Author Topic: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim  (Read 32360 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
-
Dana terkumpul kini mencecah RM1,220,872.67 (baki akaun setakat 31 Januari 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-29 pada 15 Februari 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Disember 2011 = RM113,317.20
  • bulan Januari 2012 =  RM80,900.56

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

Pengerusi menggesa AJK supaya membuat ‘personal approach’ ke syarikat dan badan korporat yang besar untuk mendapat dana yang lebih besar. Perkara ini sudah disebut beberapa kali sebelum ini, dan setiausaha telah menghantar ‘reminder’ kepada ahli melalui e-mel supaya membekalkan senarai nama individu atau syarikat supaya surat rasmi dapat disediakan.

Setiausaha menjelaskan sehingga kini:
  • kira-kira 1000 pucuk surat memohon dana sudah dikirim ke syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat, badan-badan berkanun, ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen, YB Menteri dan Kementerian, Sektor-Sektor Pembinaan, Majlis-Majlis Perbandaran, Institusi-Institusi Kewangan, Pertubuhan-Pertubuhan Islam, Bank-Bank Islamik, hospital-hospital swasta dan Kedutaan Islam serta individu-individu tertentu.
  • Setiausaha sudah menyiapkan surat rayuan sumbangan dalam Bahasa Arab dan surat ini telah dikirim ke semua duta asing Islam di KL.
  • lebih 1200 pucuk surat ke syarikat-syarikat swasta telah disediakan oleh Setiausaha, yang akan dipos pada 1hb Mac

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:
  • Pelan masjid yang ‘final’ akan diserahkan kepada MPKj pada hari Jumaat, 17hb Februari ini, termasuk pelan ‘contour’. Kebenaran jalan masuk ke kawasan pembinaan juga akan diperolehi daripada MPKj, memandangkan Bangi Heights tidak punya kuasa untuk memberi kebenaran bagi laluan masuk. (UPDATE - urusan permohonan Kelulusan Pelan Bangunan pada MPKj telah selesai pada 28/2/2012.)
  • Kelulusan pelan itu dijangka diperolehi dalam 2 minggu dari tarikh permohonan.
  • JK Teknikal juga telah menerima 3 permohonan tender dari 6 penender yang dijemput untuk melaksanakan kerja cerucuk. Jawatankuasa Tender telah membuat penilaian dan telah memilih petender yang berjaya untuk diberikan projek tersebut.
  • Pihak akitek akan menyediakan gambar masjid untuk dipasang pada tapak masjid. JK bersetuju supaya satu billboard yang besar, ukuran 12’ X 8’ dibina di kawasan tersebut. Pihak akitek diminta menyediakan gambar yang besar, dan perbezaan kos akan ditanggung oleh pihak masjid.
  • Adalah dicadangkan juga supaya jumlah kutipan dana secara bulanan dipamerkan pada billboard tersebut, untuk memaklumkan kepada penduduk di BSP tentang perkembangan kutipan dana tabung pembinaan.
  • Seorang penyelia akan diupah untuk menyelia kerja-kerja cerucuk. JK Pembinaan akan berbincang dengan En. Zulkifli Garib dari Bangi Heights untuk mendapatkan pekerja dari Bangi Heights tanpa bayaran dari masjid.
-
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.

Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun*. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN, Pengerusi dan Setiausaha telah mengedarkan surat makluman kepada semua rumah di BSP dan kawasan sekitarnya.

Alhamdulillah, respons yang diterima amat baik kerana lebih RM50,000 sumbangan telah diterima selepas tarikh kuatkuasa sehingga 31 Disember 2011. Semoga pola sumbangan akan meningkat selepas ini, InsyaAllah.

JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.


* Telah dihebahkan di sini:
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
-
Dana terkumpul kini mencecah RM1,251,826.25 (berakhir bulan Februari 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-30 pada 17 Mac 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Januari 2012 =  RM80,900.56
  • bulan Februari 2012 = RMRM35,990.13 - kutipan merosot berbanding 2 bulan yang lalu

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

Pengerusi menggesa AJK supaya membuat ‘personal approach’ ke syarikat dan badan korporat yang besar untuk mendapat dana yang lebih besar. Perkara ini sudah disebut beberapa kali sebelum ini, dan setiausaha telah menghantar ‘reminder’ kepada ahli melalui e-mel supaya membekalkan senarai nama individu atau syarikat supaya surat rasmi dapat disediakan.

