Author Topic: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah  (Read 3609 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

shnook

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 3
Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« on: November 01, 2010, 11:26:40 PM »
Salam kepada semua,

saya memohon kepada sesiapa yang arif mengenai cadangan membina laluan pejalan kaki dan basikal bagi murid-murid sekolah. Jika kita lihat saban hari murid-murid menaiki kereta ke sekolah yang hanya dalam lingkungan 1-2km dari rumah. Ini adalah membazir dan boleh dielakkan jika tanah yang dikhaskan untuk pokok-pokok dibuat laluan tersebut. Selepas ini pada tahun 2011 sekolah menengah pula akan dibuka dan akan menyebabkan kesesakan lalulintas. Jadi ada baiknya kepada semua jiran-jiran yang mengetahui selok belok memohon laluan tersebut kepada pihak berwajib.

Saya juga lihat ada murid-murid yang menaiki basikal dan berjalan kaki sekarang tetapi ia amat merbahaya.

INA

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 188
  • Gender: Female
Re: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« Reply #1 on: November 02, 2010, 10:07:50 AM »
Saya sokong ...bolehlah anak saya berbasikal ke sekolah jimat sikit duit van... :D

Zairul ZnZ

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 18
  • Gender: Male
Re: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« Reply #2 on: November 02, 2010, 02:48:45 PM »
Setuju dengan cadangan di atas. Kadang2 waktu petang balik dari opis, tengok bebudak balik dari sekolah dengan berbasikal bahaya sekali terutama bila diorang nak melintas... sekurang - kurangnya jika ada laluan ni risiko kanak2 dan pengguna basikal lain dapat dikurangkan...
Jln BM 5/25,
Bandar Bukit Mahkota,
Bangi.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« Reply #3 on: November 02, 2010, 04:15:12 PM »
Salam,

Untuk makluman, Persatuan BSP Induk telah mengemukakan permohonan ke Bangi Heights dan MPKj untuk mengadakan 'pedestrian walk' (laluan pejalan kaki) di Bandar Seri Putra pada/selepas 18 Februari 2009 yang lalu. MPKj telah mengambil maklum namun tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga Bangi Heights. Saya tak dapat memberikan maklumat lebih lanjut kerana salinan surat dan minit mesyuarat telah "hilang" ketika saya format komputer beberapa bulan yang lalu.

Pegawai Penerangan
BSP Induk
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

terra2400

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 320
Re: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« Reply #4 on: November 03, 2010, 07:58:39 AM »
Wow...laluan pejalan kaki dan basikal di BSP...ini adalah impian besar dan sekiranya menjadi kenyataaan merupakan penarafan baru bagi BSP sebagai taman perumahan(bandar) yang sangat baik. Harga hartanah pasti akan naik.

Di Shah Alam laluan pejalankaki/basikal dibuat oleh MBSA, begitu juga sebahagian Subang Jaya dilaksanakan oleh MPSJ, di Bukit Jelutong, Setia Alam dilaksanakan oleh pemaju. MPKj !!!? .....terus terang saya tak nampak perkara ini berlaku dalam dekad ini.

Saya nampak yang boleh dilaksanakan oleh MPkj ialah jambatan untuk melintas jalan dihadapan SKBSP. Sori...realist sikit.... ::) ::) ::)
« Last Edit: November 03, 2010, 08:00:35 AM by terra2400 »

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« Reply #5 on: November 04, 2010, 12:47:21 PM »
perkara ini juga dah pernah dibawa ketengah dalam mesyuarat PIBG SK-BSP. Dan masa mesyuarat, dimaklumkan persatuan induk nak buat tindakan, so PIBG serahkan pada persatuan induk. Ini termasuk permohonan zebra crossing dihadapan sekolah. Yg ni saya tak pasti apa statusnya.

terra2400

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 320
Re: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« Reply #6 on: November 04, 2010, 04:32:11 PM »
Memang bagus tindakan awal dilakukan oleh PIBG, memohon zebra crossing (hitam putih) atau 'harimau crossing' (Malaysia guna hitam kuning).
Pengalaman lepas PBT ambil tindakan setelah berlaku kemalangan (minta dijauhkan) kerana kenderaan tak berdisiplin, PBT buat 'harimau crossing'.

Kemudian berlaku juga kemalangan (minta dijauhkan) kerana kenderaan tak berdisiplin, PBT tambah lampu isyarat samping 'harimau crossing'.

Kemudian berlaku juga kemalangan (minta dijauhkan) kerana kenderaan tak berdisiplin, PBT buat jejantas untuk pejalankaki. 

Tidak lama kemudian berlaku juga kemalangan (minta dijauhkan) kali ini kerana murid tak berdisiplin melintas jalan tak guna jejantas.

Saya tutup kes (I rest my case)  ::) ::) ::)

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Murid Sekolah
« Reply #7 on: November 04, 2010, 10:45:45 PM »
Kalau dapat buat laluan pejalan kaki tu, harapnya pokok-pokok tu taklah ditebang. Nanti laluan ada tapi tak ada orang guna sebab panas nak berjalan kali.

GO GREEN...  ;D