Author Topic: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim  (Read 32356 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - April 2013
« Reply #30 on: 27 May, 11:35:52 AM »

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=545536768835845&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM3,874,117.15  (berakhir bulan April 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-41 pada 19 Mei 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan April 2013 = RM154,612.67
  • bulan Mac 2013 = RM152,380.08
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,625,882.85* lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Nota:
  • Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
  • * Bangi Heights telah mengesahkan pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, dan penyerahan wang tersebut kepada JK Pembinaan Masjid akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.
    (Mengikut maklumat terkini - Bangi Heights  mengesahkan sumbangan sebanyak RM1 juta dari Bangi Heights (UMLand). Surat rasmi sumbangan ini akan dikeluarkan pada minggu hadapan (akhir bulan Mei).)
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
« Last Edit: 09 Jul, 12:19:30 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jun 2013
« Reply #31 on: 09 Jul, 12:19:06 PM »

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=564731113583077&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM4,167,455.42*  (berakhir 30 Jun 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-42 pada 3 Julai 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Jun 2013 = RM151,309.53
  • bulan Mei 2013 = RM143,511.74
  • bulan April 2013 = RM151,112.58 (UPDATED)
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan.
Tabung Pembinaan masih memerlukan RM3,332,544.58* lagi.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi dengan tibanya bulan Ramadhan bermula esok.

Sedikit Perkembangan Terkini:

- JK Teknikal melaporkan status terkini pembinaan masjid adalah pada kadar 11% setakat 14 Jun 2013


Nota:
* Tidak termasuk RM1 juta dari UMLand

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.


« Last Edit: 23 Aug, 05:38:22 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=584787211577467&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM4,818,360.55 *  (sehingga 19 Ogos 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-43 pada 22 Ogos 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Julai 2013 = RM296,722.69
  • bulan Ogos 2013 = RM357,053.44 (setakat 19 Ogos 2013 sahaja)
  • bulan Jun 2013 = RM151,112.58 (UPDATED)
Alhamdulillah, pungutan bulan Julai dan Ogos MENCAPAI SASARAN MELEBIHI RM200,000 sebulan yang diperlukan supaya dapat menampung kos pembinaan. Semoga pencapaian ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan akan datang. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,681,639.45 * lagi.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Sedikit Perkembangan Terkini:

- JK Teknikal merumuskan intipati dan hasil Mesyuarat Tapak No.5 yang telah berlangsung pada pagi 22 Ogos 2013:

  • Status terkini pembinaan masjid adalah pada kadar 21% setakat 22 Ogos 2013 (terkehadapan kira-kira 1% atau 4 hari dari Jadual/Timeline Projek)
  • AJK yang hadir telah melawat struktur binaan masjid untuk melihat sendiri hasil kerja kontraktor (site visit)
  • Kesemua Juru Perunding Projek telah mengiringi AJK yang hadir ketika lawatan tapak (site visit)
  • Dato' Zed (Timb. Pengerusi JK Pembinaan) telah diberi penerangan oleh arkitek tentang perkembangan terkini dan beberapa pindaan/perubahan yang dibuat
  • Keseluruhan Prestasi dan Kualiti Kerja kontraktor pembinaan adalah pada tahap yang MEMUASKAN
Nota:
* Tidak termasuk RM1 juta dari UMLand

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra



Ahli JK Pembinaan Masjid sedang mendengar Ucapan Pembukaan Pengerusi ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-43 pada 22 Ogos 2013 di Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, BSP - http://www.facebook.com/MasjidBSP

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 23 Sep, 04:53:37 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=599799780076210&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM5,521,796.86 1 (sehingga 18 Sept 2013) daripada kira-kira RM8,000,000.00 2 (RM8 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-44 pada 18 sept 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Sept 2013 = RM631,961.36 (setakat 18 Sept 2013 sahaja)
  • bulan Ogos 2013 = RM384,565.34  (UPDATED)
  • bulan Julai 2013 = RM340,675.74 (UPDATED)
Alhamdulillah, pungutan bulan Sept MENCAPAI SASARAN MELEBIHI RM200,000 sebulan yang diperlukan supaya dapat menampung kos pembinaan. Semoga pencapaian ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan akan datang.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,478,203.14 * lagi.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Sedikit Perkembangan Terkini:

- JK Teknikal merumuskan intipati dan hasil Mesyuarat Tapak No.6 yang telah berlangsung pada pagi 18 Sept 2013:

  • Status terkini pembinaan masjid adalah pada kadar 24% setakat 18 Sept 2013
  • Keseluruhan Prestasi dan Kualiti Kerja kontraktor pembinaan adalah pada tahap yang MEMUASKAN, namun begitu JK Pembinaan akan TERUS MEMANTAU kerja-kerja yang dijalankan
- Perkembangan lain:
  • Dato Zakaria telah menerima sumbangan cek bernilai RM600,000.00 daripada Bangi Heights Development Sdn Bhd dalam Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri pada 7 Sept 2013
  • Baki sebanyak RM400,000.00 akan diserahkan kepada JK Pembinaan Masjid sebaik saja projek pembinaan masjid ini siap.
Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 Laporan-laporan sebelumnya telah memaparkan anggaran sasaran. Nilai kontrak pembinaan sebenar adalah melebihi RM8 juta bagi kedua-dua Fasa 1 (Cerucuk) & Fasa 2 (Struktur).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 07 Nov, 05:51:47 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Okt 2013
« Reply #34 on: 07 Nov, 05:51:05 PM »
(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=623084327747755&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM5,663,815.26 1 (sehingga 31 Okt 2013) daripada kira-kira RM8,000,000.00 2 (RM8 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-45 pada 1 Nov 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Okt 2013 = RM91,399.34
  • bulan Sept 2013 = RM682,590.42  (UPDATED)
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,336,184.74 * lagi.


Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Nota: Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 Laporan-laporan sebelumnya telah memaparkan anggaran sasaran. Nilai kontrak pembinaan sebenar adalah melebihi RM8 juta bagi kedua-dua Fasa 1 (Cerucuk) & Fasa 2 (Struktur).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 28 Nov, 04:34:29 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=634895269899994&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM5,808,914.58 1 (setakat 21 Nov 2013) daripada kira-kira RM8,000,000.00 2 (RM8 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-46 pada 22 Nov 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Nov 2013 = RM139,550.95 (setakat 21 Nov)
  • bulan Okt 2013 = RM96,947.71  (UPDATED)
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,191,085.42 * lagi.


Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)
Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 Laporan-laporan sebelumnya telah memaparkan anggaran sasaran. Nilai kontrak pembinaan sebenar adalah melebihi RM8 juta bagi kedua-dua Fasa 1 (Cerucuk) & Fasa 2 (Struktur).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 10 Mar, 05:32:43 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Dis 2013
« Reply #36 on: 24 Jan, 12:35:58 PM »
(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=662774807112040&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1)
Nota: Tiada graf terkini kerana saya tidak dapat hadir ke Mesyuarat bulanan JK Pembinaan Masjid kerana masalah kesihatan. Harap maaf.


Dana terkumpul kini mencecah RM6,130,654.71 1 (setakat 31 Dis 2013) daripada kira-kira RM8,000,000.00 2 (RM8 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-47 pada 10 Jan 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Dis 2013 = RM270,913.68
  • bulan Nov 2013 = RM174,917.43  (UPDATED)
Alhamdulillah, jumlah pungutan Nov-Dis ini MELEBIHI SASARAN RM200,000 sebulan bagi menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,869,345.29 * lagi.


Sedikit perkembangan:
  • JK Pembinaan mengambil maklum bahawa surat memohon sumbangan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor oleh PPBSP dan akan disusuli dengan tindakan ‘follow-up’ pada minggu akan datang.
  • Sumbangan sebanyak RM50,000.00 daripada Lembaga Zakat Selangor sudah diterima dan dibank-in ke dalam akaun masjid.
  • Setiausaha telah mengagihkan 5000 keping surat memohon sumbangan dari rumah ke rumah semua penduduk di BSP.
  • JK Pembinaan mengambil maklum sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun masjid pada bulan Disember telah meningkat ekoran pengagihan surat-surat memohon sumbangan tersebut.
  • Pungutan melalui tabung ketika Pasar Malam (Selasa dan Sabtu) juga amat menggalakkan, menyumbang lebih seribu ringgit pada setiap malam.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan Mesyuarat Tapak yang ke10 telah berlangsung pada Isnin, 30hb Dis 2013 dan dipengerusikan oleh Dato Zakaria, serta dihadiri oleh Hj Zakariah, Hj Kamal dan Setiausaha yang mewakili masjid.
  • Sehingga tarikh mesyuarat itu 53% kerja pembinaan telah siap.
  • Pegawai JAIS akan dijemput hadir ke mesyuarat tapak akan datang supaya perkembangan pembinaan masjid ini dapat dibawa terus ke pengetahuan pengurusan JAIS.
  • Mesyuarat tapak seterusnya (No.11) akan dilangsungkan pada 22 Januari jam 10.00 pagi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 Laporan-laporan sebelumnya telah memaparkan anggaran sasaran. Nilai kontrak pembinaan sebenar adalah melebihi RM8 juta bagi kedua-dua Fasa 1 (Cerucuk) & Fasa 2 (Struktur).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 10 Mar, 05:33:04 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )

(Sumber: http://upload.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/685265248196329/?type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM6,629,284.811 (setakat 25 Feb 2014) daripada kira-kira RM9,000,000.00 2  (RM8 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

JK Pembinaan telah bersetuju dengan cadangan membina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters) dengan kos tambahan maksimum RM1 juta.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-48 pada 26 Feb 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Feb 2014 = RM186,716.58 sehingga 25 Feb
  • bulan Jan 2014 = RM309.516.06
  • bulan Dis 2013 = RM270,913.68
Alhamdulillah, jumlah pungutan Jan-Feb ini MELEBIHI SASARAN RM200,000 sebulan bagi menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,370,715.19 *(termasuk kuarters) lagi.


Sedikit perkembangan:
  • JK Pembinaan bercadang untuk mengadakan Hari Terbuka Masjid Al-Mustaqim Hari Ahad, 13hb April 2014, bermula jam 9.00 pagi, dengan menjemput semua warga BSP ke tapak pembinaan untuk melihat sendiri perkembangan pembinaan masjid.
  • Setiausaha akan menyiapkan cetakan brochur baru dengan mengemaskinikan maklumat, sebanyak 3,000 keping, untuk diagih kepada individu dan syarikat serta jabatan kerajaan dan swasta beserta dengan surat rasmi memohon derma, dalam pusingan akhir.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan Mesyuarat Tapak yang ke11 telah berlangsung pada Selasa, 25hb Feb 2014 dan dipengerusikan oleh Dato Zakaria, serta dihadiri oleh Hj Kamal, Setiausaha dan Pegawai Penerangan yang mewakili masjid.
  • Sehingga tarikh mesyuarat itu 56% kerja pembinaan telah siap.
  • Pembinaan bahagian konkrit melibatkan minaret dan kubah dirancang akan siap pada 3hb Mac 2014.
  • Kubah kini difabricate di Sabak Bernam dan akan dibawa ke lokasi untuk pemasangan pada minggu hadapan. Post Mesyuarat: Rangka untuk kubah telah mula dipasang
  • Berkenaan atap bumbung masjid - Tn.Hj. Kamal memberitahu bahawa ia diperbuat dari zinklum (iaitu aloi zink+aluminium) yang tidak berkarat.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 RM8 juta untuk struktur masjid dan RM1 juta untuk bina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 21 Mar, 04:35:45 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )

(Sumber: http://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/691368160919371/?type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM6,754,244.521 (setakat 19 Mac 2014) daripada kira-kira RM9,000,000.00 2  (RM8 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

JK Pembinaan telah bersetuju dengan cadangan membina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters) dengan kos tambahan maksimum RM1 juta.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-49 pada 19 Mac 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Mac 2014 = RM81,644.20 Maybank shj sehingga 19 Mac 2014
  • bulan Feb 2014 = RM230,032.09 UPDATED
  • bulan Jan 2014 = RM309.516.06
Alhamdulillah, jumlah pungutan bulan Februari telah MELEBIHI SASARAN RM200,000 sebulan bagi menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,245,755.48 *(termasuk kuarters) lagi.


Sedikit perkembangan:
  • Cadang mengadakan Hari Terbuka Masjid Al-Mustaqim dibatalkan atas sebab keselamatan. Keputusan dibuat setelah berbincang dengan barisan Perunding Projek.
  • JK Pembinaan sedang berkonsultasi dengan Al-Fathil ustaz-ustaz di BSP bagi membuat perancangan perjalanan urusan masjid dan prosedur-prosedur seterusnya sehinggalah pentauliahan dan perasmian oleh DYMM Sultan Selangor nanti.
  • JK Pembinaan bersetuju untuk mengwar-warkan bahawa ahli kariah kini boleh membuat sumbangan bagi menaja/sponsor perhiasan (cth tulisan khat) dan perkakasan lain (cth kipas & pendingin hawa) untuk masjid.
  • PENTING: sebarang tulisan khat untuk masjid perlu mendapat kelulusan Pejabat Mufti Selangor
  • Turut hadir ketika mesyuarat: Ustaz Shamsul dan Ustaz Abu Zaki yang telah memberi pandangan tentang langkah seterusnya.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan Mesyuarat Tapak yang ke-12 telah berlangsung pada Selasa, 18hb Mac 2014 dan dipengerusikan oleh Dato Zakaria, serta dihadiri oleh Tn.Hj. Zakariah, Tn.Hj. Kamal dan Setiausaha yang mewakili masjid.
  • Sehingga tarikh mesyuarat itu 69% kerja pembinaan telah siap.
  • Rangka untuk kubah telah mula dipasang.
  • Kubah dijangka akan siap pada pertengahan April 2014.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 RM8 juta untuk struktur masjid dan RM1 juta untuk bina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.


Perbandingan pembinaan masjid dengan lakaran perspektif arkitek
« Last Edit: 25 Apr, 05:19:37 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
(Sumber: https://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/708443319211855/?type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM7,116,484.901 (setakat 15 April 2014) daripada kira-kira RM9,000,000.00 2  (RM8 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

JK Pembinaan telah bersetuju dengan cadangan membina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters) dengan kos tambahan maksimum RM1 juta.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-50 pada 16 April 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Apr 2014 = RM 95,324.01 sehingga 15 Apr 2014
  • bulan Mac 2014 = RM348,560.57 UPDATED
  • bulan Feb 2014 = RM230,032.09
  • bulan Jan 2014 = RM309.516.06
Alhamdulillah, jumlah pungutan Jan-Feb-Mac ini MELEBIHI SASARAN RM200,000 sebulan bagi menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,883,515.10 *(termasuk kuarters) lagi.


Sedikit perkembangan:
  • Jawatankuasa sedang berusaha untuk mendapatkan temujanji dengan YAB Tan Sri MB Selangor dan Ketua Pengarah JAIS dalam masa yang terdekat, untuk merayu sumbangan daripada Kerajaan Negeri.
  • Majlis Meletak Batu Tanda telah berjalan dengan sempura pada 30hb Mac 2014 bermula jam 9.00 pagi di tapak pembinaan. Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli yang terlibat menjayakan majlis ini, khususnya kepada kontraktor yang menajakan makan tengahari. Sehingga kini hanya komen yang positif  diterima daripada para jemputan.
  • Exposure dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai Majlis Meletak Batu Tanda ini telah memberi impak yang positif, dan ini diterjemahkan dengan sumbangan yang meningkat pada bulan Mac ini.
  • Pengerusi telah berjumpa dan berbincang dengan pegawai di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat tentang langkah dan prosedur yang perlu dipenuhi bagi mengadakan solat di masjid apabila siap nanti.
  • Setiausaha melaporkan bahawa susulan daripada keputusan mesyuarat yang lalu, Ustaz Shamsul sedang menguruskan jadual imam dan bilal solat terawih di Masjid Al-Mustaqim pada Bulan Ramadhan yang akan datang, termasuk solat-solat waktu sepanjang Bulan Ramadhan.
  • JK Pembinaan menerima syor Prof Riza Atiq supaya satu ‘corner stone’ diukir di pintu masuk ke masjid untuk menandakan tarikh permulaan pembinaan masjid.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan Mesyuarat Tapak yang ke-13 telah berlangsung pada 14hb April 2014 yang dipengerusi oleh Dato Zakaria dan dihadiri oleh beliau sendiri yang mewakili masjid.
  • Sehingga tarikh mesyuarat itu 73% kerja pembinaan telah siap.
  • Lapisan dalaman (inner) untuk kubah telah siap dipasang. POST MESYUARAT - Kontraktor telah mula memasang lapisan luar (outer) kubah berwarna keemasan (gold) pada 24 April 2014.
  • JK Pembinaan menerima cadangan Prof Riza Atiq supaya menyemak semula pemasangan kipas helicopter di bawah kubah kerana menjimatkan kos operasi dalam jangka-panjang. POST MESYUARAT - Perbincangan dengan pembekal kipas helicopter telah dijalankan di tapak pada 20hb April, dan keputusan telah dibuat untuk menempah kipas tersebut.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.
JK Pembinaan ingin mengwar-warkan bahawa ahli kariah kini boleh memilih untuk menaja/sponsor perhiasan (cth tulisan khat) dan perkakasan lain (cth kipas).
PENTING: sebarang tulisan khat untuk masjid perlu mendapat kelulusan Pejabat Mufti Selangor

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 RM8 juta untuk struktur masjid dan RM1 juta untuk bina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 19 May, 04:40:24 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #40 on: 29 Apr, 10:03:30 AM »
Panjang lebar dan lengkap info yg diberi, terima kasih tuan... memang gaya excerpt dari otai 30 tahun dalam industri :laugh:

Maknanya ikut value sekarang memang masjid perlukan kos keseluruhan RM8 juta untuk siap... insyaAllah dapat tu tahun ni sama sama kita kumpul.... Dah abis buat masjid kita sambung buat kuarters pulak, satu satu perlahan-lahan...  8)
Saya bukan QS, sekadar penyumbang tenaga sedaya yang mampu..  :)

Komen dari YBhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan (Apr 26 at 10:56 PM) melalui email


Jawapan munasabah...kos hanya naik sikit..consumer price index dlm tempoh 5 th juga naik lebih 10%.
Abdul Rahman Hasan


« Last Edit: 07 Nov, 11:29:48 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #41 on: 19 May, 04:38:51 PM »

(Sumber: http://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/720447241344796/?type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM7,211,930.73 1 (setakat 30 April 2014) daripada kira-kira RM9,000,000.00 2  (RM8 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

JK Pembinaan telah bersetuju dengan cadangan membina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters) dengan kos tambahan maksimum RM1 juta.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-51 pada 4 Mei 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Apr 2014 = RM190,769.84 UPDATED
  • bulan Mac 2014 = RM348,560.57
  • bulan Feb 2014 = RM230,032.09
  • bulan Jan 2014 = RM309.516.06
Alhamdulillah, jumlah pungutan April ini MENGHAMPIRI SASARAN RM200,000 sebulan bagi menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,788,069.27 *(termasuk kuarters) lagi.


Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 RM8 juta untuk struktur masjid dan RM1 juta untuk bina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 18 Jun, 06:38:31 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Mei 2014
« Reply #42 on: 18 Jun, 06:43:52 PM »

(Sumber: https://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/736840236372163/?type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM7,409,766.91 1 (setakat 30 April 2014) daripada kira-kira RM9,000,000.00 2  (RM8 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

JK Pembinaan telah bersetuju dengan cadangan membina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters) dengan kos tambahan maksimum RM1 juta.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-52 pada 8 Jun 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Mei 2014 = RM164,890.12
  • bulan Apr 2014 = RM219,897.90 UPDATED
  • bulan Mac 2014 = RM348,560.57
  • bulan Feb 2014 = RM230,032.09
  • bulan Jan 2014 = RM309.516.06
Alhamdulillah, jumlah pungutan bulan April MELEBIHI SASARAN RM200,000 sebulan tetapi pungutan bulan Mei telah menurun.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,590,233.09 *(termasuk kuarters) lagi.


Sedikit perkembangan:
  • Mesyuarat dijalankan buat pertama kalinya dalam bangunan Masjid Al-Mustaqim di Bilik Tamu.
  • Pengerusi meluahkan rasa bimbang kerana melihat trend sumbangan semakin merosot. Sasaran kita RM200,000 sebulan.
  • Dato’ Zakaria memaklumkan Bangi Heights akan menyerahkan sumbangan RM400,000.00 pada pertengahan bulan Jun 2014. Beliau juga sudah menghubungi Dato’ Ng Eng Tee, Timb. Pengerusi UMLand Bhd untuk memohon dana tambahan sebanyak RM500,000.00, dan menaruh harapan ianya akan diluluskan.
  • Penggunaan pada Bulan Ramadhan dirasakan berisiko tinggi kepada keselamatan para jemaah dan kanak-kanak yang mengunjungi masjid sepanjang bulan itu, memandangkan bahan-bahan pembinaan masih terdapat di sekitar kawasan pembinaan. JK Pembinaan memutuskan untuk meletakkan sasaran penggunaan masjid adalah untuk solat Hari Raya Aidiladha. Wakil Persatuan Penduduk BSP (PPBSP) yang turut hadir ke mesyuarat juga tiada halangan dengan keputusan ini.
  • Dato Zakaria memaklumkan bahawa temujanji dengan MB tidak berjaya kerana pejabat MB tidak dapat memberikan tarikh untuk mengadakan pertemuan.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan sehingga kini masjid itu sudah 86% siap.
  • JK Pembinaan juga telah memutuskan beberapa perkara penting berkenaan kipas helikopter, pagar, grating longkang, mimbar, mehrab, markonaz dan bumbung skylight.
  • POST-MESYUARAT - JK Pembinaan dan ahli mesyuarat telah membuat lawatan ke dalam ruang masjid untuk melihat kerja-kerja pembinaan.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

JK Pembinaan ingin mengwar-warkan bahawa ahli kariah kini boleh memilih untuk menaja/sponsor perhiasan (cth tulisan khat) dan perkakasan lain (cth kipas).
PENTING: sebarang tulisan khat untuk masjid perlu mendapat kelulusan Pejabat Mufti Selangor

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 RM8 juta untuk struktur masjid dan RM1 juta untuk bina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 08 Sep, 04:40:00 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Hadith: Sedekah Paling Afdhal adalah pada bulan Ramadhan
« Reply #43 on: 17 Jul, 05:29:40 PM »
Sedekah Paling Afdhal - Tabung Pembinaan masih perlukan kira-kira RM1 juta, semua derma dikecualikan Cukai Pendapatan.. insyaAllah..

