Author Topic: Siapakah AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra?  (Read 5449 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Salam,

Saya ingin kongsikan soalan-soalan berkenaan AJK Pembinaan yang sampai kepada mailbox saya melalui email di sini:


Quote
To: bspinduk@yahoogroups.com
From: fais****2***@yahoo.com
Date: Sun, 17 Oct 2010 22:38:45 +0000
Subject: Re: [bspinduk] Fwd: Hubungi Kami [#22]

Salam, saya juga turut ditanya oleh jiran dan sahabat handai mengenai soalan yg sama dan dah puas berbincang di kalangan kawan2 dan sampai timbul kesangsian di kalangan kami, apakah masalah sebenar untuk memberikan jawapan kepada masalah atau soalan yg ditanyakan di sini? Kalau jawatankuasa penaja benar2 jujur dan telus dlm kerja amal ibadah sebegini, bertindaklah segera terhadap persoalan kariah di sini. Berikan perincian kpd soalan yg ditanya. Jangan hanya mendiamkan diri. Diharap Tn Hj Yusof selaku Pengerusi Induk boleh membantu dlm memperjelas perkara ini kpd org ramai (Selaku bekas AJK Persatuan Penduduk, saya pun dah pening nak jwb soalan drp bakal penderma dan saya akui smua pihak wajib dimaklumkan mengenainya. Walaupun dlm bentuk e-mel dan disiarkan di sini). T.kasih. Wassalam.

Quote
Name
Is****** H****

Email
is*****@gmail.com

Komen/Cadangan

Salam,

Saya ingin menderma untuk tabung pimbinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP. Cuma pertanyaan saya seperti berikut:

1. Siapa ahli jawatan kuasa untuk pembinaan masjid tersebut
2. Berapakah peruntukkan & status kewangan terkini
3. Bilakah jangka masa pembinaan akan dimulakan

terima kasih
 
Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 19 Oct, 05:27:56 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Salam,

Saya ingin kongsikan soalan-soalan berkenaan AJK Pembinaan yang sampai kepada mailbox saya melalui email di sini:


Quote
To: bspinduk@yahoogroups.com
From: fais****2***@yahoo.com
Date: Sun, 17 Oct 2010 22:38:45 +0000
Subject: Re: [bspinduk] Fwd: Hubungi Kami [#22]

Salam, saya juga turut ditanya oleh jiran dan sahabat handai mengenai soalan yg sama dan dah puas berbincang di kalangan kawan2 dan sampai timbul kesangsian di kalangan kami, apakah masalah sebenar untuk memberikan jawapan kepada masalah atau soalan yg ditanyakan di sini? Kalau jawatankuasa penaja benar2 jujur dan telus dlm kerja amal ibadah sebegini, bertindaklah segera terhadap persoalan kariah di sini. Berikan perincian kpd soalan yg ditanya. Jangan hanya mendiamkan diri. Diharap Tn Hj Yusof selaku Pengerusi Induk boleh membantu dlm memperjelas perkara ini kpd org ramai (Selaku bekas AJK Persatuan Penduduk, saya pun dah pening nak jwb soalan drp bakal penderma dan saya akui smua pihak wajib dimaklumkan mengenainya. Walaupun dlm bentuk e-mel dan disiarkan di sini). T.kasih. Wassalam.

Quote
Name
Is****** H****

Email
is*****@gmail.com

Komen/Cadangan

Salam,

Saya ingin menderma untuk tabung pimbinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP. Cuma pertanyaan saya seperti berikut:

1. Siapa ahli jawatan kuasa untuk pembinaan masjid tersebut
2. Berapakah peruntukkan & status kewangan terkini
3. Bilakah jangka masa pembinaan akan dimulakan

terima kasih


Jawapan nya dah ada dalam posting J4a yang terdahulu..cuma AJK untuk pembinaan tak dinyatakan..tapi, perlukah kita nak tahu siapa mereka itu?? Biarlah mereka ikhlas dalam menjalankan kewajipan yang di amanahkan....

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
masalah dulu ialah kerana tidak ada update... atau lebih tepat tak tahu apa perkembangan masjid

tapi la ni dah bagiuhhhhh... bro jabbar dah buat facebook dan update sini... siap ada graph sekali

so harapnya sekarang pegawai seranta boleh update selalu.

yang baca pulak... takkan baca jer.... hulur2lah barang rm50 selama 20 bulan

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Salam,

Saya sebagai Pegawai Penerangan yang ditugaskan oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra secara jujur, telus dan ikhlas menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Secara asasnya, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merupakan warga BSP yang ingin melihat kewujudan sebuah masjid untuk warga BSP. Sejak saya mula menghadiri Mesyuarat atas pelawaan Pemeriksa Kira-kira 1 (Pak Aziz)  pada tahun 2009, pengerusi-pengerusi surau dan Persatuan Penduduk skim-skim perumahan (termasuk Taman Impian Putra) telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat JK Pembinaan yang diadakan sebulan sekali. Lokasi mesyuarat diadakan adalah di surau-surau sekitar BSP dan TIP secara giliran.

