Ramai yang sedang buat ubahsuai rumah mereka dengan tujuan untuk meluaskan lagi binaanya. Masa jenguk-jenguk ubahsuai tu, didapati ada yang membuang TIANG dan Rasuk asal dan ada juga yang menambah kebelakang setingkat dan dua tingkat. memang meriah!!. Kepada yang membuang tiang dan menambah 2 tingkat tu, tentunya tuan telah mendapatkan nasihat dari Jurutera struktur berkenaan dengan tapak (foundation) yang dibuat. Ini amat perlu kerana tiang-tiang asal rumah tersebut terletak diatas cerucuk (pile foundation). Selamat berpindah kerumah baru!!