Author Topic: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak  (Read 7433 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

stiletto

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 77
  • Gender: Female
Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« on: September 17, 2009, 10:47:25 AM »
Pagi tadi lebih kurang pukul 7, saya nak isi minyak kereta. Pergi la ke kaunter utk bayar. Tetiba pekerja tu kata boleh pakai kad saje sebab baru lepas kena rompak pagi tadi (pukul berapa, saya tak sure. lupa nak tanya sebab nak cepat). Katanya ada 4 orang yg merompak. Saya nampak pintu kaca pecah.

Wan Z

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 820
  • Gender: Male
  • Serangin Homes... Selamat Berjiran Semua!!!
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #1 on: September 17, 2009, 10:49:56 AM »
pecah lagi... kena rompak lagi... aduiii...

Trojan5

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2668
  • Gender: Male
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #2 on: September 17, 2009, 11:01:49 AM »
Kali kedua la ni.... maklumlah dah nk raya.... perompak nk balik kg beraya la tu..... budak2 moto lagi ke yg buat keje tu?

mImOsaPudiCa

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2490
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #3 on: September 17, 2009, 11:02:49 AM »
Kali kedua la ni.... maklumlah dah nk raya.... perompak nk balik kg beraya la tu..... budak2 moto lagi ke yg buat keje tu?

Geng LC135?  ;D ;D ;D

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #4 on: September 17, 2009, 11:06:15 AM »
saya pun saksikan pintu kaca berderai akibat kena ketuk dgn tukul besi oleh perompak yang merompak stesen minyak petronas..
nasib baiklah pekerja stesen petronas tidak diapa-apakan...kejadian berlaku 3.00pagi. Kejadian in merupakan kali ke-2 yang berlaku kepada stesen minyak tersebut.Takziah buat pemilik & pekerja stesen minyak petronas BSP.

berikut adalah laporan rompakan oleh sdr norizan (utk kejadian rompakan yang lepas..)
Friday, July 24, 2009
ROMPAKAN DI STESEN PETRONAS BSP PADA 24 JUL 2009

JUMAAT, 24 July 2009 : Satu kejadian rompakan telah berlaku pada pagi ini lebeh kurang jam 3.15 pagi di stesen minyak Petronas BSP. Rengkasan seperti berikut: -


a. Stesen Petronas dibuka 24 jam. Selepas jam 12.00 tengah malam semua pintu dikunci dan pelanggan berurusan melalui lubang kaunter.


b. Dua pekerja Petronas bertugas ketika itu.


c. Perompak seramai 4 orang dengan menaiki dua buah motorsikal jenis Yamaha LC 135 berwarna merah dan hitam. Nombor pendaftaran tidak dapat diambil. Muka ditutup dengan sapu tangan hanya menampakkan mata dan memakai helmet.


d. Setibanya di stesen salah seorang perompak terus menerpa pintu cermin dan memecah dengan menggunakan tukul besi (hammer).


e. Dua buah Peti Cash dirampas dan kerugian dari wang perniagaan lebeh kurang RM2,000.00.


Sekian, dimaklumkan.


Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)
BHDSB

zarin

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 139
  • Gender: Male
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #5 on: September 17, 2009, 02:31:03 PM »
if dah dua kali kena rompak better tak yah buka 24 hrs laa
jam 11-12 malam dah boleh tutup. Rasanya after 11pm tu dah kurang sgt org nak isi minya..
apa apa pun, Takziah lah pada owner byk byk bersabar..

hatimalaya

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
  • Gender: Male
    • padibiz
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #6 on: September 17, 2009, 03:58:39 PM »
moral of the value... penduduk sekitar perlu lebih peka dengan kehadiran orang yang di curigai dan sekiranya perlu cepat2la buat report agar senang nak ambil tindakan...

sekali lagi saya menyokong saranan beberapa forumer yang lepas agar kita mewujudkan stiker khas untuk penghuni bukit mahkota seperti yang di laksanakan di bandar tun hussein onn

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #7 on: September 17, 2009, 04:59:01 PM »
Sokong bukak sampai pukul 12 aje. Tapi pagi tu kena bukak awal sikit la pasal ramai jugak yg isi minyak sebelum pegi kerja.

ed_BSP

  • Putra-Mahkota Bikers_Permanent_Residence
  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 87
  • Gender: Male
  • PM Bikerz09
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #8 on: October 17, 2009, 02:12:20 PM »
SALAM!

Pendapat aku......kita harus risau dengan keselamatan diri kita dan juga nyawa pekerja kita! harta dan benda boleh dicari!!! janganlah fikir sangat pasal KEUNTUNGAN tapi melupakan perkara2 lain yang lebih penting dan mustahak! INGAT! Bila otak dah dipengaruhi oleh ECSTACY, ICE N ETC ATAU HIDU GAM.....sapa2 bole jadi BERANI tiba-tiba!!!! bukan saja geng LC jer tapi sapa2 pon boleh buat apa saja tindakan yang menyebabkan kehilangan NYAWA bila2 saja......

MANSUHKAN saja operasi 24 jam!  Hadkan sampai jam 12.00 tgh mlm dan bukan awal pagi(6 pagi). Biar susah sikit tapi NYAWA lagi penting.

ATAU,

Pihak pengurusan PETRONAS BSP boleh hire security guard!  mcm pakcik aku owner SHELL kt KLUANG upah pak guard bersenjata.......baru orang takut sikit.

 ;D


"SAFETY FIRST"

ags

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 71
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #9 on: March 08, 2010, 12:58:04 AM »
setuju dengan cadangan Petronas BSP bukak sampai kul 12 malam aje..and buka kul 6 pagi.  Kawasan tu dah la sunyi..yg ada setakat ni pun penghuni2 alam barzakh je kat belakang tu.  Kalau org nak merompak memang x de halangan la kot sebab mmg gelap pun situ..polis nak datang pun lambat.

Owner tu tak payah la nak bukak 24 hrs demi untuk menambah pendapatan..keselamatan lebih penting.  Nasib baik la x dibunuhnya pekerja tu.  Kalau letak security guard bersenjata pun, blm tentu dia org takut sebab kawasan tu memang sunyi..kalau dia dtg in group and pak guard tu sorg je..haaaa x ke bahaya tu?

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #10 on: March 08, 2010, 08:45:36 AM »
Setuju. Bukak dari 6 pagi sampai 12 malam sahaja. Lepas 12 malam, pelanggan pun tak ramai. Pekerja pun boleh kurangkan dan OT pun boleh kurangkan. Lampu pun boleh minimum aje. Banyak save tuh.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #11 on: March 08, 2010, 08:58:10 AM »

ingatkan ..kena rompak lg mlm td. suspen je.
___________________
aku /..PMB

malayson

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 68
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #12 on: February 15, 2011, 10:18:16 PM »
yeke...la br tau hari ni..klau tak join forum ni mmg tak tau smpai bila2 la.

ben korrie

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 13
  • Gender: Male
  • baru nak join
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #13 on: July 25, 2013, 07:10:23 PM »
if dah dua kali kena rompak better tak yah buka 24 hrs laa
jam 11-12 malam dah boleh tutup. Rasanya after 11pm tu dah kurang sgt org nak isi minya..
apa apa pun, Takziah lah pada owner byk byk bersabar..
jgn mcm tu, susah orang yg gerak malam2 nak isi minyak.

mungkin boleh kalau letak guard bersenjata kat situ

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
Re: Petronas Bdr Seri Putra kena rompak
« Reply #14 on: July 26, 2013, 02:54:50 PM »
ni dah 3 tahun nyer cerita  :D