Maybank Islamic : 5628 3450 4024 | CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08 | Bank Islam : 1202 9010 0595 85 | BSN : 1016 041 0000 98234


https://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/751846121538241/?type=1&relevant_count=1

Sumber Hadith: Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai - http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=408&Itemid=48
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - 31 Ogos 2014
« Reply #44 on: 08 Sep, 06:42:33 PM »

(Sumber: https://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/780890121967174/?type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM8,574,967.43 1 (setakat 31 Ogos 2014) daripada kira-kira RM10,500,000.00 * 2  (RM9.5 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos penyempurnaan * Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.
1. RM9,500,000.00 - MASJID *
2. RM1,000,000.00 - KUARTERS (6 unit)
* Perkiraan semula mengambil kira kos pembinaan & kerja-kerja tambahan/fakad (V.O./facade) termasuk kelengkapan untuk operasi harian masjid.


Setiausaha melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-54 pada 27 Ogos 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Ogos 2014 = RM166,010.63 Post-mesyuarat: Bendahari mengemukakan penyata kewangan sehingga 31 Ogos.
  • bulan Jul 2014 = RM423,339.50
  • bulan Jun 2014 = RM568,986.86
  • bulan Mei 2014 = RM175,571.65 UPDATED
Alhamdulillah, jumlah pungutan sudah MENDEKATI SASARAN yang diperlukan. TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA/PENYUMBANG.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM925,032.57 *(tidak termasuk kuarters) lagi.


Sedikit perkembangan:
  • Mesyuarat ke-53 telah dijalankan pada 5 Ogos 2014 bagi membincangkan Laporan Akaun Tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bendahari menyatakan bahawa Laporan Penyata Kewangan sudah diaudit oleh Syarikat Audit bertauliah (Aftaas) dan salinan telah dihantar kepada LHDN. Pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ‘tangan ghaib’ yang membayar kos pengauditan sebanyak RM7,000.00.
  • Bendahari mengesahkan bahawa wang baki RM400,000 (daripada RM1 juta) telah dimasukkan ke dalam akaun Tabung Pembinaan Masjid oleh UMLand Bhd.
  • Mesyuarat bersetuju melantik wakil Surau Dahlia (Tn.Hj. Ahmad Yusof) untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil bagi meneliti keperluan/kelengkapan yang diperlukan bagi operasi harian masjid. JK Kecil ini akan membentangkan senarai kelengkapan (seperti perabot pejabat, almari, rehal, penyapu, alas kaki dll) pada mesyuarat yang akan datang untuk mendapat kelulusan. Tn.Hj. Ahmad Yusof juga telah diamanahkan untuk mendapatkan petugas selaku ‘siak’ dan sekurang-kurangnya 4 orang  pembersih masjid.
  • Ustaz Shamsul telah diamanahkan untuk mendapatkan imam dan bilal bagi menjalankan tugas sementara bermula pada 27hb September 2014. Jadual petugas akan dibentang pada mesyuarat yang akan datang.
  • YDP PPBSP Tn.Hj. Mazwan memaklumkan pasar malam akan diganjakkan sebaik saja masjid mula beroperasi pada hujung September ini, supaya ianya tidak menghalang pintu masuk ke masjid. Tapak tetap ialah di bahagian belakang kedai baru (KFC/Domino's/Thaqwa). Ini akan dilaksana sebaik saja tapak itu sudah diserah oleh pemaju kepada MPKj.
  • Mesyuarat ke-54 telah dijalankan pada 27 Ogos 2014 bagi membincangkan hal-hal berbangkit berkaitan dengan operasi masjid pada penghujung bulan September 2014 nanti.
  • Datuk Saian mengesyorkan supaya sepucuk surat ditulis kepada LHDN untuk menaikkan siling bagi pelepasan cukai di atas sumbangan dana, memandangkan kutipan dana sudah mencecah siling yang diluluskan oleh LHDN. Beliau juga mencadangkan supaya masjid mohon pelepasan cukai daripada LHDN bagi pengurusan masjid, yang akan dilakukan kemudian.
  • Ustaz Shamsul melaporkan ada 5 orang calon imam yang berminat untuk menjawat jawatan imam Masjid Al-Mustaqim. Ada dua orang hafiz al-Quran, dan seorang johan tilawah peringkat antara guru. Jawatankuasa telah memberi amanah kepada Ustaz Shamsul untuk membuat penilaian serta memilih dua orang yang paling sesuai untuk menjawat jawatan imam sementara, bermula apabila masjid mula beroperasi hujung September 2014.
  • [Ustaz Shamsul juga telah mengemukakan 3 orang calon bilal. Seorang calon tidak bekerja dan dianggap lebih sesuai untuk menjawat jawatan sepenuh masa. Jawatankuasa juga menyerahkan kepada Ustaz Shamsul untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya.
  • Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Tn.Hj. Ahmad Yusof dan Tn.Hj. Anwar yang sukarela bersetuju untuk menjadi siak sementara.
  • Tn.Hj. Ahmad Yusof telah mengemukakan senarai kelengkapan bagi keperluan operasi masjid. Mesyuarat bersetuju perkara yang diperlukan segera ialah peti besi chubb, tabung bergerak, selipar bilik air, tong sampah dan alas kaki getah selain beberapa item yang diperlukan mengikut keutamaan, sementara yang lain akan dibekal kemudian. Pengerusi mohon supaya mendapat sebutharga bagi setiap perkara yang disenaraikan bagi memudahkan penduduk mewakafkanitem-item berkenaan.
NOTA: Jawatan Imam & Bilal ini adalah BERSIFAT SEMENTARA sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS untuk jawatan tetap (dan tertakluk kepada prosedur/pemilihan oleh JAIS), kerana sebahagian daripada gaji mereka akan ditanggung oleh pihak JAIS nanti.

Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan sehingga kini kerja-kerja untuk struktur bangunan masjid dan akitektural sudah siap sebanyak 99%.
  • Kerja berbaki melibatkan kerja-kerja infra sebanyak 72%. Kerja-kerja yang masih tertangguh melibatkan kerja infra iaitu kerja premix, pembinaan pagar, longkang dan kerja-kerja yang berkaitan dengan kelulusan Syabas. Kontraktor telah memberikan komitmen bahawa kerja-kerja berbaki dapat disiapkan sepenuhnya sebelum tarikh penyerahan kunci kepada Jawatankuasa pada penghujung September ini.
  • Kos anggaran penyempurnaan kompleks masjid (V.O. & facade) termasuk kuarters kini dianggarkan sebanyak RM10.5 juta. Pengiraan semula kos dilakukan setelah didapati keperluan/requirement asal (yang mementingkan mencapai KOS MINIMA) tidak berpadanan dengan keadaan bangunan masjid dan penyelenggaraan realistik. Kontrak pembinaan merangkumi struktur masjid dan infrastruktur asas sahaja, tanpa kelengkapan/keperluan operasi masjid.
POST-MESYUARAT - Alhamdulillah, pada 6 Sept 2014 kita terima RM500,000 lagi daripada Pemaju Bangi Heights utk pembinaan masjid kita. Sumbangan diterima oleh Datuk Dr. Abdul Rahman (Pengerusi) & Dato' Zakaria (Ketua JK Dana). Jumlah keseluruhan sumbangan UMLand & BHSB menjadi RM1.5 juta. Jutaan terima kasih dari kami semua.



Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan ingin mengwar-warkan bahawa ahli kariah kini boleh memilih untuk menaja/sponsor perhiasan (cth tulisan khat) dan perkakasan lain (cth kipas).
PENTING: sebarang tulisan khat untuk masjid perlu mendapat kelulusan Pejabat Mufti Selangor

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM500,000 dari Bangi Heights yang diterima pada 6 Sept 2014
2 RM9.5 juta untuk struktur masjid dan RM1 juta untuk bina 6 unit rumah pegawai masjid (kuarters).

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 29 Sep, 10:48:16 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need