Author Topic: Flat Putih Belakang Kedai  (Read 15778 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

wanzizou

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
  • Gender: Male
  • Zinedine Zidane
Flat Putih Belakang Kedai
« on: 08 Jul, 03:43:44 PM »
 assalamualaikum...pembuka bicara ....  :)

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #1 on: 21 Dec, 12:40:26 PM »
Daripada Julai 2008, sehingga hari ini, dah hampir 6 bulan thread ini dibuka. Inilah respon yang pertama. Dalam masa menunggu, pembuka thread mungkin dah lupa.. ::) pada tread ini? Ye ke?

Saya cuma nak menekankan tentang keadaan kewangan dan mentaliti kebanyakan penghuni di pangsapuri kos rendah, terutamanya Apartmen Nuri, Seksyen 4.

Majoriti, pada anggaran saya berpendapatan isi rumah kurang RM2000.00. Bilangan yang memperolehi pendapatan lebih tinggi pun ada, tapi tak ramai.

Dari segi pendidikan, kebanyakan hanya mempunyai lulusan SPM dan ke bawah. Wakaubagaimanapun, terdapat trend yang golongan bijak pandai yang baru hendak memulakan hidup, memilih persekitaran tempat tinggal di flet-flet setelah mengambil kira faktor seperti saiz keluarga yang kecil, keselamatan yang terjamin dan jauh dari hiruk pikuk kota.

Pada pemerhatian saya, dibandingkan jumlah penduduk yang hampir 98% Islam, yang memakmurkan surau cuma lebih kurang 10 orang.

Walaubagaimanapun, tidak ada kajian pernah dibuat untuk membenarkan pernyataan di atas. Jadi, sehingga ianya dibuktikan, ini cuma merupakan khabar angin.

Kepada kawan-kawan yang bekerja dalam bidang berkaitan seperti kaunselor... JKM.... LZS..., dan berkaitan minta beri komen.

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Banyak gak problem tinggal flet ni.

Dulu masa menyewa, dpt rumah tingkat 4.

Sekarang dapat rumah tingkat 1. Alhamdulillah, tak banyak kena menapak.

Tapi ada masalah tersendiri:

1. sistem pembentungan

najis, air bilik mandi, air sinki, air mesin basuh daripada tingkat 2 hingga 4 semua exit ditingkat 1. pada hujung-hujung minggu terutamanya, apabila ke empat-empat tingkat membuat house cleaning, air banyak kali dah melimpah keluar daripada!pembentung bilik mandi, dapur and even daripada tempat menyidai tingkat 1. Just imagine what kind of foul smell you expect!

2. Minyak dan lemak

Malanglar siapa yang dapat jiran tak berhati perut or orang kampung kata gutless!
Lepas berniaga makanan.... jiran2 tingkat atas buang minyak...lemak....dan mungkin sampah lain dalam tandas...menyebabkan pembentung tersumbat. After some time, lemak...minyak ... etc ni akan mengeras dan menyebabkan yang paling teruk kena tempias ialah penghuni tingkat 1.


3. Bottle neck design flaw

Tapi yang paling saya marah ialah arktitek and engineer yang sembab... lembab.... tak proaktif..... yang telah mereka rekabentuk yang sedmikian rupa sehingga boleh terlepas pandang faktor bottle neck.... bender yang diorang dok blajar dari tahun pertama pengajian lagi....  >:( >:( >:( >:( Kalau tak blaja pun,... common sense lar ....

I feel no pity for them if they got the same problem and i pray that they do.

Life is already miserable for the poor... and they take advantage of the not knowing and no funding poor to make such a bad decision.

Every second the quality of life of my life disturbed, I hope they feel even a pinch of it.  :'( :'( :'(

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Tersumbat di flat?
« Reply #3 on: 26 Jan, 01:27:31 PM »
Dalam pos sebelum ini, saya storykan masalah tersumbat kat paip kumbahan.

Saya panggil seorang plumber yang novice.

