Author Topic: Pendaftaran SRITI bagi tahun 2011 dibuka sekarang  (Read 4200 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Pendaftaran SRITI bagi tahun 2011 dibuka sekarang
« on: October 05, 2010, 04:15:55 PM »
Pengenalan

SRITI

Sekolah Rendah Integrasi Ilmuwan ditubuhkan pada 1 Ogos 2010 bersamaan 21 Sya’aban 1431, hasil dari inisiatif pihak Ikatan Ilmuwan Nasional (ILMUWAN) untuk mewujudkan suatu sistem persekolahan yang bersepadu diantara akademik dan agama yang akhirnya mampu melahirkan insan yangcemerlang dalam menghayati cara hidup Islam yang sempurna. Sekolah Islam di bawah naungan ILMUWAN ini terdiri daripada dua peringkat persekolahan, iaitu Sekolah Rendah (SRITI) dan Sekolah Menengah (SMITI). Buat masa ini, pengambilan baru hanya dibuka pada pelajar yang akan memasuki persekolahan diperingkat sekolah rendah sahaja (SRITI).

Moto

    Membina Generasi Al-Quran

Falsafah
Membina Kecemerlangan Insan Bertunjangkan Kesempurnaan Cara Hidup Islam

Visi
Melahirkan para remaja dan belia generasi baru yang berpendidikan secara integrasi berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadith mencangkupi elemen mental, rohani dan
jasmani.

Misi
[1] Membina dan menyediakan kurikulum  serta kaedah penyampaian yang bersepadu serta praktikal.
[2] Membina dan menyediakan kaedah pembelajaran dan penilaian berasaskan atribut pelajar, bukan lagi berasaskan keputusan peperiksaan semata-mata.
[3] Menyediakan para guru dan pengurusan sekolah yang komited dan cekap.
[4] Menyediakan prasarana serta suasana pembelajaran yang kondusif

1.0: Organisasi

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITI) ditadbir oleh pemegang saham yang terdiri daripada beberapa ahli-ahli Ikatan Ilmuwan. Para pemegang saham akan memilih tujuh orang daripada mereka untuk di lantik sebagai Lembaga Pengarah (Board of Director) yang mewakili empat skop bidang kuasa iaitu;

    * Kurikulum & Silibus
    * Pentadbiran & Kewangan
    * Pembangunan & Kemudahan
    * Sumber Manusia

Pemegang saham, melalui Lembaga Pengarah berhak menentukan dasar dan halatuju sekolah, mengambilkira pandangan dari pihak guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG).

Manakala Guru besar, guru-guru serta pentadbir bertanggungjawab memastikan dasar pengurusan sekolah adalah berdasarkan apa yang telah diputuskan oleh lembaga pengarah.

Akhir sekali pihak PIBG bertindak sebagai pemantau perkembangan sekolah dan pelajar. Senarai ahli Lembaga Pengarah Sekolah Islam Tahfiz Ilmuwan adalah seperti berikut;

Pengerusi:
[1] Prof. Madya Dr. Nordin Jamaluddin

Ahli Lembaga Pengarah:
[2] Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Salleh
[3] Prof. Madya Dr. Abdul Halim Tamuri
(Ketua Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Tahfiz Selangor)
[4] Prof. Dr. Mohamad Khazani Abdullah
[5] Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh
[5] Dr. Ahmad Ashrif A Bakar
[6] En. Romli Mohamed

2.0: Yuran

[1] YURAN  PENDAFTARAN
Sekali sepanjang persekolahan    : RM100 seorang

[2] YURAN BULANAN
Bagi Darjah 1-3        : RM 275 seorang
Bagi Darjah 4-6        : RM 290 seorang
* Potongan: 5% untuk anak kedua, 10% untuk anak ketiga dan seterusnya.

[3]YURAN TAHUNAN
Bagi Tahun 2010        : RM 100 seorang
Bagi Tahun 2011 dan seterusnya    : RM 200 seorang

[4] YURAN PIBG
Ditentukan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi tujuan
aktiviti pelajar dan lain-lain.

3) Lokasi..
Alamat SRITI
501B & 501C Kompleks Diamond,
Bangi Business Park, Jalan Medan Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, MALAYSIA
Pendaftaran bagi tahun 2011 dibuka sekarang

4) Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Ismail Alias (guru besar SRITI)
mobile: +6019-2371216           
email: [email protected]

Maklumat lanjut :
http://tahfizilmuwan.wordpress.com/

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Pendaftaran SRITI bagi tahun 2011 dibuka sekarang
« on: October 05, 2010, 04:15:55 PM »