Author Topic: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah  (Read 6172 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

motek

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 17
Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« on: November 12, 2010, 12:21:29 PM »
Salam, Sedara sedari sekalian,
ada tak sapa2 yang pernah complaint dekat developer pasal pokok yg ditanam depan umah tu?
Pokok nie banyak menghasilkan daun kecik2 yg berubah menjadi sampah bila luruh.
Mmg la redup, tapi agak menyusahkan bila daun kecik2 nie start berterbangan masuk even sampai ke dalam rumah..  ???
tak larat nak bersihkan

So sy bercadang utk buat aduan dekat Developer and mintak tukar pokok lain yg daun jer lebih besar or tak mudah luruh sangat.. ;D

Sebarang cadangan atau sokongan amat2 dialukan

nurman

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 25
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #1 on: November 12, 2010, 05:43:08 PM »
Yes, saya setuju dgn cadangan tu, tapi pokok tu requirement dari MPKJ, semestinya kena mintak kebenaran dari depa. Setiap hari sejak dok kat situ asyik menyapu daun jer..tapi sedih gak kat pokok tu, dengar dia nangis agaknya. Mungkin kita boleh replace pokok yang berdaun lebar like pokok pinang ker or pokok2 renek

mossgenio

  • Salah seorang
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 4035
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #2 on: November 13, 2010, 07:27:19 AM »
Kalau tengokkan di skim lain, dah macam-macam pokok yg ditanam. Cuma kalau tebang sendiri tu, kalau boleh gantikan la dengan pokok lain. Tapi kalau nak mintak dengan pemaju, saya sokong aje. Cuma kalau nak mintak dengan MPKJ, lambat lagi la nak dapat.

motek

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 17
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #3 on: November 14, 2010, 10:08:49 PM »
saya mmg suka kalo ada pokok di depan rumah, bukan apa redup dan ada juga warna hijau utk dipandang, tapi prefer yg berdaun besar skit laa..cuma utk orang yg kurang rajin spt saya, agak leteh la..ha ha  ;D

takpela, nanti saya akan ajukan dekat pemaju..kalo depa ok, saya tak kisah buat sendiri and ganti balik dengan pokok lain sendiri..tak mahai sangat pun sepokok..rasa2 laa.. :P

pearl

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 4
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #4 on: November 18, 2010, 12:37:47 AM »
Yes, saya setuju dgn cadangan tu, tapi pokok tu requirement dari MPKJ, semestinya kena mintak kebenaran dari depa. Setiap hari sejak dok kat situ asyik menyapu daun jer..tapi sedih gak kat pokok tu, dengar dia nangis agaknya. Mungkin kita boleh replace pokok yang berdaun lebar like pokok pinang ker or pokok2 renek


ha ha ha Nurman,

Aku baru nak cadang kat ko, nak tanam poko rambutan ganti pokok depan umah kita tuh.

thanks

-pearl-

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #4 on: November 18, 2010, 12:37:47 AM »



terra2400

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 320
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #5 on: November 18, 2010, 08:13:33 AM »
Pokok didepan rumah, tanah tu hak milik kerajaan jadi pokok hak milik kerajaan juga (wakilnya MPKj). Pemaju menanam pokok sebagai mematuhi syarat arahan pembangunan (DO) dan pokok tersebut diluluskan oleh MPKj.

Cara panjang (susah) menukar pokok ialah mendapat persetujuan MPKj dan pokok harus seragam untuk sekurang-kurang bagi jalan/lorong yang sama. 

Cara mudah (senang) dapatkan persetujuan jiran sebelah (selalunya pokok ditanam disempadan dua rumah) kecuali rumah tepi. Gantikan dengan pokok pilihan anda. Buat malam-malam, tapi kalau kena tangkap tanggung sendiri.... :D :D :D

nurman

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 25
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #6 on: November 18, 2010, 11:37:00 AM »
Kalau susah sangat redha saja...sejak menyuarakan rasa tak puas hati ni, pokok tu dah tak taburkan daun kat umah lagi...terima kasih pokok, tak jadi nak tebang...ok i'll keep you in fornt of my house.

terra2400

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 320
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #7 on: November 18, 2010, 12:54:08 PM »
Hahaha... Memang pokok ada perasaan...rasanya dah serasi dengan Tuan Nurman. Teringat pada satu buku saya beri kepada anak saya semasa tadika dulu, tajuknya 'The Giving Tree' karangan Shel Silverstein terbitan Harper & Row, 1964. Buku ini telah dialih bahasa dalam 30 bahasa. Saya promosi buku ini tanpa komision tapi ceritanya memang baik untuk renungan orang dewasa. Selamat membaca..... ;D ;D ;D

nurman

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 25
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #8 on: November 18, 2010, 05:24:34 PM »
Oh terra...terima kasih..I'll try to find the book, kalau nak kasi pinjam pun ok jugak haha. I agree pokok memang berperasaan.

jebateja

  • Kek Gula Hangus Lazat, Home Made..
  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 183
  • Gender: Male
  • jebateja
    • Meh tempah kek gula hangus dan pelbagai lagik
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #9 on: November 18, 2010, 10:13:01 PM »
baru tahu pokok tu MPKj punyer....kalau mati dek anai2 mcm ne? Leh ke ganti pokok selain yg ada sebaris tu?

locume

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 28
  • selagi hayat dikandung badan
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #10 on: November 19, 2010, 09:14:51 AM »
Pokok didepan rumah, tanah tu hak milik kerajaan jadi pokok hak milik kerajaan juga (wakilnya MPKj). Pemaju menanam pokok sebagai mematuhi syarat arahan pembangunan (DO) dan pokok tersebut diluluskan oleh MPKj.

Cara panjang (susah) menukar pokok ialah mendapat persetujuan MPKj dan pokok harus seragam untuk sekurang-kurang bagi jalan/lorong yang sama. 

Cara mudah (senang) dapatkan persetujuan jiran sebelah (selalunya pokok ditanam disempadan dua rumah) kecuali rumah tepi. Gantikan dengan pokok pilihan anda. Buat malam-malam, tapi kalau kena tangkap tanggung sendiri.... :D :D :D

Saya setuju untuk dapatkan persetujuan jiran sebelah....sebab, masa saya dok menyewa kat 2/4D, jiran sebelah rumah dok selamba badak je g tebang pokok depan rumah...dah lah x kasi tau nak tebang, pas tu ranting2 pokok, batang2 pokok dok longgok depan rumah saya...xtau la dia dpt persetujuan MPKJ / pemaju ke tidak...

nurman

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 25
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #11 on: December 21, 2010, 01:02:09 PM »
Setelah berpakat dengan pearl dengan rasminya pokok depan rumah kami telah ditebang...sedih but life must go on

mossgenio

  • Salah seorang
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 4035
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #12 on: December 21, 2010, 01:13:37 PM »
Tebang ganti atau tebang terus?  ;D

nurman

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 25
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #13 on: December 23, 2010, 02:46:10 PM »
Insyaallah tebang ganti  ;D

Ummi Ammar

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 106
  • Gender: Female
Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #14 on: December 23, 2010, 03:35:30 PM »
Aiyokk.... Kalau pokok tumbang dek angin kuat camano?

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Tukar/Tebang Pokok di depan rumah
« Reply #14 on: December 23, 2010, 03:35:30 PM »