Salam,
Dulu bila mula mula beli rumah diBukit Mahkota pada tahun 2002 ingatkan SENAN DAPAT VALUE selepas beberapa tahun.........tapi kini dah 6 tahun berlalu HAMPEH !!!!
Nilai rendah dari harga belian (mungkin belum ada rezeki)
Walaupun ia dekat dengan Nilai 3, KLIA, Bangi, Hospital ,Hotel berbintang bintang...........tapi nilai masih belum UP seperti mana kawan kawan di PSP
Pada pendapat saya, value utk sesuatu kawasan bergantung pada kemudahan awam dan kemudahan infrastruktur yg terdapat di kawasan tersebut. Cuba laa lihat sekeliling kawasan BBM, sekolah pun tak ada lagi, bank, pasaraya pun tak ada, jalan pun masih byk lubang2 nyer, lampu jalan pun kejap idup kejap tidur. All of this things menyumbang kepada penilaian harga rumah or properties sesuatu kawasan. Tu pasal kalau nak jual balik rumah, the price yg kite dapat maybe akan jadik rendah.
Saya pernah tgl di BBBangi for years. Bermula tahun 2001, masa tu walaupun dah 3 tahun recession 1998, harga rumah kat bdr baru masih rendah, nak cari rumah sewa pun still murah sebab masa tu kemudahan tak berapa byk sgt. Sebesar2 bdr baru tu, masa tu cuma ada berapa kerat je bank, kedai2 pun tak byk. Nak jual rumah pun saya rasa harga tak seberapa sgt. But then within a years, byk perumahan baru naik, kawasan baru dibangunkan, rumah2 kedai, bank2 semakin byk, sekolah juga. Ada hospital (even though swasta), dekat dgn hospital kerajaan (either Serdang or Putrajaya). Semua prasarana utk kemudahan awam ada. Dlm sekelip mata, harga rumah di kawasan tersebut naik.
So moral of the story, nak rumah kite dpt value tinggi bila nak jual balik tu, kena laa tunggu kawasan perumahan BBM nih ada all those kind of things. And skrg nih even BSP pun tak ada bank. Cuma harga rumah dorg tu tinggi bila jual balik sebab developer dia mang jaga all those kind of quality masa buat rumah dan perancangan yg dibuat utk BSP tu is better dpd BBM nyer developer.
Tapi pada saya, saya amat bertuah membeli rumah di BBM nih terutama di Seksyen 6. Penduduknya saling bekerjasama, harmoni aje, mang macam kampung. Mcm yg saya selalu told my boss at home, tak apa laa, biarlah BSP tu jadik bandar, BBM nih jadi kampung je laa. Seronok gak dok area kampung nih. Tak de laa hectic sgt mcm kat bandar tuh. Yg tak best nyer cuma jadik jalan kuar masuk org g sopping ke nilai 3. Kalau takat keta tak pe, ni bas2 besau, merosakkan jalan yg dah sedia maklum rosak. Huhuhu ...