran kerana volume dikira berdasarkan transaksi jual beli yang dilakukan oleh pelabur dan pedagang. Oleh itu, jika volume itu besar maka transaksi yang berlaku juga melibatkan nilai yang besar.

Di samping itu, harga saham bergerak juga kerana volume yang berlaku.

Jom kita tengok cara untuk kita mengambil peluang dalam saham dengan menggunakan volume. Pemahaman volume yang baik penting untuk kita tidak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan membeli saham.

Ramai pelabur dan pedagang yang baru berjinak dalam dunia pelaburan saham mengabaikan volume kerana lebih tertumpu dengan candlestick.

Hal ini menyebabkan mereka terlepas sesuatu yang penting kerana jika melihat hanya berpandukan harga pada candlestick, pelabur mungkin tertipu dengan cara market operator memanipulasikan harga tersebut.

Tetapi market operator tidak boleh memanipulasi volume. Ini adalah kriteria penting yang kita semua perlu tahu.

Contoh volume dalam carta saham.

Untuk memahami volume dengan baik, anda perlu mengenal pasti volume yang sihat. Ada sifir untuk kita lihat sama ada volume yang adalah sihat atau pun sebaliknya.

Sifir volume adalah seperti berikut.

    Volume naik + Harga tak naik = Sihat
    Volume naik + Harga naik = Sihat
    Volume turun + Harga turun = Sihat
    Volume naik + harga turun = Tidak sihat

Anda perlu berhati-hati jika terdapat tanda-tanda volume yang tak sihat. Apabila volume naik melebihi volume-volume sebelumnya, ia juga dikenali sebagai Breakout Volume.



....Kelas Saham Bursa Malaysia (KLSE) & GLOBAL - RM69 shj! >>  http://www.KLFX.blogspot.com




.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
5 TOP SAHAM SEPANJANG PKP

Tidak dinafikan pasaran saham terjejas teruk akibat Covid ini.

Pada pertengahan Mac 2020 yang lalu kita boleh imbas kembali keadaan pasaran begitu mengejutkan seperti ‘market crash’ yang pernah berlaku semasa tahun 1982-1983, 1990-1991, 1998-2000 dan 2008-2010 iaitu setiap 10 tahun.

Walaupun begitu, saham hari ini membuat ‘come back’ dengan kenaikan yang tidak dijangka.

Untung betul siapa yang mengambil peluang awal belajar saham sejak PKP tempoh hari.

Nak tahu saham apa yang naik gila-gila sepanjang pkp ini?

5 Top Saham Sepanjang PKP Naik 30% hingga 132%:

1. TOP GLOVE
2. DSONIC
3. DUFU
4. Kossan
5. Telekom



......#Kelas #Saham #Bursa Malaysia (#KLSE) & #GLOBAL - Murah! RM69 shj minggu ini!
>> Maklumat Lanjut disini >> http://www.KLFX.blogspot.com




.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Pelaburan private mandate ini sebenarnya sudah lama wujud di Malaysia tetapi masih ramai yang belum mengenalinya. Mungkin kerana kewujudan pelaburan ini dulunya khusus kepada individu yang dikategorikan sebagai high net worth sahaja.

Ianya tidak dihebahkan kepada umum kerana kebanyakan yang menawarkan perlaburan ini merupakan anak syarikat kepada bank-bank terkemuka di Malaysia seperti Maybank Private Wealth, RHB Asset Management dan yang lain-lain.

Bank-bank ini pula biasanya sudah mempunyai data-data pelanggan mereka dan mereka sendiri akan menawarkan perkhidmatan ini kepada golongan high net worth yang merupakan pelanggan sedia ada mereka.

Anggaran modal pelaburan adalah sekitar RM1 juta dan ke atas dan ada juga bank yang hanya menerima minima pelaburan sekurang-kurangnya RM3 juta dan ke atas.

Namun berita baik untuk kita kerana ada satu syarikat pengurusan pelaburan iaitu Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd., anak syarikat kepada Berjaya Capital Berhad kini menawarkan pelaburan private mandate ini dengan minima pelaburan RM50 ribu sahaja.
Apa Itu Private Mandate?

Private mandate adalah pelaburan yang disediakan oleh syarikat pengurus pelaburan untuk menguruskan pelaburan kita. Bahasa mudahnya adalah kita mempunyai modal pelaburan dan kita memberi mandat kepada pengurus dana untuk menguruskan pelaburan kita.

Sekali baca macam hampir sama dengan unit trust yang kita biasa dengar, namun perbezaan ketara di antara private mandate dan unit trust ini adalah perkhidmatan ownership ke atas saham-saham yang dibeli oleh pengurus dana.

Jika Unit Trust, saham-saham dan aset yang dibeli MENGIKUT OBJEKTIF DANA PELABURAN yang telah ditetapkan oleh pengurus-pengurus dana. Berbeza dengan private mandate di mana DICUSTOMISE dan DISESUAIKAN berdasarkan keperluan pelabur-pelabur.

Pelaburan private mandate ini juga lebih telus kerana pelabur dapat melihat transaksi pembelian dan penjualan saham-saham dan yuran yang dikenakan secara terperinci melalui laporan yang akan diberikan secara berkala.

Lain pula dengan Unit Trust, pelabur biasanya hanya akan mendapat laporan pelaburan untuk top 10 saham yang dilaburkan dan biasanya tidak memberikan maklumat mengenai yuran secara terperinci.
Ada Dua Jenis Private Mandate

Private Mandate pula mempunyai dua jenis, satu Non-Discretionary dan satu lagi adalah Full Discretionary. Apakah perbezaan kedua-dua jenis private mandate ini?

Private Mandate Non-Discretionary bermaksud kita sebagai pelabur mempunyai hak untuk override dan memberi arahan kepadapengurus dana dalam melakukan pembelian dan jualan saham di pasaran. Contohnya kita memberikan arahan kepada pengurus dana untuk tidak membeli saham di dalam sektor minyak. Oleh itu pengurus dana perlu patuh kepada arahan pelabur.

Satu lagi Private Mandate dikenali sebagai Full Discretionary, di mana pelabur memberikan kuasa penuh kepada pengurus dana untuk menguruskan pelaburan tanpa ada sebarang campur tangan daripada pelabur.
Kos Yang Terlibat?

Pelaburan private mandate ini diuruskan oleh mereka yang berlesen dan berpengalaman, oleh itu kos yang terlibat juga agak tinggi berbanding dengan pelaburan lain. Namun pulangan daripada private mandate ini juga sangat hebat.

Di antara kos yang terlibat adalah Sales Charge sekitar 5% akan dikenakan pada pembukaan akaun dan setiap kali pertambahan dana yang masukkan oleh pelabur tersebut. Contohnya jika kita melabur RM100,000, sebanyak 5% atau RM5,000 akan dibayar kepada pihak pengurusan.

Kos seterusnya pula adalah management fee sekitar 1.5% setahun. Kos ini biasanya dikenakan setiap hujung tahun berdasarkan jumlah dana terkini di dalam akaun pelabur.

Contohnya kita bermula dengan modal sebanyak RM100,000 pada awal tahun dan mendapat pulangan sebanyak 50%. Dana ini sekarang meningkat menjadi RM150,000. Maka management fee sebanyak 1.5% atau RM2,250 akan dikenakan.

Kos seterusnya pula adalah performance fee yang juga dikenali sebagai profit sharing dengan pengurus dana sebanyak 20% ke atas jumlah kasar keuntungan pelaburan dan mengikut “keadah high watermark”. Contohnya jika kita melabur RM100,000 dan kita mendapat pulangan 50% menjadikan keseluruhan dana kepada RM150,000.

20% atau RM10,000 daripada untung bersih bernilai RM50,000 tadi akan dikongsikan dengan syarikat pengurusan. RM40,00 menjadi miliki kita, baki RM10,000 diberikan kepada pengurus dana.

