Author Topic: Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim  (Read 5859 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

muni

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 15
Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
« on: May 27, 2010, 12:07:10 AM »
Assallamualaikum.

Biro Hal Ehwal Wanita TIP (Fasa 1) akan membuat lawatan ke rumah orang tua dan anak yatim seperti berikut:-

Tarikh : 26.6.2010 (Sabtu)
Masa  : 2.00 petang
Tempat : Al-Jenderami, Dengkil sepang


Yang berminat untuk menyertainya sila berikan nama pada Pn. Norhayati Jln 2/3, Pn. Sarina 2/4 dan Pn. Khara 2/1.

Pelbagai Acara menarik telah disediakan oleh pihak Al Jenderami iaitu :
1.  Taklimat
2.  Tayangan Video
3.  Lawatan ke rumah orang tua dan anak yatim
4. Shoping

Sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan berbentuk kewangan, makanan atau pakaian sila serahkan sebelum 25.5.2010 di pondok komuniti TIP (Pusat pengumpulan barang) @ serahkan kepada AJK TIP.  Cuti sekolah ni pasti ramai yang  balik kampung. Kalau ada sesedara yang nak memberi pakaian yang masih boleh diguna pakai boleh bawa balik ke TIP.

"Bersedekahlah kamu, akan melimpah-limpah rezeki kamu nanti"
« Last Edit: May 27, 2010, 12:11:26 AM by muni »

tuberose78

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 111
  • Gender: Female
Re: Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
« Reply #1 on: May 27, 2010, 12:55:26 PM »
wahhh.. bagusnya ada ektiviti sebegini..! ;)
penyertaan ini utk wanita sahaja la yer?

muni

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 15
Re: Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
« Reply #2 on: May 31, 2010, 11:28:12 PM »
Ohh... tidak ia untuk semua. 

Jemput ibu-ibu, bapa-bapa, anak-anak, atuk-atuk semua untuk menyertainya.  Bawa kereta sendiri. kita konvoi ramai-ramai.
Saya pun belum pernah ke sana lagi.  Info-info yang didapati sungguh teruja.  Organisasi yang menerapkan nilai-nilai islamik.  So sapa-sapa yang nak pergi bagi muslimat, memakai baju kurung/jubah dan bertudung
(berseluar tidak dibenarkan ) Bagi muslimin pakaian yang sesuai, digalakkan bersongkok/berkopiah.

Semoga lawatan ini mendapat manfaat untuk kita semua.

Mari kita pergi beramai-ramai.  Penyertaan telah dibuka dari sekarang.  Sila bagi nama kepada AJK TIP. (En. K, En. Othman,ketua-tua lorong TIP @ Ketua lorong HEWTIP)

muni

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 15
Re: Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
« Reply #3 on: June 02, 2010, 09:43:01 PM »
Pindaan tarikh lawatan ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim:

Tarikh  :  27.6.2010 (Ahad)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Al Jenderami


Bagi yang akan menyertai, akan dikenakan bayaran minum pagi RM 3.50 seorang.


muni

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 15
Re: Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
« Reply #4 on: June 22, 2010, 11:58:58 PM »
Assallamualaikum...

Saya telah dihubungi oleh pihak Aljenderami.  Permohonan kita memang diluluskan tapi pihak Aljenderami meminta kita tidak membawa anak-anak untuk lawatan tersebut. 
Tujuan utama Biro Wanita TIP untuk melawat bersama keluarga dan memberi pendedahan kepada anak-anak tapi  tidak dibenarkan masuk.

AJK TIP telah mengambil keputusan untuk membatalkan lawatan tersebut.

Tapi kepada sesiapa yang hendak menderma berbentuk kewangan, atau barang makanan masih dialu-alukan. Barangan tersebut seperti gula, beras, tepung, kopi, teh, susu dan lain-lain.  AJK TIP akan membuat pengumpulan barangan makanan tersebut mulai sekarang, sila hantar melalui ketua lorong, AJK atau terus ke pondok TIP.

Pihak kami akan menghantar barangan tersebut secara tidak rasmi ke AlJenderami di suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Kerjasama semua untuk menderma amat harapkan dan dihargai.

Terima kasih.

"TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA"

INA

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 188
  • Gender: Female
Re: Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
« Reply #5 on: June 23, 2010, 09:49:15 AM »
ooo...takpelah nanti kalau ada rezeki kita buat lawatan lain pulak... :)