Author Topic: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar  (Read 10715 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #45 on: September 28, 2010, 01:46:51 PM »
Saya ada suarakan dalam mesyuarat kat sekolah tapi nampaknya tiada jawapan positif.
Saya masih ingat masa nak minta sekolah tu dulu, penduduk BSP tak cukup lagi. So gabung dgn BM... tup2 bila dah siap BM di anak tirikan... memang tak patut.

kawan malas dah bercerita banyak pasal sekolah ni........takut jadik cam sekolah rendah....mula-mula sakan bagai sokong penubuhan..isi survey tu survey ni.....lepas tu bila dah tersergam anak kawan gak kena tendang suka hati... ??? kalau ada usaha untuk naikkan sekolah di BBM kawan sanggup buat komitment 200%

AZYANI

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 2
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #46 on: September 30, 2010, 11:48:58 AM »
hye....salam perkenalan dari saya..azyani..

AZYANI

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 2
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #47 on: September 30, 2010, 11:51:22 AM »
hye..salam perkenalan....dari azyani

Scale Ruler

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 70
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #48 on: September 30, 2010, 03:31:39 PM »
Saya ada suarakan dalam mesyuarat kat sekolah tapi nampaknya tiada jawapan positif.
Saya masih ingat masa nak minta sekolah tu dulu, penduduk BSP tak cukup lagi. So gabung dgn BM... tup2 bila dah siap BM di anak tirikan... memang tak patut.

kawan malas dah bercerita banyak pasal sekolah ni........takut jadik cam sekolah rendah....mula-mula sakan bagai sokong penubuhan..isi survey tu survey ni.....lepas tu bila dah tersergam anak kawan gak kena tendang suka hati... ??? kalau ada usaha untuk naikkan sekolah di BBM kawan sanggup buat komitment 200%

Lari tajuk ni bro...saya ingat kasi settle sekolah menengah dululah..Tengok keadaan status cam tak gerak2 je progress dia.Dengar citer lagi 27% nak siap...kira-kira ada lagi RM5,400,000.00 baki kerja.Tapi kawan rasa cam banyak lagi jer.Persatuan Penduduk cuba ler hantar surat kat Kementerian Pelajaran tanya status dan hasrat semua penduduk sekitar.Kasi tekanan pada kontraktor.
****************************************************

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #49 on: September 30, 2010, 04:07:35 PM »

Lari tajuk ni bro...saya ingat kasi settle sekolah menengah dululah..Tengok keadaan status cam tak gerak2 je progress dia.Dengar citer lagi 27% nak siap...kira-kira ada lagi RM5,400,000.00 baki kerja.

saya sokong 100% utk buat desakan agar dicepatkan proses pembinaan SMBSP.
lagipun janji Tmbalan Menteri pelajaran, tahun depan (2011) SMBSP dah boleh diguna.
Dikongsikan berita yang berkaitan...

Boleh diguna tahun depan
04/02/2010
Oleh ROSLAH OTHMAN
[email protected]
SEbahagian besar daripada projek sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi, sudah disiapkan dan bakinya dijangka disiapkan pada Oktober ini selepas kontraktor baru dilantik oleh Kementerian Pelajaran.

BANGI 3 Feb. – Boleh digunakan pada sesi persekolahan tahun depan. Itu janji Kementerian Pelajaran kepada ibu bapa di Bandar Seri Putra dekat sini terhadap projek sekolah menengah di kawasan itu yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu.

Ini bermakna penantian mereka untuk menghantar anak-anak di sekolah yang dekat dengan rumah bakal berakhir dengan bermulanya kerja-kerja menyiapkan sekolah itu pada awal Mac ini.

Lebih menarik, khabar gembira itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi yang melawat projek berkenaan semalam.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan sebenar sekolah yang terbengkalai itu, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat.

Ia juga berikutan laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai projek sekolah menengah di kawasan yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk itu terbengkalai berikutan kontraktornya dikatakan bankrap.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang terletak agak jauh.