Setiausaha menjelaskan sehingga kini:
  • Sehingga Februari 2012 sebanyak kira-kira 1000 pucuk surat telah dikirim ke kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, ADUN, Ahli Parlimen, hospital, bank, institusi kewangan dll.
  • Mulai 1hb Mac sehingga hari ini (17 Mac) sebanyak 3,000 pucuk surat dikirim ke syarikat-syarikat bersama dengan brosur masjid.
  • Sehingga hujung Mac sebanyak 1140 pucuk surat lagi akan dikirim ke syarikat-syarikat.
  • Baki surat untuk syarikat sebanyak 5860 akan dikirim setelah kerja-kerja cerucuk bermula, berperingkat-peringkat hingga ke akhir tahun.
  • Setiausaha telah mencetak sebanyak 15,000 keping brosur (dengan kos 40sen sekeping) untuk diagih bersama surat memohon derma.
  • Brosur itu juga telah diedar kepada jemaah Solat jumaat  di Masjid UKM, Masjid Hasanah BBB, Masjid Solihin Teras Jernang, Surau Assyakirin BSP, Surau Al-Ikhlas TIP dan Masjid Al-Azhar KUIS.
  • Urusan Menentukan Kiblat & Solat Hajat akan dilaksanakan kemudian sebaik saja kerja-kerja cerucuk akan bermula.

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:
  • Kelulusan pelan masjid akan dimesyuaratkan pada persidangan majlis MPKj pada 21hb Mac ini. Dengan kelulusan ini kelak kerja-kerja cerucuk insyaAllah akan bermula pada bulan April.
  • JK Pembinaan telah bersetuju untuk menganugerahkan kontrak pembinaan cerucuk kepada syarikat yang memberi tawaran harga TERMURAH dengan nilai terdekat dengan sebagaimana disyorkan oleh perunding. Walau bagaimana pun pihak perunding diminta untuk merunding harga terbaik lagi dari syarikat tersebut sebelum surat setuju resmi dikeluarkan.
  • Tiga tender telah diterima untuk kerja-kerja 'hoarding'. Sebutharga terlampau tinggi, dan JK Pembinaan memutuskan untuk menolak ketiga-tiga penender tersebut. Pihak perunding diminta untuk berbincang dengan syarikat yang berjaya melaksanakan kerja cerucuk supaya dapat mempertimbangkan membuat kerja ‘hoarding’ sekali tanpa melibatkan kos tambahan atau kos minimal.
  • Untuk penyeliaan kerja cerucuk, JK Pembinaan akan cuba mendapat kakitangan dari Bangi Heights seperti yang disetujui oleh En.Zulkiply Garib. Surat untuk tujuan ini akan dideraf.
  • Jurutera Tapak Binaan (site engineer), sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan untuk menyelia kerja pembinaan, yang akan dilantik oleh perunding, supaya kerja-kerja dapat diselaraskan. Upah bayaran yang berpatutan kena disemak semula.
  • Billboard Masjid berukuran 12’ X 8’ akan dibina di tapak masjid. Jumlah kutipan bulanan dipamirkan.

Perkara lain:
  • JK Pembinaan bersetuju supaya setiausaha mengirim e-mel kepada ahli yang tidak hadir ke mesyuarat JK Pembinaan Masjid sejak Januari 2011 (sebanyak 15 kali mesyuarat) atau lebih awal lagi, mohon pengesahan sama ada mereka masih berminat untuk menjadi ahli. Jika tidak menerima jawapan dalam masa 3 hari, ini dianggap ahli itu tidak lagi berminat.
  • Rancangan Kutipan Dana - JK Pembinaan mengesyorkan supaya satu ‘Road Show’ dijalankan di surau-surau di BSP, bermula dengan Surau Assyakirin, Surau Al-Ikhlas dan Masjid KUIS pada Hari Jumaat, memaklumkan jemaah mengenai status masjid yang akan dibina, di samping mendapat sumbangan tetap daripada para qariah.
-
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.

Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun*. JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.

* Telah dihebahkan di sini:
« Last Edit: 16 May, 09:05:05 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
-
(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=365303423525848&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,430,157,61 (berakhir bulan April 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-31 pada 8 Mei 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Mac 2012 = RM92,827.82
  • bulan April 2012 = RM85,958.57 - kutipan meningkat semula berbanding bulan Februari yang lalu

Perkembangan pembinaan masjid yang dibincangkan dalam mesyuarat akan dimasukkan kemudian..

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik   ;D
« Last Edit: 06 Jun, 03:33:24 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Mei 2012
« Reply #18 on: 06 Jun, 03:31:45 PM »
-

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=384595221596668&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&permPage=1)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,467,393.48 (berakhir bulan Mei 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-32 pada 3 Jun 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan April 2012 = RM85,958.57
  • bulan Mei 2012  = RM37,237.87 - kutipan jatuh berbanding 2 bulan sebelumnya

Perkembangan pembinaan masjid yang dibincangkan dalam mesyuarat akan dimasukkan kemudian..

