Hadiah RM200 menanti anda.... Maklumat lanjut di sesawang berikut:
http://www.mpkj.gov.my/web/guest/sorotan/ganjaranSYARAT-SYARAT PEMBERIAN GANJARAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT AKTIVITI PEMBUANGAN SAMPAH HARAM (ILLEGAL DUMPING)
1. Sampah haram yang dimaksudkan dalam program ini adalah sampah yang dibuang secara haram di tempat awam yang tidak dibenarkan sebagai tempat pembuangan sampah dengan jumlah yang banyak dengan atau tanpa menggunakan kenderaan;
2. Sekiranya terdapat kekeliruan mengenai tafsiran sampah haram yang layak dipertimbangkan untuk pembayaran ganjaran berkenaan, maka pihak MPKj, melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan berhak menentukan sama ada sesuatu aduan itu adalah munasabah atau tidak untuk diterima;
3. Mana-mana kakitangan MPKj yang terlibat secara langsung dengan aktiviti penyeliaan kutipan sampah dan pembersihan adalah tidak layak diberi pertimbangan untuk penerimaan ganjaran berkenaan;
4. Pengadu hendaklah memberi maklumat melalui borang yang telah ditetapkan berserta bukti-bukti berkaitan sekiranya ada;
5. Pengadu mestilah bersedia untuk tampil ke mahkamah sebagai saksi sekiranya kes tidak diselesaikan secara kompaun;
6. Aduan diterima berdasarkan first come first serve dengan mengambil kira maklumat yang lengkap, tepat dan sahih;
7. Setiap Notis Pemberitahuan Kesalahan yang dikeluarkan tidak boleh dikurangkan atau dibatalkan penawaran kompaunnya melainkan dengan arahan Yang Di
Pertua;
8. Pihak Majlis menetapkan RM200.00 sebagai ganjaran pengadu atau informer bagi setiap kes;
9. Borang boleh dimuat turun melalui laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang dan boleh diambil di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kajang.