Author Topic: Borang Balik Kampung  (Read 3566 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Borang Balik Kampung
« on: August 30, 2010, 12:41:29 PM »
Seperti tahun2 sebelum ini, salah satu langkah tambahan untuk keselamatan rumah adalah dengan mengisi borang balik kampung dan diserahkan kepada balai polis terdekat. Boleh juga dilaksanakan mengikut komuniti dimana komuniti kumpul dan serah kepada balai secara kelompok.

Borangnya boleh diperolehi di sini: http://www.cops.org.my/images/borang_balik_kampung_muat_turun.pdf

Info berkenaan community policing boleh juga didapati pada pautan ini http://www.cops.org.my/

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN
ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI


1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
  • Nama dan alamat
  • Nombor telefon yang mudah dihubungi
  • Tarikh berlepas dan balik
  • nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan mengansuranskan harta benda rumah anda untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

Jundullah_232

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 904
  • Gender: Male
Re: Borang Balik Kampung
« Reply #1 on: September 09, 2010, 01:25:02 PM »
Terima kasih atas tip yg diberikan.. semoga bermenafaat kpd kita semua..  :)
semalam kawan dah daftar isi borang di Balai Polis.. tahun lepas memang polis round rumah siap bagi report masuk peti surat.. so tak rugi klu kita daftar.. paling tidak jika ade ape2 kejadian pihak polis akan cepat2 hubungi kita...

Selamat Hari Raya.. Maaf atas segala kesalahan Hamba ye..  ;D

amran

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 272
  • Gender: Male
Re: Borang Balik Kampung
« Reply #2 on: August 10, 2011, 02:49:39 PM »
Seperti tahun2 sebelum ini, salah satu langkah tambahan untuk keselamatan rumah adalah dengan mengisi borang balik kampung dan diserahkan kepada balai polis terdekat. Boleh juga dilaksanakan mengikut komuniti dimana komuniti kumpul dan serah kepada balai secara kelompok.

Borangnya boleh diperolehi di sini: http://www.cops.org.my/images/borang_balik_kampung_muat_turun.pdf

Info berkenaan community policing boleh juga didapati pada pautan ini http://www.cops.org.my/

Quote
Walaupun baru masuk hari ke 10, saya sekadar refresh info yang dikuarkan oleh Tuan @Kusempoi tahun lalu.   Pengisian borang balik kampung juga boleh dibuat secara online di laman web seperti di atas.   
Am

amran

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 272
  • Gender: Male
Re: Borang Balik Kampung
« Reply #3 on: July 31, 2013, 08:14:21 AM »
Bersama-sama ini saya upload "Borang Maklumat balik kampung" di musim Hari Raya ni yang diberikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Sek. 2 & 3, Bandar Bukit Mahkota.  Sama-samalah kita sebarkan untuk keselamatan bersama. 
Am

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Re: Borang Balik Kampung
« Reply #4 on: August 13, 2013, 12:45:27 AM »
Terima Kasih, Dah isi borang ni.  Dan balik rumah hari ni, dalam peti surat, polis ada letak notis yang mereka ada datang melihat rumah... Alhamdulillah rumah ok...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Borang Balik Kampung - Terima kasih anggota Polis Balai Bangi BSP
« Reply #5 on: August 19, 2013, 05:02:37 PM »
Terima Kasih, Dah isi borang ni.  Dan balik rumah hari ni, dalam peti surat, polis ada letak notis yang mereka ada datang melihat rumah... Alhamdulillah rumah ok...

Assalam,

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada anggota Polis dari Balai Bangi, Bandar Seri Putra kerana telah melakukan lawatan ke rumah pada 11 Ogos 2013 yang lalu (berdasarkan notis yang ditinggalkan) susulan penghantaran Borang Balik Kampung yang telah saya buat selepas mengunci rumah dan bergerak ke kampung halaman tempohari.  8)

Selamat Hari Raya buat semua anggota PDRM, terutama yang bertungkus-lumus berkhidmat ketika kami beraya..  :)
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need