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik   ;D

« Last Edit: 07 Jun, 07:59:13 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jun 2012
« Reply #19 on: 18 Jul, 09:41:10 PM »
-

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407002059355984&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,565,593.40 (berakhir bulan Jun 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-33 pada 8 Julai 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Mei 2012 = RM45,186.64 (updated)
  • bulan Jun 2012 = RM95,046.15 - kutipan meningkat semula berbanding bulan sebelumnya
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat sempena Ramadhan Al-Mubarak yang kian menjelang dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid.

Sedikit Perkembangan Terkini:

  • Alhamdulillah, tapak masjid telah dibersihkan dan hanya menunggu jentera berat masuk bagi memulakan kerja-kerja menanam cerucuk. Fasa 1 ini sebenarnya telah bermula pada awal bulan Julai lalu dan dijangka selesai dalam tempoh empat (4) bulan.
  • MPKj telah memberikan Surat Kelulusan kepada Pelan Masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Dengan kelulusan pelan tersebut, JK Pembinaan sudah boleh mengeluarkan tender untuk pembinaan struktur, tertakluk kepada dana yang terkumpul. Lebih cepat dana dapat dikumpulkan, lebih cepat kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan.. InsyaAllah..
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik   ;D
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Assalamualaikum,

YBhg Pengerusi JK Pembinaan telah mendapat surat makluman bahawa Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan sumbangan bantuan peruntukan khas untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sebanyak RM 1 juta.

Surat bertarikh 12 Jun 2012 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri ditandatangani oleh Dato' Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof (Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Projek Khas)) b/p Ketua Pengarah ICU.

Alhamdulillah.  :)

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 19 Jul, 06:05:11 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Ogos 2012
« Reply #21 on: 01 Oct, 05:34:25 PM »
Dana terkumpul kini mencecah RM2,863,558.63 (berakhir bulan Ogos 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-34 pada 21 September 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Julai-Ogos 2012 = RM1,241,080.86 (RM 1 juta adalah peruntukan JPM yang disalurkan melalui Pejabat ICU Selangor)
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Sedikit Perkembangan Mutakhir perbincangan ketika mesyuarat:
  • JK Pembinaan dimaklumkan kerja-kerja cerucuk akan siap sebelum 31 Oktober 2012 dengan progress terkini kira-kira 60% kerja-kerja telah siap (mengikut laporan 19 Sept 2012)
  • JK Pembinaan juga telah meluluskan pembinaan billboard besar untuk mempamerkan kutipan terkini Tabung Dana Pembinaan di tapak masjid. Langkah ini diharap dapat menaikkan semangat warga BSP untuk menyumbang ke dalam Tabung Pembinaan.
  • MPKJ telah mengeluarkan surat kelulusan rasmi pelan masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Salinan surat ini serta pelan-pelan telah dihantar ke LHDN untuk tindakan selanjutnya.
  • Dengan kelulusan rasmi pelan ini, JK Pembinaan menjangkaan akan dapat mengeluarkan dokumen untuk tender pembinaan struktur bangunan seawal pertengahan November ini, dan kerja-kerja pembinaan bangunan masjid dijangka akan bermula pada awal Januari 2013.
  • AJK Pembinaan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan Yayasan Al Bukhari dan mohon mendoakan agar Yayasan itu akan menyumbang satu jumlah dana yang ‘substantial’ kepada dana pembinaan Masjid kita.
  • JK Pembinaan dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Selangor juga telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sehingga nilai RM50,000 setahun berdasarkan bil.
  • Setiausaha JK Pembinaan juga telah mengirim kira-kira 2 ribu pucuk surat dalam fasa ke-2 bagi memohon dana daripada syarikat dan badan korporat yang telah dikenalpasti
  • Post-Mesyuarat - Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,  Penolong Setiausaha dan AJK Muslimat telah hadir mengisi sebuah booth dengan maklumat masjid sempena dengan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra pada Hari Ahad, 23hb September 2012. Pameran serta maklumat terkini dipamerkan. Brochure masjid juga telah diagihkan. Ikrar sumbangan daripada pengunjung diperolehi. Kutipan tunai pada hari tersebut berjumlah RM1086.00.
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - TERKINI
« Reply #22 on: 09 Oct, 11:13:08 AM »
Perkembangan Terkini:

Sehingga kini, kutipan dana masjid berjumlah RM3.02 juta.

