1)Dikongsikan hasil tinjauan ke pusat perlupusan sampah pada 14 febuari 2010 jika dibandingkan setahun sebelum itu iaitu pada 19 julai 2009 daripada Prof Khairuddin..
2)Berikut adalah artikel terdahulu berkaitan penutupan Pusat pelupusan Sungai Kembong ditutup September 2005
Article
Title/ Headline Pusat pelupusan Sungai Kembong ditutup September 2005
Date of Publication May 31, 2005 (Tuesday)
Publication Name Harian Metro
Section Placement Main Section
Page Placement 24
Keywords Pelupusan sisa pepejal Harian Metro
Emedia Byline No Information
KAJANG: Penduduk sekitar Sungai Kembong, di sini, yang terpaksa menghidu
bau busuk sejak beberapa tahun lalu lega apabila pusat pelupusan sampah
di situ akan ditutup mulai September depan.
Ini kerana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bakal mempunyai pusat
pelupusan sampah tercanggih di Sungai Lalang, Semenyih, yang bernilai
RM100 juta dan dijangka siap September depan.
Yang Dipertuanya, Muhamad Khusrin Munawi, berkata pusat pelupusan
sampah yang dikenali sebagai Pusat Kitar Semula Tenaga (RDF) itu mampu
menampung bilangan sampah yang meningkat berikutan pertambahan penduduk
setempat.
Menurutnya, pusat pelupusan sampah Sungai Kembong hanya akan ditutup
selepas projek RDF siap sepenuhnya dan kini kerja-kerja pembinaannya
sudah 60 peratus siap sejak dilancarkan pada Disember lalu.
"Penduduk kini lega selepas pusat pelupusan sampah Sungai Kembong akan
ditutup bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tidak tahan dengan
bau busuk selain pencemaran alam sekitar.
"MPKj amat prihatin terhadap masalah penduduk dan berharap dengan
pembinaan tapak pelupusan sampah di Sungai Lalang dapat menyelesaikan
kekusutan yang ditanggung mereka," katanya di sini.
Beliau berkata, pusat pelupusan sampah Sungai Kembong terpaksa ditutup
berikutan kedudukannya tidak bersesuaian kerana berhampiran dengan
kawasan kediaman dan sungai sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti
bau busuk dan pencemaran alam sekitar.
"Selain itu, MPKj kerap menerima aduan penduduk yang tidak berpuas hati
dengan tempat pelupusan sampah itu, sekali gus memaksa kita menutup
operasinya.
"Ia akan dibersihkan, termasuk sekitar Sungai Kembong bagi mengelakkan
pelbagai masalah lain. Untuk melaksanakan projek ini, kita membelanjakan
hampir RM1.5 juta," katanya.
Muhamad Khusrin berkata, RDF menggunakan kaedah dari Jerman dan Jepun
dibina di tanah seluas 12 hektar.
Bagaimanapun, hanya 2.4 hektar kawasan yang digunakan bagi projek
berkenaan manakala selebihnya disewakan kepada syarikat swasta dalam
tempoh 30 tahun.
Beliau yang akan bertukar ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
sebagai pengarah berkuatkuasa esok berharap bakal penggantinya dapat
meneruskan projek pembangunan yang dirancang khusus bagi penduduk Kajang.