Author Topic: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...  (Read 65099 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Raiesa

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 90
Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« on: 09 Apr, 03:33:57 PM »
Assalamualaikum wbt

Sebenarnya jika kita berpakat dan bergabung untuk membuat perkara yang sama akan memberikan hasil yang memuaskan dengan kos yang rendah.

Macam ni. Jika kita nak pasang Grill rumah, kita survey kontraktor yang dapat bagikan harga murah ttp berkualiti dengan volume yang banyak (e.g. lebih dr 5 buah rumah) sudah pasti kita boleh negotiate harga dan keuntungan akan dapat dinikmati bersama.

Sama juga dengan kitchen cabinet, wardrobe, dsbnya.

Jadi sebenarnya masa pun dah tak lama kita akan berpindah ke rumah baru, dah boleh start menyimpan dan juga dah boleh survey contractor untuk kita sign kontrak.

Persetujuan bersama amat penting supaya tidak akan timbul cakap-cakap belakang.

zai_jnr

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 576
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #1 on: 09 Apr, 03:49:48 PM »
cadangan yg menarik..

tp nk kener consider gak mengenai taste design yg mungkin tak sama setiap tuan rumah ..maybe si A nk design A..si B nk design B...

maybe setiap design, ader perbezaan harga...so kalo jd mcm nie..maybe ssh kontraktor nk letak or kurangkn harga..coz dia terpaksa beli raw material dgn harga yg still mahal...

pe pendapat yg lain ek?...

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #2 on: 09 Apr, 04:05:00 PM »
apa yang Raiesa kata tu ada betul nyer tapi apa yang zai_jnr kata tu lagi betul... ;D ;D ;D

order volume tak semesti nyer menggambarkan volume material... standard yang berbeza akan menghasilkan result yang berbeza juga... kecuali semua orang dalam team tu setuju dengan benda yang sama... jadi boria... yang biasa nyer sukar... ibarat kata orang... lain rumah lain grill nyer... ;) ;) ;)

rosdin

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 172
  • Gender: Male
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #3 on: 09 Apr, 04:09:52 PM »
setuju..cadangan yg baik..
sebenarnya saya pernah join buat benda camni... rumah skrg ni..masa mula2 dpt kunci, join dgn kawan2 dan jiran2 amik kontraktor yg sama... tapi masalahnya, kualiti jadik tak sama (ada yg ok, ada yg tak ok) sbb dia kena carik subcons pulak sebab kena buat byk rumah serentak.. pastu tokeh kena bahagikan masa tgk setiap rumah, so hasilnya rasa tak berapa puas hati sgt.. takleh nak komplen lebih2 sebab dah dpt diskaun.. :-X
then macam bro zai kata tu, setiap org ada citarasa masing2..so kontraktor susah mau kira diskaun byk..

syira

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 424
  • Gender: Female
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #4 on: 10 Apr, 09:45:32 AM »
setuju..cadangan yg baik..
sebenarnya saya pernah join buat benda camni... rumah skrg ni..masa mula2 dpt kunci, join dgn kawan2 dan jiran2 amik kontraktor yg sama... tapi masalahnya, kualiti jadik tak sama (ada yg ok, ada yg tak ok) sbb dia kena carik subcons pulak sebab kena buat byk rumah serentak.. pastu tokeh kena bahagikan masa tgk setiap rumah, so hasilnya rasa tak berapa puas hati sgt.. takleh nak komplen lebih2 sebab dah dpt diskaun.. :-X
then macam bro zai kata tu, setiap org ada citarasa masing2..so kontraktor susah mau kira diskaun byk..

saya setuju jugak pendapat ni.. sometimes bukan dpt harga yg murah pun.. kontraktor akan amik advantage jugak.. sbb dah ramai yg pakat nak amik dgn dia so, dia boleh tekan harga jugak.. tugas dia cuma cari customer, then bagi ke subcon.. hasilnyer tentula x sama bg setiap rumah... just pandangan sy ajelah...

Raiesa

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 90
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #5 on: 10 Apr, 11:17:10 PM »
Oooo mcm tu ceritanya....susah jugak yer. Ada cara lain tak yang boleh bantu kita? Mungkin anda boleh introduce kedai2 yang boleh dipercayai dan finishing yg berkualiti. Ataupun apa-apa idea lain boleh dibawa berbincang disini.

Dah survey semalam, rumah pun dah naik bumbung dah...sudah masa untuk readykan duit secukupnya. Sebab itulah kena cari jalan macamana nak mengurangkan kos masuk rumah ni.

