Author Topic: New Taska ?  (Read 21705 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Azlan

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 107
Re: New Taska ?
« Reply #75 on: 03 Mar, 05:49:01 PM »
normal ler tu...
senang citer, bawak bincang dengan persatuan penduduk...
bukan mudah nak puaskan hati semua orang...
ambil keputusan majoriti...

jika ramai di kawasan itu mahu/senang dengan kewujudan taska..
boleh ler taska setup kat situ.. yang minoriti, terima ler hakikat dan bertolak ansur..
kalau tak leh jugak, pindah jer tempat lain..

jika ramai membantah, taska pi cari tempat lain...
yang minoriti kena tolak ansur dan terima untuk hantar anak jauh drp rumah...

pilihan di tangan kita.. hiduplah dalam komuniti yang sihat...
hidup didunia nie sementara sahaja..

I copy and paste from Zul

dikongsikan maklumat yang berkaitan..moga bermanfaat.
dipetik daripada laman web : www.moe.gov.my

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MELONGGARKAN SYARAT PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TADIKA SWASTA

Permohonan Penubuhan

1.   Borang permohonan penubuhan berserta dengan dokumen yang diperlukan dan sedang berkuatkuasa masih diguna pakai untuk menerima permohonan penubuhan tadika swasta.  Permohonan penubuhan hendaklah disertakan dengan perkara-perkara berikut:

(i)   Senarai Pengelola yang mengandungi maklumat umur, alamat, pekerjaan dan kelulusan akademik, berserta dengan salinan Kad Pengenalan masing-masing;
(ii)   Lokasi premis;
(iii)   Pelan lantai yang memaparkan penggunaan ruang keseluruhan premis;
(iv)   Bilangan bilik darjah dan murid yang dicadangkan;
(v)   Yuran dan bayaran lain;
(vi)   Bahasa pengantar;
(vii)   Kurikulum tambahan (jika ada);
(viii)   Sesi pengajian; dan
(ix)   Bagi kawasan perumahan/kediaman, hendaklah disertakan surat sokongan dari sekurang-kurangnya 10 jiran, atau surat sokongan dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

thanks.. saya dah baca pada post sebelum nie...
bagi perkara ke-9,
(ix)   Bagi kawasan perumahan/kediaman, hendaklah disertakan surat sokongan dari sekurang-kurangnya 10 jiran, atau surat sokongan dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

tulah sebabnya saya kata perlu bincang dengan persatuan penduduk, mereka mungkin boleh bantu...
kalau persatuan tak setuju, bantahan melalui persatuan lebih kuat, berbanding orang perseorangan..

10 surat sokongan..
kalau kat area tu ramai penduduk nak hantar anak kat taska tu, lebih drp 10..
mudah bagi mereka dapatkan surat sokongan tu..
dan tak spesifik kat situ.. jiran depan rumah ker, tepi kiri kanan ker.. jauh skit ker..
yang pastinya, mesti dalam taman perumahan yang sama..

atau sokongan drp PBT..
nie subjektif, sesetengah tu mudah sgt.. sesetengah tu kena kerja lebih skit...

kena lihat kat situ... depa guna 'atau'.. so, salah satu dah cukup kot..

Macam ni lah , saya ingatkan akan ada pihak yang nampak kepincangan dalam apa yang saya copy dan paste tapi nampaknyer tiada setakat ini .

Tadika dan Taska berbeza ? Apa bezanyer boleh cari dalam internet dan kes keduanya di jaga oleh berbeza Jabatan.

Saya tak berminat nak ulas kenyataan diatas sebab mudah kita dikelirukan tanpa merujuk kepada pihak yang menjalankan tugas.

Saya ceritakan sikit selepas berbincang dengan Majlis dan JKM dua bulan yang lepas : Tadika memerlukan surat persetujuan dari jiran tidak kurang dari sepuluh buah rumah mengandungi nama,nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan penghuni tidak kurang dari sepuluh buah rumah " ........... ada sebab kenapa mereka minta alamat kerana untuk memastikan persetujuan datang dari rumah bersebelahan , bukan sembarangan.Pihak Majlis dan lain2 akan datang kemudian untuk memastikan persetujuaan adalah benar.

Manakala Taska bergantung pada daerah , ada daerah yg mahukan 10 jiran manakala ada yang mahukan cuma 3 jiran tetapi persetujuan bertulis atas penubuhan Taska dari 10 atau 3 dari kiri,kanan, depan, belakang dan termasuk yang terdekat.

Saya tak pasti surat sokongan tetapi saya pasti mengenai surat persetujuan selepas meminta pandangan dari pihak Majlis dan JKM .

Disini saya sertakan Taska yg berdaftar http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=160&Itemid=513&lang=ms

Selamat berforum  ;)

mierock

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 470
  • Gender: Male
Re: New Taska ?
« Reply #76 on: 03 Mar, 06:29:18 PM »
en azlan,

macam saya katakan tadi, buat bantahan saja ke mpkj dan hantarkan salinan surat anda ke jkm. mpkj adalah badan yang memberikan kebenaran premis itu dijadikan taska dan jkm untuk dapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan taska. macam jual beer, kalau ada yang membantah, walau seorangpun, baru la mereka akan buat query. mpkj berbeza dengan mps. kalau dengan mps saya boleh tumpang tanya kat sepupu isteri saya sebab dia ada dua taska di kawasan teras jernang. kalu benar benar mengganggu, mp mungkin minta mereka alihkan perniagaan mereka atau perlu melakukan sesuatu. kalau boleh serta gambar violation yang ibubapa telah lakukan etc. kalau naksuruh tutp memang susah la, berpindah mungkin. kalau jalan tu dead end ke lagi senang kalau buat bantahan.

apa apa pun, timbang betul betul tindakan anda. langkah yang dicadangkan dalam forum ini, (1) berbincang dengan persatuan penduduk untuk membuat teguran pada taska berkenaan tentang apa yang menggusarkan anda. (2) berbincang sendiri dengan tuan punye taska (3) kalau gagal ulang langkah (1). tak boleh tahan tekan interrupt keluar dari loop dan tulis surat kepada mpkj. senang berurusan dengan en. shariman pro mpkj - dato zaidi punya kaki dalam mpkj.

kalau awek jaga taska tu cun.... mungkin anda kena fikir lebih lanjut

Azlan

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 107
Re: New Taska ?
« Reply #77 on: 03 Mar, 06:32:10 PM »

saya tunggu sehingga pihak taska kotakan janji akan berpindah selepas tiga bulan ....

norsofian

  • Guest
Re: New Taska ?
« Reply #78 on: 04 Mar, 02:16:25 AM »
Assalamualaikum Cikgu,

Saya pun tak paham , pasai apa yang kita tak suka sanagt taska ditubuhkan. cuma alasan keta banyak time pagi dan petang. normal la kalau mcm tu.pasai apa kita nak kasi anak2 main2 tengah jalan dah tau time tu banyak kereta. Taman permainan kan ada.susah susah pemaju buat tapi tak guna.

Taska nie least kasi satu solution kat kita , nak hantar anak semasa kita nak pg kerja. Kita dah kerja laki bini nak tampung segala mcm benda yang naik tak turun.

budak2 kalau menangis bukannya satu hari pun , sekejap saja pastu tak dengar pun satu seri putra atau bangi.

Hari ahad taska tutup,jadi kita boleh suruh anak2 kita main dekat jalan. kalau nak la....

kalau camtu taska nie kena buat kat tepi hutan ka , tepi sungai  supaya tak banyak kereta tak lalu depan rumah kita.

satu saja saya boleh cakap sini " kita tak boleh nak penuhi segala permintaan atau kehendak semua orang" sbb kita manusia ada akal
dan sentiasa berfikir.

sorry la komen saya mcm mangkuk sikit..tapi renungkan la....Tanah kita dalam pagar saja ...luar pagar tu hak orang lain...bersyukur
dengan apa yang ada...jadi nak hidup setaman..jadi kita bermaufakat laaa....

InsyALLAH .....aman damai hidup kita.

sbb apa saya kena kerja 2 orang.

KERETA HUTANG,
RUMAH HUTANG,
BELAJAR HUTANG, ANAK 2 TAK ABIS BELAJAR LAGI.
ANAK 2( PAMPERS LA APA LA..SEMUA NAK KENA PREPARED)
MAK BAPAK KAT KAMPUNG TAKKAN NAK DILUPAKAN.
SEGALA-GALANYA HUTANG MAAAAA...MAAAAA....

Tunggul

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 52
Re: New Taska ?
« Reply #79 on: 04 Mar, 03:38:42 PM »
Salam En Azlan dan semua,

Saya adalah diantara keluarga yg bergantung kpd taska utk menjaga anak/bayi saya ketika kami keluar bekerja dan merasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan.

Dalam kes saya, keputusan utk membenarkan isteri keluar bekerja bukanlah sesuatu yg saya sukai tetapi saya tidak mampu utk memberi nafkah kpd keluarga mentua. Setelah mereka bersusah payah menghantar anak perempuan ke universiti dan berpeluang menjawat jawatan yg baik, berilah peluang mereka menikmati hasil/nafkah dari anak mereka walaupun setiap pagi anak saya akan menangis nakkan ibunya/taknak pergi taska (saya tak suka situasi ini), tapi saya redhakan kerana ia adalah keputusan terbaik setakat ini. Mungkin kes org lain adalah berbeza, jadi kita tak boleh berharap orang lain ikut keputusan kita yg mungkin hanya sesuai pada keluarga kita.

Benar kata En Azlan, taska itu satu perniagaan tapi cuba kita buat satu pengiraan mudah. 20 kanak2 x RM300 baru menjana pendapatan RM6000 sebulan. Selepas ditolak dgn sewa bangunan, gaji pekerja, bil2 operasi, makanan dsb, saya percaya yg tinggal hanyalah separuh dari jumlah tersebut. Pendapat saya pemilik taska tak dapat untung pun, hanya dapat gaji, tetapi kewujudan taska itu sendiri SANGAT membantu masyarakat. Jadi jgnlah susahkan pemilik taska tersebut supaya berpindah dalam masa singkat melainkan En Azlan mempunyai cadangan lokasi yang lebih baik.

Benar En Azlan mempunyai hak ke atas rumah En Azlan, tetapi kawasan diluar pagar adalah milik bersama komuniti setempat. Kita bukanlah berada disebuah sekolah yang mana guru (seorang – minoriti) boleh mengarahkan murid2 (ramai-majoriti) mengikut kehendak guru tersebut. Sebuah masyarakat seharus mengutamakan kehendak majoriti tanpa menafikan hak minoriti. Justeru, sekiranya En Azlan berpendapat anak2 En Azlan memerlukan jalan didepan rumah En Azlan utk bermain, utk tidak menafikan hak En Azlan, saya sarankan agar En Azlan bawa mereka bermain diluar waktu puncak (waktu keluarga menghantar @ menjemput anak di taska @ waktu lalu lalang kenderaan) Bukankan isteri En. Azlan tidak bekerja, jadi banyak waktu boleh dimanfaatkan diantara matahari terbit sehingga matahari terbenam oleh isteri En Azlan utk membimbing anak2 En Azlan bermain di atas jalan tanpa menafikan hak majoriti ketika waktu puncak.

Sekian, harap maaf salah silap

Azlan

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 107
Re: New Taska ?
« Reply #80 on: 04 Mar, 05:53:55 PM »
Seperti yang saya jangka dari awal akan masalah kecil yang saya utarakan menjadi perbincangan besar, secara umumnya ramai menulis saya suka anak saya bermain atas jalan raya dan mahukan anak saya bermain atas jalan raya ......

Tulisan dari saudara Mierock sungguh mudah difahami .....

Untuk pengetahuan mereka yang tak pernah bertanya dan untuk yang banyak mengagak tak tentu hala , saya bukan keseorangan dalam membantah begitu juga jiran-jiran terdekat dan bersebelahan dengan institusi ini , kami semua mempunyai alasan tersendiri dimana sejak dari saat tiba-tiba wujudnyer Taska ini hinggalah hari ini tidak bersetuju mengenai penubuhan ini.

Agak menggelikan hati juga tetapi  biarkan anggapan ini terus melekat kepada mereka yang mahu melekatkan idea ini , orang kata dalam bahasa pasar " ko cakaplah apa pun , kalau dah dalam kepala otak dah pikir camtu , ko cakap apapun tak guna  ......diorang dah ada jawapan dalam kepala diorang ...... biarkanlah ......."

Kami semua mengambil pendekatan " tunggu dan lihat " ..........

Kami kejiranan telah berbincang sebelum ini dan masih berbincang lagi dan masalah kanak2 bermain ini cuma antara masalah dan boleh diabaikan tetapi nampaknya , kami semua bersetuju setiap apa pun alasan diberikan akan ada jawapan dari mereka ini . Jadi lebih baik kata " Kami tak setuju " ......

Ada jiran kata " kalau aku tak suka , tak suka lah ......kenapa aku mesti bagi jawapan pulak ...... " ...........

Hanya saya sahaja yang bertanya dalam forum ini ,kebetulan ada sedikit ruang masa minggu ini , dah dapat jawapan pun dari muka satu dan Jabatan berkaitan tapi seronok melayan mereka yang suka mengagak nie dan orang panggil "hero keyboard " hehehehehe ......................maklumlah banyak free time masa kerja , curi curi balas kat forum nie .....

Kami kejiranan selalu berborak waktu malam sambil ambil angin tepi tembok , sebab kawasan kami agak tinggi dari kawasan lain angin kuat sebelah petang ......... kalau nak tahu sebab musabab kami dan nak sangat Taska ni terus beroperasi silakanlah ke kerusi perbincangan .......

Beritahu masa , kami kejiranan akan berkumpul untuk pihak anda ........ walaupun kami ni sibuk ngan hal kami masing masing ......... untuk mendengar dan berbincang , boleh kami luangkan masa , jgn lupa beritahu dari mana anda datang , jalan mana ke ....., antaranye kami nak tahu juga sebab kami kenal siapa jiran kami sekeliling nie.

Untuk tak terkejut nanti , kami ada banyak soalan tapi memadailah tanya 2 aje dulu .......

1) ngapa kat kawasan kami ini nak dihantar , ngape tak antar kat Taska kat kawasan sendiri ?

2) kalau tak de Taska kat kawasan sendiri dan kalau teringin nak Taska ngapa tak buat kat kawasan sendri , bincang ramai ramai pilihlah salah satu rumah kat kawasan sendiri buat Taska ?

Banyak lagi soalan tapi nantilah kalau berminat silalah beritahu kami kejiranan nanti ......

Orang putih kata " Assume is the biggest f*$k up " , ada orang tua tua kata "jgn main agak agak jer , pergilah selidik dulu , tak pun tanyer lah dulu  " 

Tahukah anda hingga hari ini tiada langsung perbincangan dilakukan oleh tuan punya Taska kepada jiran sekeliling ?

Tahukah anda tuan punya Taska mempunyai Taska yang jaraknya tak sempat pun nak penat kalau berjalan ?

Tahukah anda hingga hari ini kami sekeliling hanya tahu segelintir sahaja siapa yang menghantar anak-anak mereka ke Taska ?

Tahukah anda kenapa kami semua bersusah payah memilih rumah di kawasan lorong ini dan ada mereka yang hampir bergaduh sebelum ini hanya untuk menikmati apa yang kami ada dikawasan ini berbanding rumah di kawasan lain ?

Cukuplah 4 "tahukah " ......... kang banyak sangat pulak ......

Selamat berforum ......

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: New Taska ?
« Reply #81 on: 04 Mar, 06:20:06 PM »
en azlan,

macam saya katakan tadi, buat bantahan saja ke mpkj dan hantarkan salinan surat anda ke jkm. mpkj adalah badan yang memberikan kebenaran premis itu dijadikan taska dan jkm untuk dapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan taska. macam jual beer, kalau ada yang membantah, walau seorangpun, baru la mereka akan buat query. mpkj berbeza dengan mps. kalau dengan mps saya boleh tumpang tanya kat sepupu isteri saya sebab dia ada dua taska di kawasan teras jernang. kalu benar benar mengganggu, mp mungkin minta mereka alihkan perniagaan mereka atau perlu melakukan sesuatu. kalau boleh serta gambar violation yang ibubapa telah lakukan etc. kalau naksuruh tutp memang susah la, berpindah mungkin. kalau jalan tu dead end ke lagi senang kalau buat bantahan.

apa apa pun, timbang betul betul tindakan anda. langkah yang dicadangkan dalam forum ini, (1) berbincang dengan persatuan penduduk untuk membuat teguran pada taska berkenaan tentang apa yang menggusarkan anda. (2) berbincang sendiri dengan tuan punye taska (3) kalau gagal ulang langkah (1). tak boleh tahan tekan interrupt keluar dari loop dan tulis surat kepada mpkj. senang berurusan dengan en. shariman pro mpkj - dato zaidi punya kaki dalam mpkj.

kalau awek jaga taska tu cun.... mungkin anda kena fikir lebih lanjut

Rasanya jalan taska tu dead end kan?.. itu merupakan reason dari kejiranan Princeton yang berjaya memaksa Montessori tu pindah ke D'Puncak Putra.. pasal awek cun tu, rasanya macam takdeee je awek jaga taska yang cun...  ;D

My 2-cents
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mierock

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 470
  • Gender: Male
Re: New Taska ?
« Reply #82 on: 04 Mar, 08:08:22 PM »
en azlan. kalau jalan dead end, memang sepatutnya taska tu sepatutnya pindah. as i said, just make a short trip to mpkj, dekat mesjid jame' tepi mahkamah kajang. and tanya bahagian perlesenan kalau tak silap then state your problem and tell them that you want to make a complaint. kenkadang pengusaha taska ni tahu kalau lorong tu dead end memang tak boleh bikin taska, tapi malaysia boleh, taska boleh. ask them the rest. tak sure samada jkm dapat membantu anda. gud luck! kalau ada awek cun jaga taska tu jangan lupa amik fon number/paste gambar.... boleh share kat sini. alamak.... nanti aku kena saman dengan aiman lak!!!!

indraloka

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 16
Re: New Taska ?
« Reply #83 on: 09 Mar, 11:57:19 PM »
sy tertarik dengan isu taska baru yang nak dibuka ni...setahu saya semua taska yang ditubuhkan wajib berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pemantauan akan dibuat oleh JKM untuk memastikan taska dikendalikan dengan baik dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pengusaha taska jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. taska yang tidak berdaftar dengan JKM juga akan dikenakan denda. so, masalah kecuaian pihak taska boleh dikurangkan apabila taska dipantau secara berkala.

tapi tentang di mana taska boleh dibuka, samada depan rumah kita ke, tepi rumah kita ke, jauh 100meter dr rumah kita ke, itu sy tak pasti la pulak. tapi setahu saya, taska boleh dibuka di mana2 kawasan perumahan yang dirasakan memerlukan perkhidmatan tersebut. sesetengah PBT tidak menetapkan jarak / tempat sesebuah taska boleh ditubuhkan...yg ni kena check dgn MPKj rasanya...

cuma pendapat peribadi sy, apalah salahnya taska tersebut ditubuhkan jika ianya lebih memberi kebaikan kepada penduduk setempat. senang nak hantar anak bagi suami isteri yang bekerja.

kenapa x bawak jer anak main di taman permainan?..kan lebih selamat untuk anak2 daripada bermain di atas jalan...nama pun jalan, dh tentu la tempat lalu lalang kereta...

indraloka

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 16
Re: New Taska ?
« Reply #84 on: 10 Mar, 12:21:24 AM »
orang kata dalam bahasa pasar " ko cakaplah apa pun , kalau dah dalam kepala otak dah pikir camtu , ko cakap apapun tak guna  ......diorang dah ada jawapan dalam kepala diorang ...... biarkanlah ......."

kami semua bersetuju setiap apa pun alasan diberikan akan ada jawapan dari mereka ini....

en azlan, saya rasa dua2 ungkapan di atas juga boleh ditujukan kepada en azlan dan jiran-jiran en azlan, bukan hanya kepada kami yang memberi pendapat di sini....

apuesto

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 47
Re: New Taska ?
« Reply #85 on: 22 Mar, 02:25:29 PM »
Seperti yang saya jangka dari awal akan masalah kecil yang saya utarakan menjadi perbincangan besar, secara umumnya ramai menulis saya suka anak saya bermain atas jalan raya dan mahukan anak saya bermain atas jalan raya ......

