Petang tadi saya sempat berborak dgn seorang pegawai DOE, bercerita ttg kilang battery n bau busuk. Beliau menasihatkan supaya penduduk rajin2 membuat aduan. Mereka akan terus memantau kualiti udara di kawasan kita. Bau asap dulunya berpunca dari sebuah kilang yg membakar sisa produk mereka menggunakan tayar sebagai bahan bakar di malam hari. Berkat complain dari penduduk Seksyen 5, akhirnya punca tersebut telah dikenal pasti dan tindakan di buat. Akan tetapi beliau tidak menafikan yg pihak terbabit akan melakukannya lagi apabila mempunyai peluang. Oleh itu, beliau mengharapkan penduduk bukit mahkota supaya sentiasa membuat laporan kepada mereka.
Tang kilang battery tu sensitif sikit sebab di punyai oleh orang kuat politik. Walau bagaimanapun pemantau tetap mereka lakukan. Hopefully semua ok... Setakat ini, tiada lagi bau asap or tengik di malam hari...