Kali pertama, dia syorkan supaya buat sambungan overflow supaya lebihan air keluar ke longkang dan tidak atas lantai dapur etc.. FYI, sambungan bilik air dan tandas adalam satu. Walaubagaimanapun, ketulan najis tidak keluar kerana sambungan overflow slightly 1 1/2 kaki  lebih tinggi daripada paras standard paip kumbahan. Faham ke? Kos RM300.00

Kali kedua dicadangkan supaya air biik mandi disalur terus ke dalam longkang.... jadi tiada lagi masalah bilik mandi bernajis. Kos RM300.00

Kali ketiga dicadang supaya saluran najis disekali dengan saluran bilik mandi. Implikasinya, najis akan keluar terus ke longkang. Segala kotoran dari tingkat atas akan terus ke longkang. Da kosnya, RM400.00..... which kena reject pasal ada bantahan dan personally saya pun tak suka tempat kediaman yang kotor.

Kali keempat ada police pensioner cadangkan supaya saluran kumbahan dibuka dan dicuci. Menurutnya, sisa minyak...lemak dsb dah mengeras menjadi simen (kapur). Memang benar... rupa-rupanya pada junction exit sisa kumbahan ada 'simen' yang menyebabkan tersumbat. part ini tak bayar dah.... mahal benar service novice....

Kali kelima dicadangkan supaya tukar semua set paip kumbahan yang dah lekat dengan kotoran.... kononnya akan mempercepatkan pembentukan simen... kos belum diketahui bergantung kepada harga barangan. bajet dalam RM1000.00 ... aku piker2 biarlah dia terumbat dulu. In the meantime, aku kena simbah asid regularly..... at least 1 kali sebulan.


wanzizou

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
  • Gender: Male
  • Zinedine Zidane
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #4 on: 14 May, 05:47:28 PM »
eh..eh..sampai camtu skali ye..

actually sy pun dok situ gak.. since 2005 lg.. 8)

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #5 on: 03 Jun, 03:47:27 PM »
eh..eh..sampai camtu skali ye..

actually sy pun dok situ gak.. since 2005 lg.. 8)

sy ddk ctu since dec 2004..alhamdulillah..stakat ni xder masalah pun..cume lampu koridor dulu x di pasang cz ada yg x bayar maintenance fee.so bile gelap pd mlm ari..ramai r yg jdkan flat ni "rumah tumpangan'...klu overflow nih...xder pulak dengar jiran2 merungut...mungkin kami dapat jiran yg "berhati perut" kot.......thihihihihihihi

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #6 on: 10 Jun, 09:45:44 PM »
To Wan and Cik,

Saya beli rumah tu hujung tahun 2007.... owner asal tak mention pulak masalah plumbing nih....

Actualy, masalah dah settle dah... Tak der sumbat apa2 lagi dah.

I call a plumber yang mendaftar dengan syabas...caj cuma RM300.... puas hati...sampai sekarang takde rungutan lagi...and yang paling best .... masalah dibayar oleh maintenance.

rose

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 87
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #7 on: 21 Jun, 06:02:43 PM »
betul tu...ramai yang x pegi surau...heran betul saya,,,....ada sesape yg boleh memberi cadangan macamana kita nak meramaikan jemaah.......

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #8 on: 15 Aug, 10:49:22 PM »
betul tu...ramai yang x pegi surau...heran betul saya,,,....ada sesape yg boleh memberi cadangan macamana kita nak meramaikan jemaah.......

Untuk nak kasi hidup surau, AJK surau ada rancang macam-macam aktviti. Yang akan datang taddarus al quran. jemputlah join.


Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Peluang Meningkatkan Modal
« Reply #9 on: 18 Aug, 10:57:19 PM »
Kerajaan Negeri Selangor ada Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan.

 ;) Melalui Program ini peserta yang layak, dengan pendapatan isirumah kurang daripada Rm1500.00, akan diberi bantuan bagi menjalankan perniagaan. Antara bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan ialah meja, payung, kerusi, balang air, mesin ABC, mesin pemerah santan, motor roda tiga untuk OKU, mesin jahitan, mixer dan pelbagai lagi.

