Author Topic: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim  (Read 32359 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
(Sumber: https://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/792232527499600/?type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM9,185,733.51 1 (setakat 25 Sept 2014) daripada kira-kira RM10,500,000.00 * 2  (RM9.5 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos penyempurnaan * Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

Setiausaha melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-56 pada 27 Sept 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Sept 2014 = RM616,597.73 (sehingga 25 Sept 2014)
  • bulan Ogos 2014 = RM154,353.50 UPDATED
  • bulan Julai 2014 = RM423,339.50
Alhamdulillah, jumlah pungutan sudah MENDEKATI SASARAN yang diperlukan TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA/PENYUMBANG.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM314,266.49* lagi (tidak termasuk kuarters).


Sedikit perkembangan:
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan ke-56 dijalankan buat pertama kalinya dalam dewan solat Masjid Al-Mustaqim.
  • Ahli Mesyuarat JK Pembinaan Masjid hari ini diperkenalkan dengan bakal imam dan bilal yang telah melepasi temuduga Ustaz Syamsul selaku pengelola pemilihan.
  • Mesyuarat juga mendapat makluman terkini daripada Dato' Zakaria tentang perkembangan dari Mesyuarat Tapak pada hari sebelumnya. Menurut beliau, kontraktor telah memberi jaminan bahawa pembinaan akan siap sepenuhnya pada 30 Sept 2014.
  • Mesyuarat juga bersetuju bahawa satu Majlis Kesyukuran akan diadakan pada 1 Okt 2014, dengan bermulanya Solat Maghrib di Masjid. Setiausaha mengedarkan poster jemputan untuk diwar-warkan kepada semua surau di BSP.
  • Setiausaha juga telah mula menggantung banner makluman program Majlis Kesyukuran (1 Okt) dan Solat Aidil Adha (5 Okt) dipimpin oleh Ustaz Dr. Muhammad Farid Ravi di sekitar BSP.
  • Tn. Hj. Abdul Rani membentangkan aturcara Program Korban 1435H Masjid Al-Mustaqim pada 5 Okt 2014 nanti.
  • Mesyuarat ke-55 telah dijalankan pada 13 Sept 2014 bagi membincangkan Hal-hal Berkaitan Operasi Masjid Bermula 1 Okt 2014.
  • Bendahari mengesahkan bahawa wang RM500,000 telah dimasukkan ke dalam akaun Tabung Pembinaan Masjid oleh Bangi Heights Sdn. Bhd. pada 8 Sept 2014.
  • Setiausaha melaporkan bahawa beliau telah menghubungi Ustaz Hanifuddin Roslan, kadhi di JAIS Bangi mengenai kebenaran mendirikan solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim. Surat permohonan kita sudah dipanjangkan ke JAIS Shah Alam, dan keputusan akan dibuat dalam mesyuarat JAIS pada bulan Oktober ini kelak.
  • Kadhi juga telah merestu dan mengizinkan kita mendirikan solat rawatib dan solat Hari Raya Aidiladha di masjid ini.
  • Mesyuarat menerima cadangan menganjurkan solat syukur pada malam pertama solat berjemaah didirikan di Masjid Al-Mustaqim. Tarikhnya akan ditentukan kemudian.
  • Untuk meraikan solat Hari Raya Aidiladha yang sulong di masjid baru ini pada 5hb Oktober, Pengerusi Surau Assyakirin, Surau Dahlia dan Surau Al-Mustaqim Vista tidak akan mendirikan solat Hari Raya Aidiladha di surau masing-masing.
  • Dato' Zakaria memaklumkan bahawa ibadah korban akan dilaksanakan di Masjid Al-Mustaqim selepas solat Hari Raya Aidil Adha. Ada dua ekor lembu akan ditumbangkan. Bayaran satu bahagian RM550.00, dan sehingga kini sudah ada penyertaan yang mencukupi.
  • Tn. Hj. Abdul Rani (pengerusi Surau Assyakirin) mengesyorkan 3 ekor lembu dari Surau Assyakirin akan dibawa ke masjid untuk menyertai ibadah korban.  Jumlah lembu yang dikorbankan 5 ekor.
  • Tn. Hj. Abdul Rani telah dilantik untuk mempengerusi JK Kecil Korban Masjid Al-Mustaqim. Mana-mana AJK yang berminat dipelawa untuk menyertai JK Kecil ini sebagai petugas.
  • Dato' Zakaria mengemukakan hasrat SMK Bandar Seri Putra untuk mendirikan solat hajat bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 serta ibu-bapa mereka pada 9hb Oktober (malam Jumaat) di Masjid Al-Mustaqim. JK menerima hasrat ini, dan mohon supaya pihak sekolah menyediakan program terperinci bagi memudahkan pihak masjid menyelaraskannya.
  • Berhubung dengan pasar malam Hj Mazwan bersetuju dengan cadangan supaya pasar jualan barangan kering diletak di luar kawasan masjid dan pasar barangan basah dipindah jauh dari kawasan masjid bagi mengelakkan bau busuk.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan sehingga kini masjid itu sudah 99% siap.
  • Tn. Hj. Zakaria Salleh melaporkan bahawa status pembinaan struktur masjid adalah 100% siap, manakala luaran fizikal pada 90% dan sedang disiapkan, iaitu: pagar, premix (turap) parkir, longkang dan bumbung skylight.
  • Kelulusan daripada TNB, Telekom dan Syabas sudah diperolehi pada tarikh mesyuarat ke-55.
  • PA sistem sudah dipasang dan ‘mega testing’ sedang dilakukan dari semasa ke semasa bermula dari tarikh mesyuarat ke-55.
  • Carpet pentas/pelantar di bawah bumbung skylight (tempat ahli suffah) berharga RM15,000.00, dan ada hamba Allah yang menaja kos carpet ini.
  • Dato' Zakaria melaporkan bahawa kontraktor Gabungmas masih berminat dengan projek pembinaan rumah pegawai masjid. Beliau mencadangkan supaya 9 unit rumah dibina dalam 3 tingkat. Dua tingkat yakni 6 unit adalah rumah imam, bilal dan siak, dan 3 unit di tingkat atas adalah rumah studio, yakni satu bilik lengkap dengan bilik air, dapor dan ruang makan. Ini bertujuan untuk dijadikan rumah tetamu seperti imam Ramadhan yang diimpot ataupun sebagai rumah guru tahfiz (bila perlu).
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