Quote
Assalamulaikum WBT.

Terima kasih atas  keperihatinan saudara/ri terhadap projek pembinaan masjid kita.  Saya selaku pengerusi terpanggil untuk menjawap persoalan yang dikemukakan dan dengan harapan kita sama-sama membantu merialisasi hasrat murni  penduduk seri putra.  Mudah-mudahan Allah Taala merestui cita-cita kita bersama.

Daripada aspek-tadbir urus:  Projek ini dibawah jawatankuasa pembinaan masjid yang dipengerusikan oleh saya dan ahlinya ialah semua pengerusi surau di BSP serta pengerusi jawatankuasa penduduk (jika surau tidak terdapat di taman2 berkaitan) dan orang perseorangan yang dilantik oleh AJK dari masa ke masa.

Sepatutnya ahli kariah boleh mendapatkan apa-apa makluman berkaitan kemajuan pembinaan masjid kita daripada AJK yang dilantik mengikut kariah masing-masing.

Untuk makluman kita dalam peringkat meningkatkan publisiti supaya derma datang mencurah-curah.  Lagi cepat derma datang lagi cepat kita dapat bina masjid.  Kos dijangka RM 7 juta.

INGAT LAH HARI INI KITA BERUSAHA MEMBINA RUMAH ALLAH, INSYALAH DI SYURGA NANTI ALLAH AKAN MEMBINA MAHLIGAI UNTUK KITA.

Salam- sila call me jika ingin maklumat lanjut

Dr. Haji Abdul Rahman Hasan
tel:603-88889252/603-88857070
hp:019-6655487
fax:603-88889253

Saya lampirkan Senarai AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim yang hadir mesyuarat pada bulan Jun 2010. Senarai ini telah dicetak dalam Buku Cenderahati Forum Perdana Ehwal Islam pada 26 Jun 2010 yang lalu. Nama-nama dalam senarai ini tidak tetap kerana kadangkala Surau-surau dan Persatuan Penduduk Skim-skim Perumahan akan menghantar wakil yang berbeza ketika mesyuarat bulanan JK Pembinaan Masjid. Sila lihat senarai AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim di sini:



Sila lihat Timeline Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra di sini:

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs765.snc4/66576_121846117871581_120427501346776_135867_5100564_n.jpg (telah saya post-kan dalam topic lain, tak perlu diulang post)

Baru-baru ini JK Pembinaan telah meluluskan untuk mewujudkan laman Facebook sebagai satu lagi wadah untuk memberitahu komuniti online BSP tentang maklumat terkini Masjid. Saya sedang update laman FB dengan maklumat rasmi (surat-surat MAIS & JAIS) dan terkini yang saya perolehi. Mohon tuan-tuan yang mempunyai akaun FB dapat melayari laman facebook berikut:

http://www.facebook.com/pages/Masjid-Al-Mustaqim-BSP/120427501346776 (Surat2 tersebut juga telah saya post-kan dalam topic lain)

Saya juga mempelawa tuan-tuan yang mengalami kemusykilan tentang Masjid supaya melayari laman web berikut yang telah diwujudkan lebih awal untuk melihat versi digital surat-surat kebenaran/kelulusan MAIS dan JAIS :

http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html

Di situ anda akan dapat menatap maklumat berkenaan Masjid Al-Mustaqim seperti graf kutipan derma sehingga bulan Mei 2010 dan Perspective Drawing Design Masjid. Laman web ini merupakan inisiatif dari Prof. Ir Dr Riza Atiq Abdullah, salah seorang AJK Pembinaan.

Setelah mendapat mandat dari JK Pembinaan sebagai Pegawai Penerangan, saya telah mula menjawab persoalan dari ahli kariah di Forum Putra-Mahkota.com melalui topik Masjid Bandar Seri Putra:

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?board=71.0

Pada 14 Januari saya telah menghebahkan ketiga-tiga nombor akaun lengkap Tabung Derma Masjid Al-Mustaqim di Forum Putra-Mahkota.