Pemasangan 4 buah billboard di empat lokasi yang strategik di BSP telahpun dijalankan pada Jumaat lalu (5hb Oktober). Billboard ini adalah sumbangan kontraktor yang telah diamanahkan untuk membina sebuah billboard gergasi yang akan dibina di tapak masjid pada hari ini (Selasa, 9hb Oktober).

Sumbangan daripada warga BSP amatlah dialu-alukan. Boleh masukkan tunai atau cek atas nama MASJID AL-MUSTAQIM, langsung ke dalam akaun masjid di MBB, CIMB atau di BIMB.

Sila hubungi Pengerusi, atau Setiausaha atau Bendahari untuk mendapat resit rasmi masjid bagi mendapat Pelepasan Cukai daripada LHDN.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Sept 2012
« Reply #23 on: 19 Nov, 01:14:03 PM »

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=456528594403330&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1)

Dana terkumpul kini mencecah RM2,907,382.98 (berakhir bulan Sept 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-35 pada 19 Oktober 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Julai-Ogos 2012 = RM1,241,080.86 (RM 1 juta adalah peruntukan JPM yang disalurkan melalui Pejabat ICU Selangor)
  • bulan Sept 2012 = RM51,587.20
Pungutan ini jauh KURANG DARIPADA SASARAN. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Rumusan perbincangan mengenai meningkatkan usaha untuk menambahkan dana masjid ialah:
  • Mendapatkan outlet baru untuk meletak tabung masjid.
  • Menggalakkan uurau-surau supaya lebih agresif dalam usaha mendapatkan dana masjid.
  • Surat serta brochure akan diagih ke setiap rumah dan premis perniagaan di BSP pada bulan November, memaklumlah progres serta perancangan terkini. - Post-Mesyuarat - Surat Rayuan Derma dan Brochure telah diedarkan secara berperingkat-peringkat dimasukkan ke dalam peti surat rumah penduduk BSP
  • Pegawai Penerangan diminta mengemaskinikan website dan blok masjid.
  • S/U mohon AJK (dan penduduk BSP) supaya memberikan nama serta alamat syarikat atau individu yang dikenali supaya surat rasmi mohon sumbangan dapat disediakan S/U dan diserah melalui AJK/penduduk BSP berkenaan. - Boleh terus mesej saya melalui forum PMC alamat syarikat tersebut.
Sedikit Perkembangan Mutakhir perbincangan ketika mesyuarat:
  • JK Pembinaan dimaklumkan kerja-kerja cerucuk sudah siap pada 15hb Oktober, tetapi JK Kecil Teknikal masih menunggu ‘as-build drawing’ daripada kontraktor.
  • JK Kecil Teknikal juga memaklumkan bahawa dokumen tender untuk Fasa 2, yakni pembinaan bangunan masjid, insyaAllah dijangka dikeluarkan pada 16 November 2012
  • Setiausaha juga telah mengirim surat kepada kira-kira 2000 syarikat di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan dalam dua-tiga bulan kebelakangan ini, namun responnya amat dingin.
  • Setiausaha juga melaporkan ada hamba Allah yang duduk di Bangi Villa telah membuat Standing Instruction dengan bank supaya memindahkan wangnya sebanyak RM100.00 sebulan ke akaun masjid untuk selama 3 tahun. Satu tindakan yang elok untuk dicontohi oleh warga BSP.
  • Setiausaha melaporkan bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) berminat menyumbang wang zakatnya untuk dana masjid dengan syarat Masjid membuka akaun di BSN. Cadangan ini dipersetujui oleh AJK.
  • (Post-Mesyuarat: Akaun BSN telahpun dibuka - 1016 041 0000 98234 Masjid Al-Mustaqim - warga BSP dialu-alukan menyumbang menggunakan saluran BSN untuk menyumbang ke akaun dana di cawangan berdekatan.)
  • Nota Mesyuarat - JK Pembinaan telah menerima cek sumbangan daripada Yayasan Al-Bukhary berjumlah RM100,000.00. Cek ini sudah dimasukkan ke dalam akaun masjid di MBB pada 6 Oktober. Jumlah terkumpul di atas tidak termasuk sumbangan Yayasan Al-Bukhari.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
« Last Edit: 26 Nov, 05:08:56 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Okt 2012
« Reply #24 on: 26 Nov, 05:08:33 PM »

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=459606427428880&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM3,159,892.89 (berakhir bulan Okt 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-36 pada 23 November 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Sept 2012 = RM51,587.20
  • bulan Okt 2012 = RM156,267.29 (RM100,000 adalah sumbangan Yayasan Al-Bukhary)
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Nota: Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan ini, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
« Last Edit: 21 Dec, 03:43:34 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
  • (Post-Mesyuarat: Akaun BSN telahpun dibuka - 1016 041 0000 98234 Masjid Al-Mustaqim - warga BSP dialu-alukan menyumbang menggunakan saluran BSN untuk menyumbang ke akaun dana di cawangan berdekatan.)