Antaranya, Sekolah Menengah Jalan Dua, Bandar Baru Bangi; Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang; Sekolah Menengah Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih.

Ibu bapa juga terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan antara RM65 hingga RM70 sebulan untuk setiap anak mereka.

Apa yang dipersoalkan oleh ibu bapa bukan sahaja tentang kos tinggi yang terpaksa ditanggung mereka tetapi juga dari segi pembaziran masa dan tenaga oleh anak-anak mereka.

Bagi pelajar sesi pagi, mereka perlu keluar rumah seawal pukul 6 pagi ke sekolah dan hanya sampai ke rumah semula sekitar pukul 3 petang, jika tiada kegiatan kokurikulum.

Pembinaan projek sekolah berharga RM20 juta itu bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008. Ia mempunyai 36 bilik darjah dan mampu menampung kira-kira 1,100 pelajar.

Menurut Puad, projek itu akan dimulakan sejurus selepas kontraktor baru dilantik dan akan siap pada Oktober ini memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum disiapkan.

Sementara itu, penduduk yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana projek sekolah yang selama ini menjadi tanda tanya akhirnya akan disiapkan.

Lebih menggembirakan mereka ialah tindakan pantas Puad melawat projek itu dan berjanji ia akan disiapkan sebelum sesi persekolahan tahun depan.

Seorang bapa, Murad Adam, 41, menganggap kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran itu sebagai sesuatu yang amat dinantikan dan tanda keprihatinan kerajaan.

Dia yang tinggal di Bandar Seri Mahkota mengakui dengan siapnya sekolah berkenaan, masa dan kos yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa di kawasan itu dapat dikurangkan.

“Memandangkan di kawasan tempat tinggal saya tidak ada sekolah menengah, sekolah inilah yang menjadi pilihan paling hampir,’’ ujarnya.

Bandar Seri Mahkota terletak bersebelahan Bandar Seri Putra.

Mohd. Nasir Abu Samah, 49, pula berkata, sebagai ibu bapa yang mempunyai dua anak yang bersekolah menengah, perkhabaran itu amat menggembirakan.

Bapa kepada enam orang anak ini mengakui akibat kegagalan sekolah menengah itu disiapkan, dia terpaksa menghantar kedua-dua anaknya bersekolah di Nilai, Negeri Sembilan.

“Dalam sebulan kos sebanyak RM135 dikeluarkan untuk pengangkutan sahaja, belum termasuk belanja sekolah anak-anak,’’ ujarnya yang mengakui tidak sabar-sabar menanti sekolah berkenaan disiapkan.

Bagi Zainal Zulkifli, 39, yang tinggal di Jalan 3/1, di sini yakin bebanan kerana terpaksa berulang alik menghantar anak sulungnya yang juga seorang pelajar khas bersekolah di Jalan Reko, Kajang setiap hari akan berkurangan.

Katanya, sebagai bapa, dia turut berasa kecewa dengan apa yang berlaku, namun tetap menganggap berita yang disampaikan Puad sebagai sesuatu yang amat menggembirakan.

“Saya benar-benar bersyukur kerana tanda tanya mengenai bila sekolah ini akan disiapkan sudah berakhir,’’ ujarnya yang juga menaruh harapan agar kelas pendidikan khas turut disediakan bagi memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak sepertinya.

Sementara itu, Sobri Mokhtar, 42, yang tinggal di Apartmen Vista turut melahirkan rasa syukur kerana kerja-kerja menyiapkan sekolah tersebut akan dimulakan dalam waktu terdekat.

“Apa yang kami harapkan agar kerja-kerja akan disiapkan seperti yang dijanjikan dan tiada lagi masalah terbengkalai,’’ ujarnya yang mempunyai dua anak bersekolah menengah.

Dalam pada itu, Puad berkata, kes projek sekolah terbengkalai di negara ini tidak begitu serius kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang terlibat.

“Kita sudah menyiapkan sebanyak 324 projek mengikut jadual dan hanya 45 projek sahaja sakit. Enam daripadanya melibatkan sekolah rendah manakala 25 projek melibatkan sekolah menengah.

