15 Apr 2010 - Diketuai oleh Ketua Balai Bangi ,Seramai 70 Anggota Polis pelbagai unit dengan dibantu 24 anggota rela platun BBM dan beranang telah bersama-sama menjalankan Ops Cegah jenayah yang mensasarkan terhadap penempatan kongsi pekerja warga asing di Bandar Seri Putra. Operasi yang dimulakan pada jam 1.30 pagi dah berakhir kira-kira 2 jam setengah kemudian telah melakukan pemeriksaan terhadap hampir 100 pekerja tapak pembinaan warga indonesia, bangladesh dan myanmar, 9 orang berjaya ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini. kesemua mereka dibawa ke balai Bangi untuk siasatan susulan. Dalam ucapan akhir, Tuan SI Ramlan berharap agar operasi ini dapat dijalankan secara kerap diseluruh kawasan tanggungjawab balai bangi bagi langkah awal pencegahan jenayah. Hasil statistik kejadian jenayah pecah rumah kerap dilakukan membabitkan PATI warganegara indonesia.
Bagi pihak KPR 0023 - BBM Tuan Shokree , mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua anggota yang terlibat .