 8) Tuan/Puan yang berminat boleh mendapatkan borang di Surau Apartmen Nuri dan memulangkan borang berkenaan ke Pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran, ke Balai Penghulu, atau terus ke Pejabat Daerah di Bahagian Pembangunan Masyarakat.

 ::) Terdapat borang-borang lain seperti Borang bantuan IKS, borang TAWAS, borang Skim Mesra Usia Emas dan Borang Hadiah Anak Masuk Universiti. Lawatilah Surau Apartmen Nuri. Imarahkan Surau Kita. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita. Amiin. ;D


wanzizou

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
  • Gender: Male
  • Zinedine Zidane
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #10 on: 13 Oct, 11:08:35 PM »
alhamdulillah..masa ramadhan yg lpas..surau kita penuh.. :)

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Peluang Meningkatkan Modal
« Reply #11 on: 15 Oct, 01:43:38 PM »
Kerajaan Negeri Selangor ada Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan.

 ;) Melalui Program ini peserta yang layak, dengan pendapatan isirumah kurang daripada Rm1500.00, akan diberi bantuan bagi menjalankan perniagaan. Antara bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan ialah meja, payung, kerusi, balang air, mesin ABC, mesin pemerah santan, motor roda tiga untuk OKU, mesin jahitan, mixer dan pelbagai lagi.

 8) Tuan/Puan yang berminat boleh mendapatkan borang di Surau Apartmen Nuri dan memulangkan borang berkenaan ke Pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran, ke Balai Penghulu, atau terus ke Pejabat Daerah di Bahagian Pembangunan Masyarakat.

 ::) Terdapat borang-borang lain seperti Borang bantuan IKS, borang TAWAS, borang Skim Mesra Usia Emas dan Borang Hadiah Anak Masuk Universiti. Lawatilah Surau Apartmen Nuri. Imarahkan Surau Kita. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita. Amiin. ;D


en suffian, kat sape nak mintak borang nih??saya berminat nak mohon laa???tak de motif politik kan???saya ingat nak buat kek choc moist sy secara commercial laa.leh gak tmbh pendapatan kan......

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Peluang Meningkatkan Modal
« Reply #12 on: 20 Oct, 09:22:49 AM »
Borang-borang yang terdapat kat Surau boleh minta pada mana-mana AJK Surau. Ust Hasbullah...Bilal Abg Nawi... atau dengan saya sendiri. Boleh tekefon atau SMS 019-2807920

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Peluang Meningkatkan Modal
« Reply #13 on: 21 Oct, 01:18:23 PM »
Borang-borang yang terdapat kat Surau boleh minta pada mana-mana AJK Surau. Ust Hasbullah...Bilal Abg Nawi... atau dengan saya sendiri. Boleh tekefon atau SMS 019-2807920

wokeyyy...thanks for the info...

wanzizou

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
  • Gender: Male
  • Zinedine Zidane
Re: Flat Putih Belakang Kedai
« Reply #14 on: 04 Nov, 10:33:14 PM »
salam..

baru2 ni.. Flat Blok C digemparkan seketika apabila terdapat sebuah motosikal dan sebuah kereta yang telah diconteng.. dgn agak teruk menggunakan marker pen..

situasi ini dijangka telah bermula dari tangga blok berkenaan..kerana disitu terdapat garisan2 conteng yg turut menggunakan marker pen yg sama..

berdasarkan maklumat yg diperolehi.. perbuatan ini dilakukan oleh kanak2 kecil yg agak "nakal" ..dari blok bersebelahan.. tapi ini tidak dapat dipastikan kesahihan nya..

sayugia dimaklumkan agar kita sama2 perihatin pada kenderaan kita dan jiran2 dan pergerakan anak2 kita jiran2 tertangga kita..

saya.. sharkawi jirim melaporkan.. heheh  ;D