“Selebihnya melibatkan projek prasarana sekolah seperti kantin, dewan dan kuarters guru,’’ ujarnya.

Katanya, semua kontraktor yang terlibat dalam projek ‘sakit’ di bawah kementerian itu berdepan tindakan disenaraihitamkan jika gagal menyiapkan projek mereka.

Setakat ini, lima kontraktor sudah disenarai hitam termasuk kontraktor projek sekolah di Seri Putra itu manakala 23 lagi dalam proses dikenakan tindakan sama.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #49 on: September 30, 2010, 04:07:35 PM »

Wazzatldmuchampions

  • yangbenarlagiikhlas
  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4175
  • Gender: Male
  • wearethechampion.........19th title
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #50 on: September 30, 2010, 04:24:51 PM »
Saya ada suarakan dalam mesyuarat kat sekolah tapi nampaknya tiada jawapan positif.
Saya masih ingat masa nak minta sekolah tu dulu, penduduk BSP tak cukup lagi. So gabung dgn BM... tup2 bila dah siap BM di anak tirikan... memang tak patut.

kawan malas dah bercerita banyak pasal sekolah ni........takut jadik cam sekolah rendah....mula-mula sakan bagai sokong penubuhan..isi survey tu survey ni.....lepas tu bila dah tersergam anak kawan gak kena tendang suka hati... ??? kalau ada usaha untuk naikkan sekolah di BBM kawan sanggup buat komitment 200%

Lari tajuk ni bro...saya ingat kasi settle sekolah menengah dululah..Tengok keadaan status cam tak gerak2 je progress dia.Dengar citer lagi 27% nak siap...kira-kira ada lagi RM5,400,000.00 baki kerja.Tapi kawan rasa cam banyak lagi jer.Persatuan Penduduk cuba ler hantar surat kat Kementerian Pelajaran tanya status dan hasrat semua penduduk sekitar.Kasi tekanan pada kontraktor.

semua org pun bukan posting ikut tajuk...... :D
MANCHESTER UNITED FC & ULTRAS MALAYA - Tanah Tumpah Darahku

Scale Ruler

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 70
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #51 on: September 30, 2010, 04:31:51 PM »
Takpe..sinipun forum sembang2...Aiman tak kisah... ;D ;D Saja kasi hangat suasana..Orang kata X-Factor.
****************************************************

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #52 on: October 01, 2010, 01:15:08 PM »
Takpe..sinipun forum sembang2...Aiman tak kisah... ;D ;D Saja kasi hangat suasana..Orang kata X-Factor.

jangan XXX dah... ahaks... ;D ;D ;D

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #53 on: October 01, 2010, 05:11:26 PM »
Mungkin chain of order tu kena ditukar... buat chain of order yg baru

Kenapa melibatkan sekolah lambat siap... katanya sebab kementerian pelajaran yg buat
Tapi klinik kesihatan boleh pula siap cepat... katanya sebab jkr yg buat....

Sebagai org yg tak tahu prosedur kerajaan, nampak macam ada yg tak kena dengan pembinaan sekolah. Dan yg menyedihkan, banyak projek sebegini yg kita dengar.
BOSS kepada SEMUA pegawai-pegawai di Jabatan Kerajaan adalah Ketua Setiausaha Negara. Nak tukar "chain of order" maksudnya kena la tukar KSN. Bukan boleh nak naikkan sapa2 saje jadi KSN, sebab tidak boleh melangkau tangga gaji untuk naik ke jawatan KSN (GRED UTAMA TURUS I - http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2007/07/Pengurusan_Tertinggi.pdf). Calon mesti dari kalangan GRED UTAMA TURUS II, kalau tak nanti biar sapa pon jadi PM akan dapati KSN tak berfungsi sebab pegawai bawahan tak respek. Silap-silap jentera kerajaan lebih slow atas sebab PROTES. Korang jangan plak lupa, CEUPACS pernah dengan berani ugut nak boikot Sambutan Hari Pekerja 2008..

Quote
Cuepacs ugut pulau acara k'jaanhttp://www1.malaysiakini.com/news/80789
Apr 2, 08 6:36pm    

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memboikot sambutan Hari Pekerja dan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus terhadap lima tuntutan kesatuan itu, selewat-lewatnya pada 29 Mei.

Sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 Mei, manakala Hari Pekerja Sektor Awam disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei.

Bagaimanapun presidennya Omar Osman berkata Cuepacs akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja berasingan di Johor Bahru pada 1 Mei yang dijangka dihadiri 1,000 wakil kesatuan dari seluruh negara...

Walaupun parti lain memerintah, pegawai di jabatan kerajaan masih lagi orang yang sama.. kalau pegawai bagus, urusan jabatan bagus.. tak de kena-mengena dengan parti memerintah..

My 2-cents  :-\
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #54 on: October 01, 2010, 05:42:55 PM »
bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #55 on: October 02, 2010, 12:04:54 AM »
bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #56 on: October 02, 2010, 12:09:31 PM »
pasti ada ruang untuk penambahbaikkan.

bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #57 on: October 05, 2010, 05:00:45 PM »
pasti ada ruang untuk penambahbaikkan.

bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.

Betul... Setuju.. Cuma untuk Pentadbiran Kerajaan, agensi dan pegawai-pegawainya lah yang buat keputusan tentang penambahbaikan sebab mereka yang kena buat kerja prosedur tu.. itu sebab banyak agensi kerajaan yang dah bergerak ke arah mencapai ISO 9001 / 9002. Cuma realitinya bila masuk ISO ni banyak dokumentasi/laporan yang perlu dibuat sehingga kadang-kadang mengurangkan masa pegawai tersebut untuk memberikan perkhidmatan optimum kepada rakyat. Tak semua orang sanggup balik rumah pukul 6:30 ptg hari-hari..

My 2-cents  ;)
« Last Edit: October 05, 2010, 05:13:58 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Scale Ruler

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 70
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #58 on: October 06, 2010, 09:40:40 AM »
bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.

...Apa yg saya nampak semua prosedur tender melibatkan dasar.Perasan tak % yang diberikan untuk kuota bumiputera. Saya sebagai k'tgn bawahan ni faham kalau nak ubah prosedur penilaian tender dengan menaikkan lagi jumlah modal,jumlah kakitangan teknikal kontraktor,jumlah jentera kontraktor maka sudah tentu kurang projek yang terbengkalai dan banyak projek yang siap cepat.Alhamdulillah dan sudah tentu ramai yang suka. Tapi bila difikir2kan jika buat cam tu..maka yang kaya akan bertambah kaya dan yang baru nak belajar jangan haraplah nak masuk projek.Maka yang kaya tu sapa..?Renung-renungkanlah...

Nak salahkan pegawai pemantau tu rasanya tak patut. Dia orang semua ada kelayakan kawan...Ir..Ar...Sr...bukan senang nak dapat semua tu.Tapi fokusnya projek tu dpat kat kontraktor sapa...Kalau kontraktor cam..XXX..sampai berbuih mulut lar.Nak..nak...kalau jenis kontraktor 'Main Contractor' sub kan projek kat orang lain...lepas tu orang lain tu..sub lagi kat orang B..lepas tu orang B sub lagi kat orang C....Orang C sub lagi kat orang D...sampai kan modal nak buat bangunan pun tinggal jadi modal beli ikan kering..akhirnya projek tak siap.Last2 Pegawai Pemantau juga yang disalahkan.
« Last Edit: October 06, 2010, 09:51:52 AM by Scale Ruler »
****************************************************

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #59 on: October 06, 2010, 11:03:28 AM »
persoalannya kenapa projek kementerian pelajaran jer yg 'biasa' nampak sangkut... kementerian kesihatannya pun ok je siap? Why? Tell me why?

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #59 on: October 06, 2010, 11:03:28 AM »