Author Topic: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati  (Read 16517 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Sahabat

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 161
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #15 on: April 29, 2009, 07:02:19 PM »
petikan dari:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

JMB umpama tidak wujud

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
kota@utusan.com.my


YEW Teong Look (dua dari kiri) dibawa oleh penduduk melihat sebahagian motosikal rosak yang ditinggalkan di sub stesen TNB Apartmen Idaman Suria, Batu 5, Gombak selepas majlis dialog baru-baru ini. -UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

KUALA LUMPUR 28 April - Masalah prasarana yang tidak sempurna di perumahan bertingkat bukanlah isu baru yang hendak diuar-uarkan.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut oleh pihak-pihak berkenaan, namun ia jarang sekali dapat diselesaikan.

Ini kerana, penduduk, pemaju mahupun pihak pengurusan bangunan atau Badan Pengurusan Bersama (JMB) sering menuding jari antara satu sama lain dan tidak mahu bertanggungjawab.

Pokok masalah yang sering menghantui mereka ialah faktor kewangan menyebabkan banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan.

Dan, apabila kerajaan mengarahkan JMB ditubuhkan di setiap perumahan bertingkat, masalah berkenaan dilihat akan dapat diselesaikan tetapi harapan itu hanya tinggal harapan, malah masalah lain pula timbul.

Tetapi, apa yang berlaku kepada 288 unit rumah di Apartmen Idaman Suria, Batu 5, Gombak amat memeranjatkan apabila apartmen yang diduduki mereka tidak mempunyai JMB.

Ini kerana, JMB yang dilantik pada bulan Ogos tahun lalu terpaksa dibubarkan memandangkan hanya dua orang ahli sahaja yang wujud di dalam organisasi berkenaan daripada sembilan orang yang dilantik.

Menurut penduduk, masalah tersebut timbul apabila lima orang daripada mereka menarik diri daripada menjadi komuniti pengurusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan dua orang ahli jawatankuasa yang didakwa turut tidak membayar yuran penyenggaraan apartmen berkenaan.........

enny

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #16 on: April 30, 2009, 10:59:29 AM »
harap2.......semua pnduduk pngsapuri melati akan turun padang,utk mn'yuarakan pndangan masing2,tntg bantahan yg di kemukakan.......buat lah satu cc msyuarat trgempak............dgn segera!agar masalah dkat pngsapri melati dapat diselesai'n dgn adil&saksama.............berani kerana benar takut kerana salah........... >:( ???

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #17 on: April 30, 2009, 11:35:16 AM »
Dan yang penting, bayarlah yuran penyelenggaraan dan bil air  ;D
« Last Edit: April 30, 2009, 05:14:22 PM by feisal »

enny

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #18 on: May 04, 2009, 10:27:03 AM »
betul...betul...betul...... ;)bayar........!renung&tenungkan la sndri..... :o
wasalam :D
« Last Edit: May 04, 2009, 10:28:46 AM by enny »

minah kepoh

  • Guest
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #19 on: May 26, 2009, 11:10:07 AM »
Salam En. Aziz,

Mcm mana nak tubuhkan JMB baru di Seri Melati? Jadi ke? Aku tengok masa sesi perjumpaan kemarin tak nampak batang hidung Pengerusi JMB pun? Dah la tak mesra penduduk, tak tau ke pengerusi JMB lama tu nak dah nak diturunkan? Dah la tak campo orang, asik tampal memo notis je kat tepi blok. Bosan sungguh!

bukan nye tak mesra penduduk tapi die malu kot?????tapi peramah ngan pompuan senyum sampai ke telinga....meluat!!!

minah kepoh

  • Guest
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #20 on: May 26, 2009, 11:15:14 AM »
Itulah masaalahnya, x nak berubah!! Kalau pengurusan dulu b****** mereka pun nak ikut sama!! X paham aku!!
>:( yang paling aku menyampah ngan si ustaz ngan bini die dari dulu sampai sekarang ape2 masalah je,mentang2lah kite ni penyewa cikit2 suruh kite pindah " kau pindah je gumah lain,that all " memang kurang ajar dua2 orang itu......yang aku pelik apesal bini die skrng kejap ade kejap hilang...........dah resign duk jelah gumah buat ape terhegeh2 kat ctu??????????????

