Author Topic: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "  (Read 2012 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..


Sudah 51 Tahun Kita M E R D E K A ..  Apakah pengisian merdeka kepada
kita , keluarga , masyarakat tempat kita ( putra-mahkota-bangi ) ..

Kita belajar dari sejarah .... Siapa tahu sejarah BANGI  ?
sila cerita kt sini, bersempena bulan kemerdekaan ini.

   
___________________
aku /..PMB

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #1 on: 21 Aug, 10:19:13 AM »


Atuk Merdeka

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.
Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato'', tauke dan menteri,
Jangan kau menjadi kayu tunggul.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.
Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan,
Jangan kau jadi pagar makan padi.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.
Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu,
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait,
Jangan kau menjadi bintang tiga.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.
Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen,
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin MERDEKA.
Jika kau ingin MERDEKA ,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!


- Ujang 1978
___________________
aku /..PMB

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #2 on: 22 Aug, 10:40:49 AM »



___________________
aku /..PMB

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #3 on: 25 Aug, 10:05:30 AM »


Wajah aNAK   M E R D E K A ........

___________________
aku /..PMB

mentarimerah

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 303
  • rock sampai tua
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #4 on: 25 Aug, 11:53:09 AM »
sejarah bangi tak tahu tapi sejarah kampung aku satu malaysia tahu.......sebab cuba carik kat buku kajian tempatan untuk darjah 4....ada cerita pasal kampung aku...kampung paya rumput ...melaka.....yeah....yeah....hidup kampung ku....

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #5 on: 27 Aug, 12:45:25 PM »


s e l a m a t k a n      m a l a y s i a . . . . . .



___________________
aku /..PMB

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #6 on: 28 Aug, 10:09:40 AM »


tribute to altantuia

Merdekaaaa ...bukan MAUDUITKAAAAAA...!!!!


___________________
aku /..PMB

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #7 on: 29 Aug, 11:11:25 AM »



Tidak sampai dua hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 51. Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas. Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970. Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-Keranamu Malaysia
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan.
___________________
aku /..PMB

ssufian

  • Guest
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #8 on: 31 Aug, 12:54:18 AM »
Assalamualaikum...

Saya baru je register dalam forum ni... saya jumpa forum ni masa search kat internet tentang 'forum komuniti Bangi'... tapi tak tau lah betul ke tak saya dalam forum ni... maksud saya adakah forum ini mmg berkenaan Bandar Baru Bangi atau bukan... sebab title forum ni ialah 'Forum Komuniti Bandar Seri Putra & Bandar Bukit Mahkota' takde pulak perkataan Bangi atau Bandar Baru Bangi dalam tu... tapi bila belek2 dalam forum ni... ada pulak cerita tentang Bandar Baru Bangi... confuse... confuse...

anyway kalau betul lah ini forum untuk masyarakat Bandar Baru Bangi... saya cuma nak berkongsi perasaan gembira saya je yang baru balik dari majlis menyambut kemerdekaan ke 51 baru kejap tadi...

bukan apa lah.... ini kali ke-2 saya join majlis menyambut hari merdeka ni... dan kali ini mmg amat jauh berbeza berbanding tahun lepas... lebih2 lagi dengan kehadiran Ustaz Akhil Hayy sebagai artis jemputan khas.... mmg lain dari yg lain... majlis yg penuh pengisian lebih2 lagi oleh Ustaz Akhil Hayy yang menyampaikan lagu2 dakwah dan di selang seli dengan ceramah berunsur agama, ketuhanan dan kehidupan...

majlis kali ni mmg best!

tahniah kepada penganjur majlis... mudah2an tahun depan dapat buat yang lebih best lagi dan sentiasa ada improvement...

syabassss....

Sofea

  • Guest
Re: Selamat Hari Jadi Malaysia - " M E R D E K A 51 TAHUN "
« Reply #9 on: 31 Aug, 02:28:59 PM »
salam.

salam hari ulangtaun kemerdekaan negara ke 51. moga kehidupan terus aman dan makmur.