1. RM9,500,000.00 - MASJID *
2. RM1,000,000.00 - KUARTERS (6 unit)
* Perkiraan semula mengambil kira kos pembinaan & kerja-kerja tambahan/fakad (V.O./facade) termasuk kelengkapan untuk operasi harian masjid.


JK Pembinaan ingin mengwar-warkan bahawa ahli kariah kini boleh memilih untuk menaja/sponsor perhiasan (cth tulisan khat) dan perkakasan lain (cth kipas).
PENTING: sebarang tulisan khat untuk masjid perlu mendapat kelulusan Pejabat Mufti Selangor

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 11 Nov, 01:04:50 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - 31 Okt 2014
« Reply #46 on: 11 Nov, 01:15:00 PM »

(Sumber: https://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/815897621799757/?type=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM9,354,402.20 1 (setakat 31 Okt 2014) daripada kira-kira RM10,500,000.00 * 2  (RM9.5 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos penyempurnaan * Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

Setiausaha melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan/Pengurusan ke-60 pada 7 Nov 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Okt 2014 = RM136,777.26
  • bulan Sept 2014 = RM648,279.16   UPDATED
  • bulan Ogos 2014 = RM154,353.50
Alhamdulillah, jumlah pungutan sudah MENDEKATI SASARAN yang diperlukan TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA/PENYUMBANG.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,145,597.80* lagi (termasuk kuarters).


Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan (Rumah Pegawai) Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha semua warga Bandar Seri Putra ke arah memperkasakan Syiar Islam dalam kariah kita.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


1. RM9,500,000.00 - MASJID *
2. RM1,000,000.00 - KUARTERS (6 unit rumah + 4 unit Apartmen Studio)
* Perkiraan semula mengambil kira kos pembinaan & kerja-kerja tambahan/fakad (V.O./facade) termasuk kelengkapan untuk operasi harian masjid.


Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
Blog Rasmi Masjid Al-Mustaqim - Kelulusan LHDN (Pengecualian Cukai) untuk Tabung Pembinaan Masjid - 8 Disember 2011

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 12 Nov, 05:00:33 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need