LI124

  • Guest
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #6 on: 02 Sep, 12:01:20 PM »
Oooo mcm tu ceritanya....susah jugak yer. Ada cara lain tak yang boleh bantu kita? Mungkin anda boleh introduce kedai2 yang boleh dipercayai dan finishing yg berkualiti. Ataupun apa-apa idea lain boleh dibawa berbincang disini.

Dah survey semalam, rumah pun dah naik bumbung dah...sudah masa untuk readykan duit secukupnya. Sebab itulah kena cari jalan macamana nak mengurangkan kos masuk rumah ni.

Salam Bro. Raiesa,
For carpentary matters saya ada satu org kawan yg hasil kerja mmg boleh dikategorikan sebagai terbaek.. harga dengan die kite boleh taruk berapa kite punya budget n then die advise tuk kite.. Nnt saya boleh perkenalkan sebab saya pon dah biasa dengan die..

Sesiapa ada cadangan laen mehla kite kongsi2kan.. Sharing is caring 8)


namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #7 on: 03 Sep, 08:01:50 AM »
masuk je tanpa sebarang ubahsuai... memang jimat

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #8 on: 03 Sep, 11:07:52 AM »
masuk je tanpa sebarang ubahsuai... memang jimat

aaa.. aaa... tak payah buat grill ngan pasang lampu sekali... ::) ::) ::)

MuaHaHaHa... :D :D :D gurau jer tu... jangan betul tak buat plak... tu benda yang mesti kena ada tu...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #9 on: 03 Sep, 11:09:12 AM »
yg basic kenalah... tapi cam kabinet, sambung belakang etc tak yah ler

alexander_zulkarnaien

  • Guest
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #10 on: 16 Nov, 12:41:23 PM »
bagus jugak idea tu. tapi kalau kontraktornya sama, takut2 nanti bila raya g jejalan umah jiran sebelah umah, sekali dia punya design sama ngan umah kita da.. hahahaha

Norfeal1980

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 918
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #11 on: 16 Nov, 01:32:25 PM »
masuk je tanpa sebarang ubahsuai... memang jimat

aaa.. aaa... tak payah buat grill ngan pasang lampu sekali... ::) ::) ::)

MuaHaHaHa... :D :D :D gurau jer tu... jangan betul tak buat plak... tu benda yang mesti kena ada tu...

Tak payah buat grill... letak ler anjing... ;D ;D ;D

alexander_zulkarnaien

  • Guest
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #12 on: 16 Nov, 11:43:05 PM »
bela antu raya pun ok kot.. huhu

terra2400

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 320
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #13 on: 18 Nov, 07:50:28 AM »
ish..ish..ish jangan ler bela anjing (kena lesen) atau antu raya (kena saka), bela angsa dan bila dah ada duit buat grill, angsa tu boleh sembelih buat kenduri 'open house'...... ;D ;D ;D

Raiesa

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 90
Re: Idea untuk mengurangkan kos masuk rumah nanti...
« Reply #14 on: 16 Mar, 05:28:46 PM »
Salam
Last week dah masuk rumah yg 99.9% siap unit Ceria.
Apa yg dpt dikomen ialah
1. Car Porch - ngam2 dengan buntut MyVi..so sapa yg ada keta besar tu bontut basah la kena embun...
2. Sesapa yg minat gardening mesti frustrated sebab dia punya tanah amat kecik iaitu disebelah kiri dan kanan car porch.
3. Tile digunakan untuk ruang tamu adalah tile yg kecil bukannya 1 kaki x 1 kaki. Kurang cantik skitt...
4. Pemegang tangga untuk ke tingkat atas tidak menarik dan tiada design.
5. Dapur yg kecil disebabkan ada satu bilik yang kecil yg bersambung dengan dapur yang tak pasti digunakan untuk apa. Kat sini lah timbulnya angan2 untuk membuang bilik tersebut untuk menjadikan dapur lebih besar siap dengan island lagi...
6. Bahagian sink dapur dianjakkan sampai ke pagar belakang untuk menambahkan lagi ruang dapur.
7. Toilet amat puas hati....
8. Ruang atas yang cerah disebakan ada fix window utk pencahayaan. Kena pasang grill ke??
9. Yang lain semua OK..cuma satu lagi parking untuk tetamu susah sebab takde ruang utk meletakkan kenderaan diantara rumah. Kalau kancil mungkin muat dan tak blok pagar jiran sebelah...

Itu jer..itupun kalau ada budget?? Kalau takde masuk jelah dengan keadaan apa yang ada... Tak gitu??