Author Topic: PUSAT SUKAN SNOOKER  (Read 4576 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Hairul_Senibina

  • Moderator
  • Penghulu
  • ***********
  • Posts: 407
  • Gender: Male
PUSAT SUKAN SNOOKER
« on: July 21, 2008, 06:50:13 PM »
Salam,

Apa pendapat saudara/saudari jika sebuah pusat riadah atau pusat sukan snooker diwujudkan di putra-mahkota?

Sebagaimana yg saudari/saudari sedia maklum, pusat snooker di malaysia sering dikaitkan dgn gejala tidak sihat & dikaitkan sebagai tempat remaja melepak & membuang masa, tempat remaja bawah umur merokok dan sebagainya.

Dari aspek positif, pusat sukan snooker boleh:

1) Mengelak remaja mencari hiburan jauh dari kawasan perumahan kita (Senang ibu bapa nak monitor)
2) Melatih & mungkin dapat melahirkan pelapis bagi mewakili negara dlm sukan snooker
3) Pengunjung dr komuniti putra-mahkota akan semakin mesra & saling mengenali di pusat sukan snooker


Pusat sukan snooker yg bagus adalah:

1) Tidak menjual rokok kepada remaja bawah umur
2) MELARANG ATAU MENGHALAU REMAJA BAWAH UMUR YG CUBA MEROKOK
3) Melarang atau menghalau pengunjung yg berkelakuan kurang sopan
4) Waktu operasi tidak berlanjutan hingga awal pagi
5) Tidak memasang musik yg terlalu kuat hingga mengganggu ketenteraman
6) Tidak berkompromi dgn pengunjung yg cuba menimbulkan masalah
7) Menyediakan latihan snooker kpd pengunjung
8 ) Melarang/Tidak akan menyediakan mesin slot/kuda/jackpot
9) Memberi sumbangan dlm aktiviti2 kemasyarakatan putra-mahkota
10) Bekerjasama dgn pihak berkuasa utk mencegah aktiviti tidak sihat


Diharap saudara/saudari dpt memberikan pendapat. Sekian terima kasih.  :)

Regards,
senibina
« Last Edit: July 21, 2008, 06:52:38 PM by senibina »
"Hormat Menghormati Budaya Kita"  :)

mentarimerah

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 303
  • rock sampai tua
Re: PUSAT SUKAN SNOOKER
« Reply #1 on: July 21, 2008, 06:54:35 PM »
cadangan tu...bagus tapi nak laksanakan tu...main snuker tak hisap rokok tu payah(bagi kaki rokok)....macam aku ;D ;D ;D

Hairul_Senibina

  • Moderator
  • Penghulu
  • ***********
  • Posts: 407
  • Gender: Male
Re: PUSAT SUKAN SNOOKER
« Reply #2 on: July 21, 2008, 06:57:22 PM »
Remaja bawah umur sahaja yg DILARANG merokok, En Mentarimerah. Yang dah terlebih umur mcm kita2, ni... tidak menjadi larangan.  ;D
"Hormat Menghormati Budaya Kita"  :)

bangimen

  • Guest
Re: PUSAT SUKAN SNOOKER
« Reply #3 on: July 21, 2008, 08:16:54 PM »
Try hisap gula2 lollipop time snook....boleh ubah tabiat merokok kot...murah lagi ::)

mentarimerah

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 303
  • rock sampai tua
Re: PUSAT SUKAN SNOOKER
« Reply #4 on: July 22, 2008, 08:44:32 AM »
Try hisap gula2 lollipop time snook....boleh ubah tabiat merokok kot...murah lagi ::)


bagilah...lolipop 3 lori pun kalau dah hantu rokok payah beb,.....tapi kene kawal jugak

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: PUSAT SUKAN SNOOKER
« Reply #5 on: July 22, 2008, 01:05:51 PM »
idea baik cuma biasanya kelemahan di Malaysia ni adalah penguatkuasaan.

seperkara lagi, bila dah terdesak nak dapat lebih... prinsip akan mula tercicir.

so kena pastikan kalau nak buat juga mestilah tetapkan hati dan instiqomah dengan apa yang ditetapkan sejak mula.

bangimen

  • Guest
Re: PUSAT SUKAN SNOOKER
« Reply #6 on: July 22, 2008, 01:27:32 PM »
Snooker ni dah masuk satu kategori sukan yang ada dalam list Majlis Sukan Negara...jadi mana2 pengusaha yang ingin membuka pusat snooker tiada masaalah rasanya untuk mendapat lesen dari PBT...cuma perniagaan sampingan (mesin judi,jual minuman keras) tu yang rasanya tiada Pemantauan dari pihak sepatutnya....