Author Topic: nak kerja@mara???  (Read 4266 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
nak kerja@mara???
« on: September 12, 2008, 02:44:07 PM »
Salam Ramadhan Buat Semua...

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi dalam usaha menjadi “ the leading agency “ untuk pembentukan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) mempelawa individu-individu
yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan
berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan
sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru MARA) di Institusi-institusi
Pendidikan MARA.

A: SYARAT LANTIKAN

JAWATAN :PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN SISWAZAH


SUBJEK :
i. Bahasa Inggeris ii. Bahasa Melayu
iii. Bimbingan iv. Biologi
v. Fizik/Rekacipta vi. Geografi
vii. Kemahiran Hidup viii. Kimia
ix. Komputer x. Matematik
xi. Pendidikan Jasmani xii. Pendidikan Islam/Bahasa Arab
xiii. Perdagangan/Perakaunan xiv. Senireka
xv. Sejarah/Sivik xvi. Pengurusan Perniagaan
xvii. Undang-undang xviii. Ekonomi
xix. Bahasa Mandarin xx. Pengurusan Logistik
xxi. Perniagaan Tani (Agro Business)


2

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4 RM1967.20)
Dan
d. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
e. Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan
seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya
akan dilantik secara perkhidmatan Sementara atas Gred DC41.
Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
(Gred DC41)
Gaji Permulaan :-
Ijazah Sarjana Muda Kepujian - Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am - Gred DC41: P1T3 RM 1720.90
f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang
pengkhususan yang tepat dengan jawatan yang dipohon.


B. TARAF JAWATAN : Tetap / Sementara

C. CARA MEMOHON :
i) Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman
web MARA di alamat www.mara.gov.my. Tarikh permohonan dibuka dari 5
September 2008 hingga 19 September 2008.
3
ii) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA.
Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing
dan pastikan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain
dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini di
bawa bersama – sama semasa temuduga.
D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
E. UMUR :
i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
iklan di tutup.
ii) Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.

F. CARA PELAKSANAAN:

1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada
kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
2. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan di mana- mana Institusi
Pendidikan MARA di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan
dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
3. Pemohon-pemohon boleh menyemak status permohonan serta tarikh dan lokasi
temuduga di laman web MARA mulai 15 Oktober 2008.
4. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar
Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan
pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my dan
hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.

“ Keusahawanan Kerjaya Pilihan ”

Kanisa

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 30
Re: nak kerja@mara???
« Reply #1 on: September 15, 2008, 12:45:34 PM »
Selalunya anak anak kakitangan MARA akan diberikan keutamaan, betul tak?
Tetapi apa apa pun kita cuba saja lah...........
Terima Kaseh dengan Info tuan