Pada 25-27 Disember 2009 lepas, 4 anggota RELA Platun 0023 telah dipilih menyertai UKMR Daerah Hulu Langat di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan,Kem Sg.Udang, Melaka. Mereka adalah Kpl Ismail Kasim, Kpl Azaidi Ishak, L/Kpl Musa Yaacob dan L/Kpl Zairullzarizi Zaihid. Di program UKMR ini, Ketua Platun 0023 Lt.(RELA) Shokree telah dilantik sebagai Jawatankuasa UKMR i.e Pegawai Keselamatan dan Bantuan Kecemasan dibantu oleh Kpl Zaprunnizam sebagai Penolong Pegawai Keselamatan/Kecemasan. Antara praktis dijalankan adalah tembakan masa sendiri (100 m) rifle M16 dan pumpgun( jarak 25 ela).Tembakan pistol semi-auto jenis glock diberi peluang kepada semua KPRM dan Jawatankuasa UKMR sahaja. Dilampiran gambar-gambar untuk makluman.