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3279.0

Bertindak atas keperluan menghebahkan nombor-nombor akaun tersebut secara fizikal, pihak JK Pembinaan Masjid telah menempah dan menggantung 8 banner yang tertera nombor akaun masjid bersama-sama lakaran perspektif design masjid di semua surau di BSP dan di SKBSP serta SRABSP. Versi digital banner tersebut juga telah saya hebahkan kepada laman blog surau dan skim perumahan BSP yang saya ketahui, sila lihat di sini:

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs512.snc3/26899_1383046850098_1049777723_31143603_722027_n.jpg (telah saya post-kan dalam topic lain, tak perlu diulang post)

Di samping itu, pihak JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim telah mengadakan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2009-2010:
  • Gotong-royong membersihkan tapak masjid sebanyak 2 kali, terakhir pada 26 Jun 2010
  • Forum Perdana Ehwal Islam pada malam 26 Jun 2010, yang juga menempatkan booth pameran Masjid Al-Mustaqim. JK Pembinaan juga telah menghebahkan program melalui edaran handbill ke setiap rumah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Skim Perumahan masing-masing.

Buku program Forum Perdana juga telah diedarkan kepada SEMUA yang hadir (anggaran 300 orang) yang mengandungi senarai lengkap (setakat tarikh itu) Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim. Sila lihat Banner hebahan, artikel laporan program, gambar dan klip video di sini:

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=4811.0

Bersama-sama email ini saya kepilkan Senarai AJK Penganjur Forum Perdana kepada tuan-tuan yang tidak berkesempatan untuk hadir dalam program-program anjuran JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada tahun ini:



Saya sebagai ahli kariah yang diberi tugas untuk menghebahkan maklumat tentang Masjid Al-Mustaqim kepada kariah mengakui usaha hebahan ini masih lagi belum selengkapnya merangkumi KESEMUA ahli kariah masjid. Oleh itu saya mohon tuan-tuan dapat forward (copy paste) email ini kepada semua rakan-rakan ahli kariah Masjid Al-Mustaqim BSP bagi pihak saya.

Saya akan mencadangkan kepada JK Pembinaan Masjid supaya diadakan satu sesi fotografi pada mesyuarat akan datang supaya gambar semua AJK dapat dimuatkan ke dalam Laman FB Masjid Al-Mustaqim dan pautannya dapat dihebahkan kepada semua blog/forum/laman web surau dan skim perumahan BSP sebagai satu usaha untuk pihak kariah dapat mengenali siapakah AJK Pembinaan Masjid.

Sekian, terima kasih.

Bagi Pihak JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP

Pegawai Penerangan
  
Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 07 Jun, 04:54:58 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

syarif

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 101
  • Gender: Male
  • Agent BIOBAX Cool Teraphy 013-6079950
mudah-mudahan masjid BSP akan terbina sedikit masa lagi ...:)...kesian jugak,sampai penderma2 pun dah sangsi...walau apapun speperkara yang perlu kita ingat...bukan mudah juga nak menguruskannya....InsyaAlloh sama2 kita membantu...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Bagi saya tak ada kesangsian... cuma nak tahu apa perkembangan terkini. Since Jabbar dah update selalu kat sini, dah tak ada isulah.

mudah-mudahan masjid BSP akan terbina sedikit masa lagi ...:)...kesian jugak,sampai penderma2 pun dah sangsi...walau apapun speperkara yang perlu kita ingat...bukan mudah juga nak menguruskannya....InsyaAlloh sama2 kita membantu...

syarif

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 101
  • Gender: Male
  • Agent BIOBAX Cool Teraphy 013-6079950
Maafla klo tersalah kate...:)

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Dari Papan Notis Masjid: Senarai nama Ahli Jawatankuasa Pembinaan/Pengurusan dan Pegawai-pegawai Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra

Pegawai Penerangan
Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


Lihat senarai MUTAKHIR di bawah
« Last Edit: 23 Dec, 04:19:00 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Dari Papan Notis Masjid: Senarai MUTAKHIR nama Ahli Jawatankuasa (pro tem) Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra dan Pegawai-pegawai Masjid.

Senarai ini digunakan untuk proses pendaftaran masjid dengan JAIS & MAIS.

Pegawai Penerangan
Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


NOTA: Senarai telah dikemaskini, sila lihat Carta Organisasi di bawah.
« Last Edit: 17 Mar, 11:33:21 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Carta Organisasi Jawatankuasa Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra 2015/1436H



Sumber: http://www.facebook.com/MasjidBSP/photos/a.120435738012619.19392.120427501346776/883061085083410/?type=1
« Last Edit: 20 Mar, 11:17:39 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need