Jika pelaburan mengalami kerugian atau keuntungan tidak melebihi keuntungan berdasarkan tempoh masa yang lalu, pengurus dana tidak layak menerima performance fee ini.

Segala charge yang disebut di atas untuk private mandate adalah berbeza antara syarikat-syarikat pelaburan dana.



...Alternatif kepada Private Mandate adalah uruskan pelaburan anda sendiri di KLsE,
 ikutilah #Kelas #Saham #Bursa Malaysia (#KLSE) & #GLOBAL (RM69 shj minggu ini!)

>> Maklumat Lanjut disini >> http://www.KLFX.blogspot.com






.





.
   
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
REIT merupakan singkatan kepada Real Estate Investment Trust atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Amanah Pelaburan Hartanah.

Instrumen yang membolehkan anda melabur dalam hartanah dengan mudah.

Ia merupakan dana atau sebuah tabung amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial untuk menghasilkan pendapatan.

REIT ini lebih kurang sama macam Amanah Hartanah Bumiputera yang ada gambar Neelofa tu. Cuma bezanya REIT ini diapungkan di pasaran saham, jadi pelabur berpeluang mendapat dua jenis keuntungan; dari segi kenaikan harga dan juga dividen.



Secara ringkasnya, dalam portfolio sesebuah REIT mengandungi beberapa aset hartanah sama ada hartanah komersial, runcit, perindustrian, hospitaliti, penjagaan kesihatan atau pun ladang. Pendapatan utama REIT ini adalah dari segi sewa kedai, lot atau tapak; dan juga segala pendapatan lain yang boleh dijana seperti iklan dan lain-lain di dalam aset hartanah mereka.

Pelaburan dalam bidang hartanah umumnya memerlukan modal yang besar jadi tidak semua orang mampu untuk melabur dalam bidang ini. REIT memberikan pilihan kepada pelabur untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tersebut secara langsung, menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan pendapatan yang menarik.

4 Kelebihan Melabur di dalam REIT
1. Mampu Milik

Kos untuk melabur di dalam REIT adalah lebih rendah berbanding kos pelaburan secara langsung dalam hartanah. Anda boleh mulakan pelaburan dengan perbelanjaan yang minimum.

2. Kecairan / Mudah Tunai

Unit REIT yang tersenarai di pasaran Bursa lebih cair dan mudah ditukarkan kepada wang tunai berbanding harta fizikal kerana REIT didagangkan di pasaran saham.

3. Aliran Pendapatan Yang Stabil

Kadar kenaikan dan penurunan harga (volatility) lebih rendah berbanding saham lain. Pelabur REIT kebiasaannya akan menerima bayaran dividen yang konsisten dan stabil hasil yang diperolehi daripada sewa yang dibayar oleh penyewa harta REIT.

4. Pengurusan Profesional

Segala hal berkaitan hartanah REIT akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional. Jadi anda tak perlu pening kepala untuk berdepan dengan karenah penyewa dan segala jenis paperwork seperti dalam pelaburan real estate.

Macam Mana Nak Beli REIT?
Pelaburan REIT adalah sama seperti pelaburan saham biasa. REIT tertakluk kepada peraturan perdagangan, pembayaran, penjelasan dan penyelesaian yang sama (T+3). Anda perlu membuka akaun CDS dan mempunyai trading akaun terlebih dahulu.

Jenis-Jenis REIT
Seperti saham yang lain, REIT juga ada yang patuh Syariah dan tidak patuh Syariah. Melalui trading platform, terdapat 18 REIT yang tersenerai tetapi hanya 4 sahaja yang patuh Syariah iaitu Axis Reits (Axreit), AL- Salam Real Estate Investment Trust (Alsreit), Al-Aqar Healthcare REIT (Alaqar) dan KLCC Prop & Reits – Stapled Sec (KLCC).

Sebelum anda membeli saham REITs, pastikan bahawa anda telah membuat penyelidikan terlebih dahulu. Yang mana satu kita pilih, berdasarkan apa, apa risikonya, itu bergantung kepada penilaian sendiri.




...Kelas & Signal Saham (RM15) | Kursus FCPO (RM69) >> >> Maklumat Lanjut disini >> http://www.KLFX.blogspot.com



.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

aqila

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 554
  • I Love Putra Mahkota
    • Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia
Apakah Pelaburan Saham?
Sebelum kita mula memilih broker saham yang sesuai di Malaysia, marilah kita memahami lebih lanjut mengenai pelaburan saham.

Jadi apa itu pelaburan saham?

Apabila pelabur memiliki saham dalam syarikat, dia memiliki sebahagian syarikat itu. Sekiranya syarikat tersebut menjana keuntungan, harga saham akan meningkat. Sekiranya syarikat beroperasi dengan kerugian, harga saham akan menurun.

Pelabur biasanya membeli saham pada harga yang lebih rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan. Pelabur yang lebih berpengalaman mungkin juga menjual saham secara pendek (short selling).

Pelabur secara pendek bertaruh bahawa harga saham syarikat akan turun. Penjual pendek meminjam saham dari broker pelaburan dan menjualnya. Apabila harga jatuh, mereka membelinya kembali saham itu. Broker pelaburan akan membayar harga saham yang awal kepada mereka. Oleh itu, penjual pendek dapat memperoleh keuntungan.

Pelabur jangka pendek biasanya dipanggil peniaga saham. Peniaga saham memerhatikan pergerakan mikro di pasaran untuk meramalkan turunnya harga saham. Mereka kemudian membuat pesanan mengikut analisis mereka untuk mendapatkan keuntungan.

Pelabur jangka panjang mempunyai strategi lain untuk portfolio kewangan mereka. Pelabur jangka panjang cenderung membeli saham yang dianggap tidak dinilai dan menunggu harga saham meningkat. Strategi ini dikenali sebagai pelaburan nilai.

Nilai pelaburan (Value Investing)
Pelaburan nilai adalah strategi yang popular, malah pelabur terkenal seperti Warren Buffet dan Charlie Munger menggunakannya.

Pelabur nilai membeli saham apabila mereka memutuskan bahawa saham syarikat diperdagangkan di bawah nilai intrinsik mereka. Pelabur nilai membuat keputusan dengan melakukan analisis fundamental terhadap syarikat.

Analisis asas adalah analisis penyata kewangan perniagaan; kesihatan; pesaing dan pasaran. Banyak penyelidikan diperlukan untuk membentuk analisis asas yang menyeluruh. Pelabur nilai akan membuat kesimpulan untuk memutuskan sama ada syarikat dinilai rendah atau tidak dengan melalui maklumat yang relevan.

Pelaburan pertumbuhan (Growth Investing)
Strategi lain untuk pelaburan jangka panjang adalah pelaburan pertumbuhan. Walaupun pelabur nilai memberi tumpuan kepada keadaan syarikat sekarang, pelabur pertumbuhan melihat kepada masa depan. Pelabur pertumbuhan menjangka akan memperoleh keuntungan modal sama ada dalam jangka panjang atau jangka pendek.

Keuntungan modal (Capital appreciation), atau kenaikan modal, adalah kenaikan harga atau nilai aset. Dalam kes ini, kenaikan modal merujuk kepada kenaikan harga saham.

Walaupun serupa dengan pelabur bernilai, pelabur pertumbuhan mungkin mengabaikan petunjuk asas kewangan. Walaupun harga saham dinilai terlalu tinggi pada masa ini, pelabur pertumbuhan masih boleh membeli saham jika mereka berpendapat bahawa ia akan menunjukkan prestasi di atas standard purata di masa depan.


...Kelas & Signal Saham (RM15) | Kursus FCPO (RM69) ->> http://www.KLFX.blogspot.com




.
http://www.CariJodohClub.co.nr - Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia