Author Topic: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim  (Read 32357 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« on: 19 Oct, 03:05:24 PM »
Bunting merangkap gimik Perasmian Pelancaran Tabung Dana Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra
sebelum Forum Perdana Ehwal Islam bermula.


Graf kutipan derma bagi tahun 2009 hingga Mei 2010. Kutipan memuncak ketika Bulan Ramadhan dan bulan Syawal (Sept- Okt 2009).
Sila download PDF file untuk melihat angka-angka graf ini dengan lebih jelas.
 
Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 18 Jul, 09:46:36 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
TIMELINE Nota: Timeline ni saya terpaksa edit & buang sebab ada timeline baru, nanti orang konpius plak  :)

From: Riza Atiq <rizaatiq@pkrisc.cc.ukm.my>

Assalamualaikum

Derma Pembinaan Masjid Mustaqim, Bandar Seri Putra

Siapa yg telah menderma, teruskan menderma
Yang belum menderma, sila menderma

Ia merupakan amal jariah.
Keterangan lanjut:

http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html

Riza Atiq
« Last Edit: 11 Mar, 10:55:59 AM by jabbar4aiman »

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jan 2011
« Reply #2 on: 16 Feb, 03:47:51 PM »
Ini merupakan Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Januari 2011.
Jumlah terkumpul
yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-19 yang lalu adalah RM 533,337.91
« Last Edit: 11 Apr, 10:35:05 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Feb 2011
« Reply #3 on: 10 Mar, 12:51:53 PM »
Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Februari 2011. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-20 yang lalu adalah RM 562,950.58

« Last Edit: 11 Apr, 10:34:35 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Mac 2011
« Reply #4 on: 11 Apr, 10:34:13 AM »
Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Mac 2011. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-21 yang lalu adalah RM 601,013.63

Alhamdulillah, sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 selama 2 bulan berturut-turut. Jika kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000, insyaAllah Tabung Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 27 Jun, 12:34:02 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - April 2011
« Reply #5 on: 27 Jun, 12:09:26 PM »
Bendahari melaporkan untuk bulan April 2011, dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung berjumlah RM40,508.08. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-22 pada 6 Mei 2011 yang lalu adalah RM643,979.36

Alhamdulillah, sudah 3 bulan berturut-turut sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 . Jika kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000, insyaAllah Tabung Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Mei-Jun 2011
« Reply #6 on: 27 Jun, 12:23:22 PM »
Bendahari melaporkan untuk bulan Mei-Jun 2011, dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung berjumlah RM150,361.88. Syukur ke hadhirat Ilahi di atas kesudian seorang Hamba Allah yang telah menyumbangkan RM100,000 sekaligus kepada Tabung Dana Pembinaan Masjid pada bulan Mei-Jun ini.

Ini bermakna jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-23 pada 15 Jun 2011 yang lalu adalah RM794,052.24. (Dana di CIMB dikira sehingga 14 Jun 2011)


Alhamdulillah, sudah 4 bulan berturut-turut sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 . Diharapkan kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000 supaya Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 27 Jun, 12:42:46 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Julai 2011
« Reply #7 on: 04 Aug, 06:15:14 PM »
Graf pola sumbangan terdapat di sini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=198214383568087&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1

Dana terkumpul kini mencecah RM860,920.72.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-24 pada 27 Julai 2011 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Jun 2011 = RM43,433.72
  • bulan Julai 2011 = RM25,341.76

Alhamdulillah, Bulan Jun merupakan bulan ke-5 berturut-turut sumbangan derma diterima melebihi RM40,000. Namun begitu, sumbangan derma untuk bulan Julai turun secara mendadak.

Diharapkan kutipan bulan-bulan seterusnya (Ramadhan dan Syawal) dapat konsisten melebihi RM50,000 mengambil keberkatan pahala sedekah berlipat kali ganda di bulan mulia ini.

Moga-moga Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 12 Mar, 03:18:01 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Ogos 2011
« Reply #8 on: 19 Sep, 11:56:56 PM »
Dana terkumpul kini mencecah RM941,448.18.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-25 pada 7 September 2011 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Julai 2011 = RM32,612.01 (updated figure)
  • bulan Ogos 2011 = RM72,186.29

Setiausaha telah mengutip melalui tabung, jualan kupon dan sumbangan individu/syarikat/jabatan pada bulan Julai sebanyak RM10,742.75 dan pada bulan Ogos sebanyak RM13,388.86. Muslimah telah mengumpul sebanyak RM12,730,00 pada bulan Ogos. Daripada Haji Ahmad Yusof, kutipan adalah sebanyak RM2,132.25, dan laporan daripada Dr Zulkifli (KUIS) sebanyak RM419.80. Semua kutipan ini sudah dimasukkan ke dalam akaun masjid.

Alhamdulillah, Bulan Ogos yang merupakan bulan Ramadhan berjaya menjana kutipan yang banyak melebihi RM50,000 mengambil keberkatan pahala sedekah berlipat kali ganda di bulan mulia ini. InsyaAllah, moga kutipan bulan Syawal ini akan dapat melonjak jumlah tabung dana mencecah sasaran 1 Juta ringgit.. Amin..

Moga-moga Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Berita tentang Masjid Al-Mustaqim di Utusan Malaysia hari ini
« Reply #9 on: 27 Sep, 11:48:00 PM »
Pembinaan Masjid Al-Mustaqim di Bandar Seri Putra Bangi masih perlu sumbangan
Sumber: Sdr Jabbar dan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm


GAMBARAN artis Masjid Al-Mustaqim yang bakal dibina dengan kos RM7 juta di Bandar Seri Putra, Bangi.

SERDANG 26 Sept. - Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini masih memerlukan sumbangan orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Dr. Abdul Rahman Hasan.

Beliau memberitahu, sehingga awal bulan ini, tabung tersebut berjaya mengumpul hampir RM1 juta bagi membolehkan pembinaan masjid itu bermula awal tahun depan.

''Saya berharap, dana akan meningkat selepas ini melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh penduduk Bandar Seri Putra,'' katanya pada Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011 di Jalan 2/5D Bandar Seri Putra, malam semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Princeton Residence yang juga dipengerusikan oleh Dr. Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Dr. Abdul Rahman turut memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sehingga berjaya mengumpul dana pembinaan Surau Syaidina Umar al-Khattab dan mula digunakan mulai penghujung Mei lalu.

Beliau berharap, semangat itu dapat diterapkan dalam usaha mengumpul dana untuk membina masjid melalui pelbagai kaedah termasuk car boot sale setiap hujung bulan yang dilakukan oleh kumpulan wanita Siti Hajar Princeton.

Kos bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim dijangka melibatkan RM7 juta dan apabila siap kelak dapat memberi kemudahan kepada penduduk Bandar Seri Putra dan sekitarnya termasuk di Bukit Mahkota.

Ketika ini, penduduk sekitar kawasan berkenaan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta di surau As-Syakirin dan Al-Ikhlas di taman perumahan Impian Putra.

Mengenai Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011, beliau berharap ia akan menjadi acara tahunan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk kawasan berkenaan.

Ini kali ketiga majlis itu diadakan sejak kawasan Princeton Residence itu didiami penduduk.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - September 2011
« Reply #10 on: 06 Oct, 12:29:03 PM »
(Graf pola sumbangan terdapat di sini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=226630754059783&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&ref=nf)

Dana terkumpul kini mencecah RM979,276.96.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-26 pada 5 Oktober 2011 (malam tadi) bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Ogos 2011 = RM71,114.79 (updated figure)
  • bulan September 2011 = RM38,900.28

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berkembang lebih sekali ganda dalam tempoh setahun (Sept 2010 - Sept 2011). Ini merupakan hasil komitmen yang diberikan oleh penderma-penderma dan penyumbang-penyumbang yang komited bagi merealisasikan visi membina sebuah masjid di Bandar Seri Putra ini. (Jumlah terkumpul pada Sept 2010 adalah RM410,664.34, pertambahan sebanyak RM568,612.62)

Sasaran awal RM 1 juta sudah nampak hampir tercapai sebelum hujung tahun 2011 dan insyaAllah, kerja-kerja pembinaan akan dapat dimulakan. JK Pembinaan baru menerima surat daripada LHDN mengenai permohonan kita untuk pelepasan cukai dan tindakan sedang dilakukan untuk melengkapi butir-butir untuk permohonan kita kepada LHDN tersebut.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 12 Mar, 03:17:41 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Oktober 2011
« Reply #11 on: 14 Nov, 12:07:33 PM »
(Graf pola sumbangan terdapat di sini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=243960542326804&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=3)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,022,108.03.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-27 pada 11 November 2011 bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan September 2011 = RM33,316.83 (updated figure)
  • bulan Oktober 2011 = RM48,414.52

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa kelulusan pelan dari MPKj secara rasmi akan diperolehi dalam sedikit masa lagi. Pada dasarnya pelan yang dihantar sudah diluluskan. InsyaAllah, perancangan pembinaan akan berjalan seperti dijadualkan pada dua peringkat.

  • Peringkat pertama, kerja-kerja ‘piling’ akan bermula pada awal tahun depan
  • Peringkat kedua, pembinaan struktur akan dijalankan kemudian

Pemilihan kontraktor yang ‘mesra’ (kontraktor yang faham dengan kedudukan kewangan masjid) akan dikenalpasti bagi melicinkan kerja-kerja pembinaan nanti.  Adalah menjadi hasrat Pengerusi dan jawatan kuasa keseluruhannya supaya pembinaan masjid nanti berjalan dengan baik, insyaAllah.

Pengerusi juga menerangkan bahawa JK Pembinaan kini sedang berusaha supaya proses gazet dipercepatkan untuk mendapat pelepasan cukai daripada LHDN. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN nanti, JK Pembinaan akan menghantar surat rayuan derma kepada syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk menambah dana dalam tabung pembinaan supaya kerja-kerja pembinaan yang dirancang dapat berjalan tanpa masalah 'kekeringan dana'.

Pada mesyuarat tersebut juga, Encik Zulkiply Gharib, Pengarah Operasi UMLand (wakil pemaju) mencadangkan supaya pelan masjid dibuat secara modular memandangkan kedudukan kewangan masjid yang ada sekarang. Dengan cara ini pembinaan dibuat mengikut fasa. Jika kewangan mengizinkan kerja pembinaan dapat disiapkan keseluruhannya. Ini untuk mengelak daripada kerja-kerja terbengkalai, yang akan menggambarkan satu ‘image’ yang kurang elok, bukan hanya kepada Jawatankuasa Masjid, tetapi juga kepada pemaju.

Dengan mengambil kira pandangan wakil pemaju (yang lebih berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan dan kos-kos terlibat), Jawatankuasa memutuskan supaya kerja tender yang telah dirancangkan tersebut ditangguhkan dulu buat sementara sehingga Jawatankuasa berasa selesa dengan dana yang ada. Keputusan ini akan dinilai semula bergantung kepada trend/pola wang masuk pungutan dana setelah surat pelepasan cukai daripada LHDN diperolehi dan surat rayuan telah dihantar.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 12 Mar, 03:17:27 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #12 on: 15 Nov, 12:46:58 PM »
Ralat:
Terdapat kesilapan ejaan pada nama Pengarah Operasi UMLand, sepatutnya nama beliau dieja "Zulkifly Garib". Kesilapan tersebut amatlah dikesali.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - November 2011
« Reply #13 on: 16 Jan, 02:58:29 PM »
(Graf pola sumbangan terdapat di sini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=280788925310632&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&ref=nf)

Dana terkumpul pada 30 Nov 2011 mencecah RM1,053,104.16.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-28 pada 14 Januari 2012 bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung untuk bulan November 2011 adalah seperti berikut:


  • bulan Oktober 2011 = RM48,414.52 (updated figure)
  • bulan November 2011 = RM30,996.13

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik  ;D


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 12 Mar, 03:17:09 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )

(Graf pola sumbangan terdapat di sini:: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=280800965309428&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&ref=nf)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,166,421.36 (baki akaun setakat 12 Januari 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-28 pada 14 Januari 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan November 2011 = RM30,996.13 (updated figure)
  • bulan Disember 2011 = RM113,317.20

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun1. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN, Pengerusi dan Setiausaha telah mengedarkan surat makluman kepada semua rumah di BSP dan kawasan sekitarnya. Alhamdulillah, respons yang diterima amat baik kerana lebih RM50,000 sumbangan telah diterima selepas tarikh kuatkuasa sehingga 31 Disember 2011. Semoga pola sumbangan akan meningkat selepas ini, InsyaAllah.

Setiausaha juga dalam proses untuk menghantar surat rayuan derma kepada syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk menambah dana dalam tabung pembinaan supaya kerja-kerja pembinaan yang dirancang dapat berjalan tanpa masalah 'kekeringan dana'. Setakat ini lebih 1,000 syarikat telah dihubungi melalui surat rayuan tersebut daripada 11,000 yang ada dalam senarai.

JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:


  • Kelulusan Kebenaran Merancang telah diberi oleh pihak MPKj untuk cadangan Pakej 1 - Menanam Cerucuk (Piling) di tapak pembinaan Masjid Al-Mustaqim berhadapan dengan Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Seri Putra.
  • JK Pembinaan bersetuju bahawa Proses Tender Terpilih (Selective Tendering Process) digunakan untuk kerja-kerja Pakej 1 tersebut.
  • Oleh itu, JK Pembinaan bersetuju untuk mengeluarkan Surat Pelawaan/Jemputan kepada kontraktor-kontraktor yang telah dikenalpasti berwibawa untuk mengambil bahagian dalam pembidaan bagi Pakej 1.
  • Proses Tender dan Pemilihan Kontraktor Yang Berjaya akan dipantau oleh Jawatankuasa Tender yang telah dilantik dan dipersetujui dalam Mesyuarat JK Pembinaan ke-24 yang lalu.
  • Kerja-kerja Pakej 1 - Menanam Cerucuk dijangka bermula pada bulan Mac 2012 nanti. Kontraktor yang berjaya dalam pembidaan tender akan memagar kawasan tapak masjid.
-
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik  :D


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

1 Telah dihebahkan di sini:
« Last Edit: 16 May, 09:02:40 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need