Author Topic: Kadar Sewa Apt Seri Melati  (Read 10008 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

s_manila

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
Kadar Sewa Apt Seri Melati
« on: May 05, 2010, 11:37:40 AM »
Salam tuan-tuan,

Sekadar ingin bertanya sewa kat apt seri melati mengikut tingkat berapa ye...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #1 on: May 05, 2010, 07:40:46 PM »
saya tak pasti sangat tapi mungkin dalam 350-450 kot

s_manila

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #2 on: May 06, 2010, 09:00:05 AM »
Salam akusempoi,

rate tu... untuk apartment kosongkan...kalau apt seri mawar rate sewa macam tu juga ke? kalau nak sewakan kat student rasanya rate tak boleh mahal dan sekurang-kurangnya mesti 'semi furnish' ada katil ke..dapur ke..dan TV.. so apa pandangan tuan... ok ke sewakan kat student atau... small family or maybe bujang-bujang perempuan... jadi rumah terjagalah sikit

satu lagi nak tanya ni... biasanya deposit sewa 1 atau 2 bulan kalau kat BSP, kat luar biasanya 2 bulan tapi...kat tempat yg agak jauh dari bandar dan penyewa agak kurang deposit cuma 1 bulan sahaja...sorrylah tuan panjang pulak soklan ni..pasal tak berapa biasa dengan BSP ni...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #3 on: May 06, 2010, 11:18:06 AM »
kalau famili biasanya mereka nak rumah kosong sebab selalunya dah ada barang sendiri
kalau student, baik bagi half-furnished

rate tu kat mawar mmg utk rumah unfurnished

biasanya deposit 1 bulan je

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #4 on: May 06, 2010, 11:48:38 AM »
Salam s_manila

Sy kongsi info dan menyampuk sikit bab sewa nii, kebetulan tiga minggu lepas sy berkesempatan pusing2 sekitar seri melati utk melihat lihat unit2 yg hendak dilelong di situ. Sempat juga tanya kpd pejabat JMB kadar sewa di situ.

Info yg sy dpt, kadar sewanya RM300++ ke atas. Makin bawah makin tinggi sewanya. Ramai student Kuis menyewa disitu. List student menunggu utk menyewa disitu ramai. Mungkin JMB menguruskan unit2 yg kosong kpd student.

Pada pandangan sy, melati ada 3 bilik, jika student sewa, mereka boleh kongsi sewa dgn 6-7 org. Dgn mengelurakan -+RM90 seorang termasuk kos sewa dan bil air/letrik. Rasanya tak membebankan student.

Tentang furnish tuu terpulang kpd permintaan student dan kemampuan kita utk menyediakannya. Jika furnish....lebih sikit lah sewanya.

Tentang penyewa, jika sy...sy lebih suka small family atau yg baru berkahwin. Org berkeluarga nii rumah lebih terjaga lagi (itu sy rasa)

Tentang kadar sewa seri mawar, sy rasa kadar sewanya lebih kurang sama dgn melati.  Sy ada terjumpa di mudah.my, org sewakan RM380 di seri melati utk tingkat 3. Sy pun ikut kadar itu....nak test market! hahaha

Untuk deposit...bagi tak membebankan penyewa, se baik2 nya... 1+1+deposit air/api. Jika sewanya RM350...maka penyewa kena bayar RM350 + RM350 + RMxx (deposit air/api).

Unit sy di seri mawar akan kosong Jun ini. Sy mendapat penyewa yg  sgt baik. Selama setahun lebih menyewa di situ bayaran sewanya menepati masa dan tiada masalah. Khabarnya...dia juga membeli unit lelong di seri mawar dgn harga RM50K di tingkat satu.

Tanya sikit...s_manila ke yg berjaya menang lelong di seri melati hari tuu?  ;D

*** lambat betul sy taip...akusempo dah reply dulu...hahaha
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

s_manila

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #5 on: May 06, 2010, 12:50:59 PM »
W'salam tuan matahati & akusempoi,

terima kasih atas info yang tuan-tuan berikan.

Wow.... cepat tuan matahati agak...
Alhamdullilah, sy dapat satu unit lelong di seri melati tkt 3 tempoh hari, buat masa ni....tengah rancang nak bersih-bersihkan, masuk air, api dan apa-apa yang patut. Dengan adanya forum macam ni memang bagus...kita boleh bertukar tukar pendapat dan berkenalan dengan rakan-rakan baru..

nampaknya sy akan jadi salah sorang dari komuniti maya BSP macam tuan matahati.... sy minat unit-unit di BSP pasal dia freehold... memang agak susah sekarang ni nak dapat kawasan yg freehold...itu hari utk unit tu.. sy dah last call... kalau ada org angkat lagi...sy surrender... tapi mungkin dah rezki... dapat juga akhirnya... tapi maintenance tertunggak masyallah... RM 6,500.00, cukai pintu.. RM 1,100.00

tapi... rasanya masih berbaloi lagilah...

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #6 on: May 06, 2010, 01:15:40 PM »
W'salam tuan matahati & akusempoi,

terima kasih atas info yang tuan-tuan berikan.

Wow.... cepat tuan matahati agak...
Alhamdullilah, sy dapat satu unit lelong di seri melati tkt 3 tempoh hari, buat masa ni....tengah rancang nak bersih-bersihkan, masuk air, api dan apa-apa yang patut. Dengan adanya forum macam ni memang bagus...kita boleh bertukar tukar pendapat dan berkenalan dengan rakan-rakan baru..

nampaknya sy akan jadi salah sorang dari komuniti maya BSP macam tuan matahati.... sy minat unit-unit di BSP pasal dia freehold... memang agak susah sekarang ni nak dapat kawasan yg freehold...itu hari utk unit tu.. sy dah last call... kalau ada org angkat lagi...sy surrender... tapi mungkin dah rezki... dapat juga akhirnya... tapi maintenance tertunggak masyallah... RM 6,500.00, cukai pintu.. RM 1,100.00

tapi... rasanya masih berbaloi lagilah...

Wahh...Tahniah! tuan rupanya yg dpt unit itu ya! Sy pada mulanya bercadang utk masuk bid unit itu. Sy dan anak pegi tinjau2 ke situ tapi sy tak naik ler...hahaha. Mmg susah nak dpt freehold dgn harga sebegitu...tambah pula medium cost.

Tapi pada tarikh lelongan...anak sy ada hal lain. Jadi...sy terpaksa lupakan.   

Boleh tau harga yg tuan dpt? Ramai ke yg masuk membida?
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

s_manila

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #7 on: May 06, 2010, 02:39:23 PM »
Sy dapat pd harga 37K...ada 4 orang masuk bid aritu...
siap ada ulat cari makan lg.... ada satu mamat melayu ni.. memang boleh katakan dia ada kat mana-mana lelong... dia akn approach kita dan bagi tau ada org masuk unit yg sama dgn kita.. lps tu dia kata org tu nak kawtim atau the other way around.... kalau kita betul-betul nak unit tu dan jangka harga akn naik gila-gila... bolehlah kawtim.. tapi kalau nengok masing-masing nak cuba nasib je... kita lawan jelah...hari tu saya lawan...itu yg naik RM7,000.. lagipun pelelong ni pun satu.. belum2 dia dah up jadi RM33,000....

tuan matahati tak masuk ke unit yg satu lg kat blok C tu....sy ituhari kalau tak dpt blok E.... nak cuba gak blok C tu.. tak taulah dah ada orang sambar ke belum..kalau masih ada next auction turun lagi tu...


Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #8 on: May 06, 2010, 03:03:15 PM »
s_manila....kira ok lah dpt harga tuu. Masih berbaloi w/pun tunggakan bank tak cover.
Cuba mintak diskaun atas tunggakan maintenance tuuu...kot2 dapat.

Memang ulat2 nii kerja dia begitulah...nak carik duit cara mudah. Nasib baik antivirus tuan kuat ya...boleh tepis ulat2 itu...hahaha.

Unit block C tuu tinggi sgt...kemudian tiada penghuni lain di tingkat itu. Org rumah kata...bagilah peluang kat org lain  ;D
Unit itu pun sudah di lelong tapi tak tahu harga lelongannya. Kali ke 7 barulah ada pembeli.

Lepas nii tuan bolehlah usha2 lagi rumah lelong ya!
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

s_manila

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #9 on: May 06, 2010, 03:26:00 PM »
Betul tu....kita bagi laluan kepada kawan-kawan kita yang lain... insyaalah ada rezeki kita... psl tunggakan tu sy akan cuba minta diskaun dr MC harap-harap dapatlah banyak diskaun  ;D

nampaknya kita dah lari jauh dari tajuk kita ni tuan.... takut tuan mod hot pulak...psl lelong ni kita cerita panjang kat tuan punya thread kat 'Apa itu rumah lelong' boleh kita kongsi ramai-ramai dengan sape-sape yg berminat...

Untuk masuk lelong....buat masa ini rehat dulu kasi settle yg baru dapat ni... byk pakai ongkosnya tuan..

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #10 on: May 06, 2010, 03:37:24 PM »
hahaha....betul tuuu mcm dah keluar tajuk tapi rasanya masih belum kot sbb kita masih membincangkan hal2 berkaitan dgn sewa/beli seri melati. Thread seri melati ini pun agak kurang aktif.

Isi cerita dan tajuk masih relevan. Itu pandangan sy...pandangan org lain mungkin berbeza.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

s_manila

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #11 on: May 06, 2010, 04:15:26 PM »
Pandangan tuan sy terima....kita masih bincang perkara-perkara yang berkaitan... lagipun thread seri melati memang sunyi berbanding dengan yang lain...

Sekurang-kurangnya meriah sikit thread ni...

Maaf, tumpang tanya tuan...Rumah yang tuan sewakan di BSP tu.. penyewanya student ke, bujang atau family? penyewa tu kerja kat area mana? bangi ke...kajang ke... Putrajaya ke... atau area situ je..saje nak survey sikit jadi next time nak beli rumah bolehlah sesuaikan dengan penyewa...

Sekarang ni strategi sy.... nak sewakan rumah yang mampu disewa oleh kebanyakan orang seperti pasangan baru kahwin, pelajar atau pekerja bujang. Kadar sewa yang tidak membebankan mereka pada masa yg sama kita dapat untung sikit setelah tolak maintenance dan baikpulih kecil. Sy cari rumah dalam anggaran bawah RM50,000 shj buat masa ini, akan datang tak taulah kalau bajet dah besar...

Sekurang-kurangnya kita bolehlah bantu mereka-mereka yang baru bertapak untuk membina hidup sendiri atau baru memulakan kerja..

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #12 on: May 06, 2010, 05:14:10 PM »
Penyewa2 sy yg ada adalah pasangan yg baru berkhawin. Kebetulan sy dpt penyewa sebegitu. Sy tak buat penapisan ttg penyewa. Sy terima sape saja kecuali bukan Islam. Pun begitu macam2 ragam penyewa nii....ada gak yg sy terkena (kena bukak thread khas ttg ragam penyewa).

Mereka bekerja di sekitar Bangi dan Nilai. Sy memudahkan kemasukan mereka ke unit yg ada. Jika mereka tak mampu bayar deposit sekali gus sy berikan mereka peluang utk bayar berperingkat. Penyewa baru sy yg akan masuk bulan Jun ini adalah dua gadis yg baru berkerja.

Sy pun begitu....melabur rumah mampu milik/sewa di bawah RM50K sekitar Bangi/Kajang. Belum ada kemampuan utk mencari di area KL/PJ. Dan faktor umur membataskan sy utk pergi jauh (loan tak lepas...hahaha)

Jgn lupa....buat perjanjian sewa dgn penyewa sbg melindungi hak bersama dan sbg bukti pendapatan utk tujuan pinjaman bank utk masa akan dtg.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

s_manila

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #13 on: May 07, 2010, 11:34:12 AM »
Hehehe.....terima kasih tuan...apt yg sy dpt tu cdg nak sewakan awal jun, tp skrg ni msh blm buat apa2 lg, sy cdg nak sewakan dlm 350 - 400, tp tak taulah blh dpt penyewa tk dlm tempoh tu...kalau ada org contact tuan lg psl nak sewa apt blhlah pass kat kawan...hehehe..

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Kadar Sewa Apt Seri Melati
« Reply #14 on: May 07, 2010, 12:15:56 PM »
Alhamdulillah...semalam dah ada penyewa pasangan baru kahwin yg menyatakan persetujuan utk menyewa unit kedua sy yg kosong itu. Iklan sy di mudah.my dah pun sy delete. Jika ada yg masih bertanya ttg  rumah sewa nnt sy akan pass kpd tuan.

Cuma masalah sy....unit yg baru sy dpt tuu belum dpt buat penyambungan meter air dari Syabas. Khuatir tak sempat sambung sblm Jun ini. Tuan dah urus ke ttg meter air seri melati tuu? atau di situ masih guna meter pukal.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas