Author Topic: Perkembangan terbaru berkaitan pembinaan Masjid At-Taqwa,bdr bukit mahkota...  (Read 11127 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

eytaidil

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 37
Saya ingin mengetahui apakah nama pemegang akaun bank islam untuk kutipan tabung pembinaan Masjid ini. ini kerana terdapat masalah ketika ingin mengunakan sistem perbankan elektronik. Saya adalah pengguna cimb clicks. Sekiranya saya menggunakan perkataaan At- Taqwa sebagai nama akaun untuk proses pemindahan wang, cimb tidak akan terima kerana adanya tandaan "-". Harap ada diantara rakan2 yg boleh membantu

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504

assalamualaikum,berikut adalah jawapan & permintaan daripada bendahari jawatankuasa pembinaan masjid at-taqwa':

Waalaikumussalam,

Terima kasih kepada yang bertanya.

Sekiranya CIMB tidak dapat menerima penggunaan tanda sempang (-), maka sambungkan sahaja ejaan itu, iaitu kepada ATTAQWA. InsyaAllah mujarab.

Atas kesempatan ini, saya menyeru agar mendapat komitmen daripada sekurang2nya 100 individu di Bukit Mahkota ini untuk menderma RM 100 sebulan. Jika  tak dapat pun, RM 50 pun jadilah. sebab kita cuba nak sasarkan sekurangnya RM 5000 sebulan. agar dalam setahun kita boleh mengumpul sehingga RM 120,000. yang nak derma seringgit, sekupang, lima duit pun kita terima juga. yang tak beri komitmen pun kita terima juga insyaAllah. terletak kepada kemampuan dan keikhlasan juga akhirnya.

STK.

Bendahari
J/K Pembinaan Masjid At-Taqwa
Bandar Bukit Mahkota

anjungsuri

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 11
Assalamualaikum.. mungkin sekadar pendapat sahaja..

Mungkin boleh dihebahkan pada pengguna FACEBOOK atau TWITTER dengan mewujudkan Group Facebook Massjid At Taqwa..

Mana tahukan ada hamba Allah yang lain nak menderma.. Terima kasih..

Jundullah_232

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 904
  • Gender: Male
Assalamualaikum.. mungkin sekadar pendapat sahaja..

Mungkin boleh dihebahkan pada pengguna FACEBOOK atau TWITTER dengan mewujudkan Group Facebook Massjid At Taqwa..

Mana tahukan ada hamba Allah yang lain nak menderma.. Terima kasih..

Setuju sangat tu.. Cumanya nama tu kene letak Bukit Mahkota sebab mesjid at taqwa dan ada banyak

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
salam. boleh tak jumlah kutipan bulanan pembinaan Masjid At-Taqwa diupdate dalam forum ini setiap bulan? juga usaha-usaha promosi dan publisiti diperhebatkan umpamanya flyers ke setiap rumah setiap bulan. saya yakin lambat laun ramai yang akan mula sedar akan pentingnya peranan masjid dalam pembentukan komuniti masyarakat. jika diamati jumlah rumah yang terdapat di BBM ni mungkin mencecah 1,000 buah (I stand corrected). jika sebuah rumah menyumbang Rm50 sebulan, dalam setahun jumlah kutipan adalah RM600k. dalam masa 3 tahun, Insya-Allah impian kita dapat direalisasikan. wassalam.

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Saya ingin mengetahui apakah nama pemegang akaun bank islam untuk kutipan tabung pembinaan Masjid ini. ini kerana terdapat masalah ketika ingin mengunakan sistem perbankan elektronik. Saya adalah pengguna cimb clicks. Sekiranya saya menggunakan perkataaan At- Taqwa sebagai nama akaun untuk proses pemindahan wang, cimb tidak akan terima kerana adanya tandaan "-". Harap ada diantara rakan2 yg boleh membantu

assalamualaikum,berikut adalah jawapan & permintaan daripada bendahari jawatankuasa pembinaan masjid at-taqwa':

Waalaikumussalam,

Terima kasih kepada yang bertanya.

Sekiranya CIMB tidak dapat menerima penggunaan tanda sempang (-), maka sambungkan sahaja ejaan itu, iaitu kepada ATTAQWA. InsyaAllah mujarab.

STK.

Bendahari
J/K Pembinaan Masjid At-Taqwa
Bandar Bukit Mahkota

bernas...

carlamms

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 227
  • Gender: Male
ade apape latest update ttg masjid kite..  ???
rasenye dah lame da thread ni d dasar..  ::) ::) ::)
TvT166..

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
assalamualaikum,

Dikongsikan perkembangan terbaru berkaitan pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota:

1) Memorandum agar peruntukan kewangan untuk projek masjid at-taqwa disegerakan telah diserahkan kepada Pengarah JAIS, YB ADNS Bangi, Dr Shafie Abu Bakar merangkap pembantu Exco Hal Ehwal Islam Selangor.
2) Memohon sumbangan MPkj untuk bersihkan tapak masjid. Alhamdullilah,sebanyak 40tan "cruser run" telah disumbangkan bagi tujuan pembersihan tersebut.
3) Aktiviti "car boot sales " dengan kerjasama penganjur goodscycle : http://goodscycle.wordpress.com berjaya dijalankan sebanyak 2 kali yang bertujuan untuk mencari dana masjid disamping menerangkan secara langsung perkembangan terbaru berkaitan masjid. Aktiviti car boot sales ini akan diteruskan utk kali ke-3 pada 04-11-2012. Jom sama-sama kita membeli sambil menderma.
4) Pada 16.10.2012 ~ 17.10.2012,pihak JK Pembinaan Masjid telah menyewa case backhaul untuk membersihkan tapak masjid tersebut.hampir 60% tapak masjid berjaya dibersihkan.
5) Kutipan dana masjid setakat Sept2012 adalah sebanyak RM162,000.
6) Sumbangan ikhlas anda semua amatlah dialu-alukan.
7) Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar pembinaan masjid at-taqwa dapat disegerakan.
8) Tahniah diucapkan kepada JK pembinaan masjid al-mustaqim,bdr seri putra diatas permulaan progres fasa-1 masjid tersebut.

sekian.wassalam.

Ikhlas berusaha kerana Allah,

Penerangan,
JK Pembinaan Masjid At-Taqwa,
Bdr Bukit Mahkota.

5) Insya-allah,

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
alhamdullilah, JK Pembinaan Masjid AT-taqwa,bdr bukit mahkota telah bermesyuarat pada hari khamis/29-11-2012 jam 10.00mlm di Surau Al-Buhairah,seksyen 6,bdr bukit mahkota.
Dikongsikan maklumat berkaitan perkembangan terkini status masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota.

1) Memorandum desakan segerakan pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota dibawah RMK10.
    - Timbalan pengerusi, sdr Hj kamal bersama setiausaha,sdr junaidi telah ke pejabat JAIS untuk bertemu dengan Pengarah JAIS, Tuan Haji Mazuki, namun tidak dapat berjumpa dengan beliau disebabkan kesibukan tugas.
   
    - Surat maklumbalas daripada JAIS sepertimana lampiran masih belum ada sebarang tarikh yang ditetapkan bila projek masjid at-taqwa, bdr bukit mahkota ini akan bermula.

   - Sepertimana yang dimaklumkan oleh MB semasa sidang DUN Selangor ini, kelewatan pembangunan masjid disebabkan kelewatan memangil tender.Beliau juga menyatakan perancangan kerajaan negeri untuk membina 2 buah masjid bagi setiap daerah setiap tahun dengan peruntukan kewangan berhemah iaitu sebanyak RM6 juta.(rujukan: http://www.selangorku.com/?p=19142) :)

   - langkah susulan JK pembinaan masjid adalah membuat  temujanji  untuk bertemu dengan Pengarah JAIS, Ust Fitri & Sdr Rosli  bagi mengetahui sejauh mana permohonan pembinaan masjid buat masa ini.

2) Laporan kewangan terkini setakat 31 Oktober 2012 : RM178,048.85 (sila rujuk lampiran)

3) Pembersihan tapak masjid & penyediaan tapak gerai sementara
   - Alhamdullilah, kerja-kerja pembersihan tapak masjid telah dilakukan pada bulan Oktober 2012.
   - Pihak JK pembinaan masjid at-taqwa juga telah mendapat kebenaran daripada JAIS untuk membuka gerai sementara ditapak masjid sementara menanti pembinaan masjid dimuktamadkan(sila lihat lampiran)
   - Susulan itu, kebenaran diberikan kepada penganjur goodscycle (http://goodscycle.wordpress.comuntuk membuat aktiviti "car boot sales". Sebanyak 4 x aktiviti ini telah dijalankan. Sumbangan daripada aktiviti ini akan digunakan bagi tujuan pembersihan tapak masjid & tapak gerai sementara ini.
   - Pihak pemaju juga telah memberikan sumbangan batu "paver block" sebanyak 61 plalet bersamaan 25,000 biji.
   -Mesyuarat bersetuju untuk membentuk JK kecil bagi tujuan pembersihan tapak masjid & gerai sementara ini.

4) Lanjutan kebenaran untuk kutipan derma khairat..sedang diusahakan oleh JK Masjid At-taqwa,bdr bukit mahkota.

5) Blog masjid at-taqwa http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/perlu diperkemaskini dari masa ke semasa. Penerangan perlu dipertingkatkan bagi memaklumkan status terkini berkaitan projek masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota.

6) Mesyuarat juga meluluskan agar sumbangan tetap RM50 sebulan setiap rumah adalah perlu bagi dana masjid at-taqwa. Disamping itu, surat permohonan sumbangan juga perlu dihantar kepada syarikat-syarikat korporat muslim.

7) Mesyuarat dimaklumkan aktiviti KASIH2012http://kayuh4amal.wordpress.com adalah salah satu aktiviti mencari dana masjid. Sokongan semua amatlah digalakkan.

8) Semoga usaha ini mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak khasnya warga bukit mahkota untuk merealisasikan hasrat kita agar masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota dapat dibina dengan segera. Insya-allah.

sekian.
Dilaporkan oleh JK penerangan,
JK Pembinaan Masjid At-Taqwa,
Bdr Bukit Mahkota.

« Last Edit: 03 Dec, 05:05:40 PM by zul »

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
   - Sepertimana yang dimaklumkan oleh MB semasa sidang DUN Selangor ini, kelewatan pembangunan masjid disebabkan kelewatan memangil tender.Beliau juga menyatakan perancangan kerajaan negeri untuk membina 2 buah masjid bagi setiap daerah setiap tahun dengan peruntukan kewangan berhemah iaitu sebanyak RM6 juta.(rujukan: http://www.selangorku.com/?p=19142) :)
 
kalau ikutkan, RM 6 juta setahun untuk 2 buah masjid, so satu masjid dapat peruntukan RM 3 juta... cuma nak kena check untuk tahun 2013 masjid di daerah mana yg akan dapat peruntukan tersebut....

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
RM6juta peruntukan utk sebuah masjid...JK pembinaan masjid at-taqwa telah dimaklumkan peruntukan RM6juta bagi keluasan tapak masjid minimum 3 ekar.
Dikongsikan salinan surat kelulusan JAIS utk pembinaan masjid at-taqwa pada 19 april 2010, pewartaan tanah bagi tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota pada 27.05.2010 untuk rujukan bersama..

shukri

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 46
  • I Love Putra Mahkota
Salamun alaik

Apa perkembangan terbaru pembinaan masjid at Taqwa di Bdr Bukit Mahkota?

wanzizou

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
  • Gender: Male
  • Zinedine Zidane
salam semua.. apa perkembangan terkini masjid kita ini..?.. mudahan segala usaha mendirikan masjid ini dipermudahkan Allah...aminn..

epis6666

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 48
  • I Love Putra Mahkota
Semekom,
ape status perkembangan terkini masjid at taqwa ni?

zull

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 262
Semekom,
ape status perkembangan terkini masjid at taqwa ni?

Semekom??? apa bende nyer tu???