Author Topic: AGM JMB Mawar dan Sambutan Hari Raya  (Read 2249 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
AGM JMB Mawar dan Sambutan Hari Raya
« on: September 16, 2010, 01:21:18 PM »


Pemilik Pangsapuri Seri Mawar

Tuan/Puan,

PER:  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JMB SERI MAWAR KALI KE-2  2009/2010.

Merujuk kepada perkara di atas, di maklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh            : 26 September 2010
Masa               : 8.30 pagi
Tempat           : Dataran Seri Mawar
.
2.      Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

         1. Ucapan Pengerusi
         2. Laporan Setiausaha
         3. Laporan Kewangan
         4. Pembentangan Usul
         5. Hal-hal berbangkit


3.      Bersama-sama ini disertakan borang maklum balas kehadiran, dan penyata usul untuk tindakan tuan/puan. Surat jawapan hendaklah di hantar ke pejabat pengurusan JMB Seri Mawar selewat-lewatnya pada 14 September 2010.

4.      Sila rujuk Akta 663 {Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007} untuk panduan mesyuarat. Salinannya boleh diperolehi di sini http://pangsapuriserimawar.blogspot.com/2009/03/salinan-akta-663.html.

5.      Manakala bagi kaedah dalaman (house rules), boleh dirujuk di sini
http://pangsapuriserimawar.googlepages.com/Houserules_20090326.pdf

6.      Kerjasama pihak tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
..........................................
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Laporan AGM ke-2 dan Sambutan Hari Raya Seri Mawar
« Reply #1 on: September 28, 2010, 02:12:48 PM »
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

AGM JMB Seri Mawar telah berlangsung pada Ahad lepas 26 September 2010 di Dataran Seri Mawar jam 9.00 pagi.

Kehadiran amat memuaskan dan dengan bantuan Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (P3SM) sedikit majlis sambutan Hari Raya telah diadakan.

Majlis bermula dengan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar kali ke-2 (AGM JMB Seri Mawar). Dimulakan dengan ucapan Pengerusi JMB Seri Mawar, En A. Rahim Md Top. Antara lain beliau menekankan kepentingan dan kelebihan untuk pemilik dan penduduk turut sama dalam pelbagai perkara yang telah dan akan dirancang oleh JMB. Ini adalah untuk kepentingan bersama. Antara yang perlu diperhatikan adalah seperti kes buang sampah di koridor sebab malas masuk dalam tong disediakan dan juga pemantauan anak-anak agar tidak merosakkan persekitaran pangsapuri.

Seterusnya pembentangan minit mesyuarat AGM kali Pertama, laporan kewangan dan laporan setiausaha.

Manakala, ahli yang hadir juga memberi pandangan yang bernas. Antaranya cara penyelesaian dinding bangunan yang buruk mungkin boleh dipasang marmar sebagai alternatif kepada cat yang mungkin tidak tahan lama.

Majlis diakhiri dengan jamuan Hari Raya sebelum sesi keceriaan (berkemas) dan diakhiri pada jam 12.30 tengahari.











[email protected]

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Laporan AGM ke-2 dan Sambutan Hari Raya Seri Mawar
« Reply #1 on: September 28, 2010, 02:12:48 PM »