Post Mesyuarat: Buat ketika ini Derma ke Akaun BSN perlu dilakukan di kaunter bank sahaja, BUKAN melalui ATM & Mesin Cash Deposit. Harap maklum.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Nov 2012
« Reply #26 on: 21 Dec, 03:40:05 PM »

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=470845179638338&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM3,275,159.68 (berakhir bulan Nov 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-37 pada 14 Disember 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Okt 2012 = RM157,984.46 (UPDATED)
  • bulan Nov 2012 = RM113,549.62
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM3,200,159.68 lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Nota: Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
« Last Edit: 18 Apr, 12:33:42 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Dis 2012
« Reply #27 on: 08 Feb, 04:35:05 PM »
Makluman: Graf terkini tidak dapat dikepilkan bulan ini.

Dana terkumpul kini mencecah RM3,391,961.36 (berakhir bulan Dis 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-38 pada 25 Januari 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Dis 2012 = RM170,929.68
  • bulan Nov 2012 = RM113,549.62
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM3,108,038.64 lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Nota:
  • Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
  • Bangi Heights telah pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, yang kita anggap adalah janji yang benar.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jan 2013
« Reply #28 on: 04 Mar, 05:15:25 PM »
Makluman: Graf terkini tidak dapat dikepilkan bulan ini.

Dana terkumpul kini mencecah RM3,518,168.94 (berakhir bulan Jan 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-39 pada 22 Februari 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Jan 2013 = RM126,207.58
  • bulan Dis 2012 = RM170,929.68
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,981,831.06* lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Sedikit Perkembangan Terkini:

JK Teknikal melaporkan hasil perjumpaan dengan kontraktor yang berjaya mendapat tender untuk pembinaan masjid pada minggu lalu.  Ianya dipengerusikan oleh Dato' Timb. Pengerusi JK Pembinaan dan dihadiri sama Pengerusi JK Pembinaan,  Ketua JK Teknikal beserta pihak konsultan yang terlibat.
  • Kontraktor telah menerima terma-terma kerja-kerja pembinaan struktur masjid yang akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan bermula pada bulan Mac 2013 dengan harga yang telah dipersetujui bersama (termasuk diskaun).
  • Surat tawaran rasmi kepada kontraktor tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
  • Kerja-kerja pembinaan struktur Masjid Al-Mustaqim dijangka akan bermula pada 1hb Mac 2013
Nota:
  • Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
  • * Bangi Heights telah mengesahkan pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, dan penyerahan wang tersebut kepada JK Pembinaan Masjid akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Feb & Mac 2013
« Reply #29 on: 18 Apr, 12:32:55 PM »

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=529841180405404&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM3,742,942.96 (berakhir bulan Mac 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-40 pada 6 April 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Mac 2013 = RM152,380.08
  • bulan Feb 2013 = RM82,959.94
  • bulan Jan 2013 = RM115,641.58 (UPDATED)
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,757,057.04* lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Sedikit Perkembangan Terkini:

JK Teknikal melaporkan status terkini tapak pembinaan masjid:

1. Kontraktor telah masuk ke tapak dan melakukan kerja-kerja seperti:

  • membersihkan seluruh kawasan
  • meletakkan kabin-kabin untuk site office dan bilik mesyuarat
  • membina rumah-rumah pekerja
  • meletakkan bahan-bahan binaan seperti batang-batang besi
  • memohon bekalan elektrik dengan TNB dan bekalan air dengan Syabas
2. Walaubagaimanapun, sehingga kini (tarikh mesyuarat) belum ada aktiviti berat dilakukan.
3. Tanah di tapak pembinaan masjid tidak perlu ditambak kerana parasnya sudah tinggi.
4. Pintu masuk sementara digunakan bagi memudahkan kenderaan dan jentera keluar-masuk.
5. Mesyuarat Projek Pertama di tapak akan dilangsungkan pada hari Rabu, 17hb April 2013, bermula jam 10.00 pagi


Nota:
  • Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
  • * Bangi Heights telah mengesahkan pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, dan penyerahan wang tersebut kepada JK Pembinaan Masjid akan dilakukan dalam jangka masa terdekat. (Mengikut maklumat terkini - JANGKAAN BULAN MEI 2013)

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
« Last Edit: 27 May, 11:37:11 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need