Tulisan dari saudara Mierock sungguh mudah difahami .....

Untuk pengetahuan mereka yang tak pernah bertanya dan untuk yang banyak mengagak tak tentu hala , saya bukan keseorangan dalam membantah begitu juga jiran-jiran terdekat dan bersebelahan dengan institusi ini , kami semua mempunyai alasan tersendiri dimana sejak dari saat tiba-tiba wujudnyer Taska ini hinggalah hari ini tidak bersetuju mengenai penubuhan ini.

Agak menggelikan hati juga tetapi  biarkan anggapan ini terus melekat kepada mereka yang mahu melekatkan idea ini , orang kata dalam bahasa pasar " ko cakaplah apa pun , kalau dah dalam kepala otak dah pikir camtu , ko cakap apapun tak guna  ......diorang dah ada jawapan dalam kepala diorang ...... biarkanlah ......."

Kami semua mengambil pendekatan " tunggu dan lihat " ..........

Kami kejiranan telah berbincang sebelum ini dan masih berbincang lagi dan masalah kanak2 bermain ini cuma antara masalah dan boleh diabaikan tetapi nampaknya , kami semua bersetuju setiap apa pun alasan diberikan akan ada jawapan dari mereka ini . Jadi lebih baik kata " Kami tak setuju " ......

Ada jiran kata " kalau aku tak suka , tak suka lah ......kenapa aku mesti bagi jawapan pulak ...... " ...........

Hanya saya sahaja yang bertanya dalam forum ini ,kebetulan ada sedikit ruang masa minggu ini , dah dapat jawapan pun dari muka satu dan Jabatan berkaitan tapi seronok melayan mereka yang suka mengagak nie dan orang panggil "hero keyboard " hehehehehe ......................maklumlah banyak free time masa kerja , curi curi balas kat forum nie .....

Kami kejiranan selalu berborak waktu malam sambil ambil angin tepi tembok , sebab kawasan kami agak tinggi dari kawasan lain angin kuat sebelah petang ......... kalau nak tahu sebab musabab kami dan nak sangat Taska ni terus beroperasi silakanlah ke kerusi perbincangan .......

Beritahu masa , kami kejiranan akan berkumpul untuk pihak anda ........ walaupun kami ni sibuk ngan hal kami masing masing ......... untuk mendengar dan berbincang , boleh kami luangkan masa , jgn lupa beritahu dari mana anda datang , jalan mana ke ....., antaranye kami nak tahu juga sebab kami kenal siapa jiran kami sekeliling nie.

Untuk tak terkejut nanti , kami ada banyak soalan tapi memadailah tanya 2 aje dulu .......

1) ngapa kat kawasan kami ini nak dihantar , ngape tak antar kat Taska kat kawasan sendiri ?

2) kalau tak de Taska kat kawasan sendiri dan kalau teringin nak Taska ngapa tak buat kat kawasan sendri , bincang ramai ramai pilihlah salah satu rumah kat kawasan sendiri buat Taska ?

Banyak lagi soalan tapi nantilah kalau berminat silalah beritahu kami kejiranan nanti ......

Orang putih kata " Assume is the biggest f*$k up " , ada orang tua tua kata "jgn main agak agak jer , pergilah selidik dulu , tak pun tanyer lah dulu  " 

Tahukah anda hingga hari ini tiada langsung perbincangan dilakukan oleh tuan punya Taska kepada jiran sekeliling ?

Tahukah anda tuan punya Taska mempunyai Taska yang jaraknya tak sempat pun nak penat kalau berjalan ?

Tahukah anda hingga hari ini kami sekeliling hanya tahu segelintir sahaja siapa yang menghantar anak-anak mereka ke Taska ?

Tahukah anda kenapa kami semua bersusah payah memilih rumah di kawasan lorong ini dan ada mereka yang hampir bergaduh sebelum ini hanya untuk menikmati apa yang kami ada dikawasan ini berbanding rumah di kawasan lain ?

Cukuplah 4 "tahukah " ......... kang banyak sangat pulak ......

Selamat berforum ......

ckp la awal2 jln mati...abis cerita ....

tapi sy teringin nk menjawab 2 soklan En Azlan di atas....

soklan 1. sperti yg en azlan jawab dlm soklan no 2....kat tempat saya takde taska/tadika
soklan 2. ni soklan org yg bagi sy **** sombong, bongkak, selfish, kurang mentality dn mungkin berasal dr ceruk hulu kg mana dn baru berpindah ke bandar atau dlm erti kata lain - org ulu/jakun/boyan dsb...maaf tak menjawab soklan...sy bukan nk provoke...tapi sy tak puas ati dgn cara En Azlan mempersoalkan org2 yg menghantar anak2 ke taska...seolah2 kami ni semua ibu bapa yg tak bertanggung jawab..bile kami decide nk hantar anak2 ke taska, biasenye kami akan tgk kualiti taska tersebut...kalau cikgu cun...tu added advantage la...syllibus, cara pengajaran, tenaga pengajar, jarak dari rumah ke taska, jumlah murid dn accessibility ke taska tersebut...En Azlan ni penah anta anak ke tadika tak? kalau pon En azlan serta kawan2 En azlan tak suka pon taska tersebut jgn la memperlekehkan kami yg suami isteri berkerja serta menghantar anak ke taska...kami mmg tak tahu ape yg En Azlan tahu...kalau En Azlan nk letak berapa byk 'tahukah anda' or fact n figure sy tak kisah...sbb itu hak En azlan dn kawan2...
nk suruh kami yg pendapatan tak seberape ni bukak taska ni taman kami sendiri...siapa la kami ni...nk beli satu rumah pon hutang...mungkin En azlan bayar cash kot? sys berharap jugak kalau ade sesiapa yg berminat nk bukak taska kat sebelah rumah sy...tapi sehingga kini takde lagi..kalau En azlan ade kawan2 yg nk bukak tadika...bole la hubungi sy...nnt sy arrange kn meeting dgn tuan punye rumah kedaun di sebelah...En azlan dn kawan2 kn org2 kaya..rumah atas bukit..berangin lagi gitu...sanggup bergaduh sbb nk rumah yg strategik...maybe juga sanggup bayar harga yg tinggi utk rumah tersebut agaknye...dunia

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: New Taska ?
« Reply #86 on: 28 Apr, 05:06:17 PM »
When you assume, you're making an ASS out of U and ME.. tu boss saya selalu cakap.

En. Azlan kita ni bercakap tentang hak dia sebagai penduduk yang dinafikan bila pengusaha TASKA tidak mengikut/mematuhi  prosedur yang ditetapkan oleh kementerian dan majlis perbandaran. Saya rasa ramai juga yang tak tahu nak mengadu hal kat mana bila berdepan situasi yang kita tahu mendenya tak betul tapi pelaku buat derkk aje. Kes TASKA di Princeton tu pon camtu juge, cuma jiran berdepan TASKA tu lebih vokal.. maklumlaa pemimpin di pejabat.

Sdr apuesto tak perlu le salah faham pasal luahan perasaan En. Azlan ni.. kami bukan duduk rumah yang ada laman tepi, kami ni duduk rumah panjang bersambung bumbung berkongsi dinding aje, ade juga yang tingkat atas orang lain, tingkat bawah orang lain. Cuma tapak rumah aje kat lereng bukit.

Rumah TASKA tu pon memang jalan mati, memang salah in principle. Kalau ownernya yang sama dengan the other TASKA kat kawasan kami ni memang la tak serik-serik lepas kena dengan Princeton dulu...

 :-\ 
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

aishah

  • Guest
Re: New Taska ?
« Reply #87 on: 11 Jul, 10:44:23 PM »
dah 6 bulan taska ni bukak....semakin sibuk bile pagi n petang....actually sape ye owner rumah tu yang asal?kalo tak silap owner taska tu just sewa je kan rumah tu?hurm....