enny

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
PeNgHuNi PaNgSaPuRi SeRi mElAtI.....JoM Lh sEmBaNg!
« Reply #21 on: October 22, 2009, 01:40:51 PM »
senyap jer sejak kebelakangan ni...tx de aktiviti kekeluargaan ker?jom lh kongsi......hdupkan suasana brjiran sesma kta..... :D

umarazziz

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 71
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #22 on: November 30, 2009, 04:31:07 PM »
Tahniah kepada warga yang terlibat dalam ibadah korban di Pangsapuri Seri Melati. Terima kasih atas sumbangan daging kepada penduduk. ;)
Math is Fun!
http://sifu-tuisyen.blogspot.com/

Remediation of a Financial Problem
http://moneybiotic.blogspot.com/

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #23 on: December 01, 2009, 10:21:14 AM »
Melati pun ada buat korban ke? Ke konsider surau As-Syakirin?

umarazziz

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 71
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #24 on: December 01, 2009, 10:33:00 AM »
Melati pun ada buat korban ke? Ke konsider surau As-Syakirin?

Considered surau rasanya, tapi credit kepada penduduk melati secara tidak langsung.  ;)
Math is Fun!
http://sifu-tuisyen.blogspot.com/

Remediation of a Financial Problem
http://moneybiotic.blogspot.com/

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #25 on: December 01, 2009, 10:54:38 AM »
ic.... tahniah kepada warga Melati

Melati pun ada buat korban ke? Ke konsider surau As-Syakirin?

Considered surau rasanya, tapi credit kepada penduduk melati secara tidak langsung.  ;)

papanlapis

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 8
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #26 on: December 26, 2009, 11:37:27 PM »
ibadah korban tu..totally beberaa penama dari penduduk seri melati sendiri..tahniah semoga tahun 2010 seri melati akan lebih makmur lagi..skrg dh ada wakaf untuk kegunaan komuniti..ada 2 meja ping pong lagi..meriah gak tua muda joint..kebersihan pun ok la..memang la org luar kalau lihat blog seri mawar memang gempak tapi bagi saya melati lagi bersih dan teratur...cuma perlu baiki dari segi program kemasyrakatan utk mengeratkan silaturahim..

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #27 on: December 27, 2009, 02:16:12 PM »
ada blog mmg tak semestinya bagus. Tapi tak perlu nak buat perbezaan antara mawar dan melati. masing2 ada kelebihan dan kekuatan.
Apa yg penting adalah kerjasama antara kita semua tak kira org mawar, melati, vista, dahlia dsb.

ibadah korban tu..totally beberaa penama dari penduduk seri melati sendiri..tahniah semoga tahun 2010 seri melati akan lebih makmur lagi..skrg dh ada wakaf untuk kegunaan komuniti..ada 2 meja ping pong lagi..meriah gak tua muda joint..kebersihan pun ok la..memang la org luar kalau lihat blog seri mawar memang gempak tapi bagi saya melati lagi bersih dan teratur...cuma perlu baiki dari segi program kemasyrakatan utk mengeratkan silaturahim..

papanlapis

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 8
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #28 on: January 07, 2010, 03:39:52 PM »
semalam ptg pegi bayar duit maintenane n fire insuran..borak2 ngan pkerja kt jmb...jmb melati dah tukar kepada MC (management corporation)..dah x pakai akta 663,guna akta 318 kalau x silap..wa tahniah la..maju setapak lagi..tapi sedih tgk statistik pembayaran maintenance..dlam 100 org je bayar dari 3 ratus lebih penduduk..kalau meniaga mcm ni leh bangkrap..mcmna kita nk kemajuan kalau x ada dana..fikir-fikir la semua wahai penduduk semua pangsapuri di seri putra...

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Kepada Semua Warga Pangsapuri Seri Melati
« Reply #29 on: January 07, 2010, 03:49:00 PM »
Kenapa ya pemilik tidak mahu jelaskan bayaran maintenance? Pihak JIMB kena fikir langkah dan tindakan yg perlu diambil kpd yg ingkar membayar.

Ada sape2 ada no. telefon ofis JIMB seri melati? nak cek tunggakan...
« Last Edit: January 07, 2010, 03:53:58 PM by Matahati »
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas