Author Topic: Jalan di Bukit Mahkota  (Read 8665 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Wazzatldmuchampions

  • yangbenarlagiikhlas
  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 4175
  • Gender: Male
  • wearethechampion.........19th title
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #30 on: April 18, 2009, 03:12:07 PM »

cam ni kita kena tubuhkan KAPCAI PUTRA-MAHKOTA CLUB bleh buat aktiviti...sembang2...pasal repair motorke...spare part ke..kena motor sangkut kat highway..bleh on call member...
MANCHESTER UNITED FC & ULTRAS MALAYA - Tanah Tumpah Darahku

Trojan5

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2668
  • Gender: Male
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #31 on: April 19, 2009, 08:59:00 AM »

jalan tu berlubang satu hal...pas tu design jalan pun cam trek lumba cub prix....selekoh semua tajam...pemaju kena repair semua n design balik...

betul2..kadang2 sedap gak layan....bukan apa....bila terasa rindu kat Jalan Bukit Putus, situ bole je lepaskan gian.....

Ilang akal ko.... banyak batu/pasir...... mau bersepah kat kona tu kang.... Kat Sek 4, tp padang bola tu.... pehhh.... nk layan kona pn kene pikir 8 ratus kali..... dah la beralun, berpasir, berbatu plak tu..... Mat Scrambler Nilai Impian pn goyang nk amik kona tu...  ;D

jebateja

  • Kek Gula Hangus Lazat, Home Made..
  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 183
  • Gender: Male
  • jebateja
    • Meh tempah kek gula hangus dan pelbagai lagik
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #32 on: April 19, 2009, 09:06:53 AM »

Bonar arr..den bawak Modenas cabuk yang lajunya tahap penyu bunting sulung pun takut gak kat kona tu....silap haribulan leh jadi superman atas jalan..pehhhhh

Trojan5

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2668
  • Gender: Male
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #33 on: April 19, 2009, 09:52:22 AM »
Jangan wo.... salin kulit ko nnt....

sbj_s5

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 325
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #34 on: April 20, 2009, 02:05:18 PM »

jalan tu berlubang satu hal...pas tu design jalan pun cam trek lumba cub prix....selekoh semua tajam...pemaju kena repair semua n design balik...

betul2..kadang2 sedap gak layan....bukan apa....bila terasa rindu kat Jalan Bukit Putus, situ bole je lepaskan gian.....

Layaaan...... jangan tak layan!!!!
Best wooo.... turun bukit........ terusssss konar...  ;D  ;D ;D

Free fall gituuuu...hehehe!!!

Wan Z

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 820
  • Gender: Male
  • Serangin Homes... Selamat Berjiran Semua!!!
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #35 on: April 21, 2009, 09:50:04 AM »
jatuh tergolek...
memang free fall.. masuk longkang...  ;D ;D ;D

Sahabat

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 161
Re: Lampu Jalan Masuk Ke Bukit Mahkota... Awat GELAP !!!
« Reply #36 on: April 30, 2009, 03:59:00 PM »
Petikan hari ini dari :www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

Taman Bukit Mahkota gelap

Oleh Dg. Ku Mahirah Ag. Binting
kota@utusan.com.my

TAMAN Bukit Mahkota, Seksyen 2, Bangi hanya indah pada waktu siang tetapi gelap dan menakutkan penduduk pada sebelah malam kerana lampu jalan tidak berfungsi. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

BANGI 29 April - Kami mahu lampu jalan! Itulah yang diharapkan oleh penduduk yang tinggal di taman perumahan Bukit Mahkota, Seksyen 2 di sini kepada pemaju perumahan tersebut.

Permintaan mereka dibuat semata-mata kerana bimbang terhadap kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi di situ. Sekurang- kurangnya, mereka berharap, dengan adanya lampu yang menerangi jalan dan sekitarnya akan membuatkan orang berfikir dua kali untuk meneruskan niat jahat mereka.

Penduduk berpendapat, ketiadaan lampu jalan di kawasan tersebut menyebabkan penjenayah berani untuk melakukan kegiatan mereka di kawasan kediaman itu.

Bagaimanapun, masalah mereka itu umpama tiada siapa yang peduli. Menurut penduduk, mereka telah mengadukan masalah lampu itu kepada pemaju, namun sehingga kini pihak pemaju masih belum mengambil apa-apa tindakan berhubung perkara itu.

Seorang penduduk, Azlan Abdul Aziz, 42, berkata, dia telah kehilangan kereta tiga bulan yang lalu.

"Saya percaya kejadian tersebut berlaku sekitar 4 pagi. Saya dan keluarga tidak sedar kejadian tersebut kerana saya tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan.

"Kejadian hanya disedari ketika saya hendak keluar dari rumah apabila mendapati kereta saya sudah hilang," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Hazlan Hamzah, 31, berkata, rumahnya pernah dipecah masuk oleh penjenayah melalui pintu dapur.

"Bila saya masuk rumah, barang-barang sudah bersepah. Penjenayah tersebut turut meninggalkan pisau di sofa.

"Penjenayah itu mengambil komputer riba serta barang kemas isteri dan anak-anak. Kesemua barang-barang yang diambil bernilai kira-kira RM7,000," ujarnya.

Selain itu, ketiadaan lampu jalan turut menjadikan kawasan sekitar perumahan itu sebagai port sesuai bagi sebilangan remaja melakukan perbuatan sumbang dan juga tempat menggunakan dadah.

Menurut Marban Taliban, 46, ketika melakukan pemantauan bersama beberapa rakan-rakannya mereka pernah menangkap pasangan remaja melakukan perbuatan sumbang di bangunan pencawang elektrik berdekatan di taman itu.

Selain itu tambahnya, sebuah bilik gerakan yang masih belum digunakan di kawasan itu turut menjadi tempat bagi pasangan kekasih melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Keadaan yang gelap di kawasan tersebut menyebabkan sesetengah penduduk dan juga pelajar dari kolej yang berdekatan memilih tempat itu untuk berkelakuan tidak senonoh," katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Ghazali Mustaffa, 41, berharap pihak pemaju dapat memasang lampu jalan dan juga pemantul cahaya di kawsan perumahan tersebut dengan kadar segera.

"Untuk keselamatan semua penduduk di kawasan ini, lampu-lampu jalan perlu dipasang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," jelasnya.

sunny

  • Guest
Re: Lampu Jalan Masuk Ke Bukit Mahkota... Awat GELAP !!!
« Reply #37 on: April 30, 2009, 09:34:29 PM »
Petikan hari ini dari :www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

Taman Bukit Mahkota gelap

Oleh Dg. Ku Mahirah Ag. Binting
kota@utusan.com.my

Saya baca dah artikel di atas. Ntah le. Ada satu macam je yg tak kena dengan pelan pembangunan BM ni. Waktu malam, kat pat kita ni macam suasana 20 tahun terbelakang. Dahsyat sungguh perancangan dan pelaksanaan pihak pemaju yang tak maju. bukan namanya Bukit Mahkota, indah sangat untuk dimahkotakan. Harapan kita semua, biarlah artikel ni akan mendorong pihak tertentu mengambil tindakan positif lagi drastik. Kalau tidak......

kedainasfa

  • ALPHA LIPID LIFLINE
  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 595
  • Gender: Male
  • Slim Diet 2
    • alpha lipid & slim diet 2
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #38 on: May 01, 2009, 09:10:13 AM »

jalan tu berlubang satu hal...pas tu design jalan pun cam trek lumba cub prix....selekoh semua tajam...pemaju kena repair semua n design balik...

betul2..kadang2 sedap gak layan....bukan apa....bila terasa rindu kat Jalan Bukit Putus, situ bole je lepaskan gian.....

slalu lalu bukit putus ke?  ;D org n9 ke?

kedainasfa

  • ALPHA LIPID LIFLINE
  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 595
  • Gender: Male
  • Slim Diet 2
    • alpha lipid & slim diet 2
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #39 on: May 01, 2009, 09:19:52 AM »

jalan tu berlubang satu hal...pas tu design jalan pun cam trek lumba cub prix....selekoh semua tajam...pemaju kena repair semua n design balik...

tu la pasal.bahaya untuk orang luar tu.kita yang dah biasa lalu ni xpe la.tu pun da gak yang terbabas.camna la pemaju ni pikir masa nak design tu.dia nak latih kita jadi pemandu f1 kot ;D ;D ;D

kiroroe

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 231
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #40 on: May 02, 2009, 12:16:57 AM »
kita ni brbincang je ke...apa cara nak selesaikan masalah ni?

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #41 on: May 07, 2009, 01:46:49 PM »
kita ni brbincang je ke...apa cara nak selesaikan masalah ni?

stakat bincang je laaa....nak selesai masalah cmner klu pemaju sendri bermasalah nak selesaikan masalah...ontah lahhh..

H.E.I.U

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 329
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #42 on: May 10, 2009, 08:07:05 PM »
betul2..kadang2 sedap gak layan....bukan apa....bila terasa rindu kat Jalan Bukit Putus, situ bole je lepaskan gian.....
wah!!! syoknye...
ada alternatif selain kuala Kelawang...mcm best jer...!!! 8)
INGATLAH PERHIMPUNAN ITU...IA PASTI DATANG!!!

jebateja

  • Kek Gula Hangus Lazat, Home Made..
  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 183
  • Gender: Male
  • jebateja
    • Meh tempah kek gula hangus dan pelbagai lagik
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #43 on: May 11, 2009, 03:31:52 AM »

jalan tu berlubang satu hal...pas tu design jalan pun cam trek lumba cub prix....selekoh semua tajam...pemaju kena repair semua n design balik...

betul2..kadang2 sedap gak layan....bukan apa....bila terasa rindu kat Jalan Bukit Putus, situ bole je lepaskan gian.....

slalu lalu bukit putus ke?  ;D org n9 ke?

Lahir Melaka tapi mak ayah dapat felda di felda palong 13?...ahakz

kedainasfa

  • ALPHA LIPID LIFLINE
  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 595
  • Gender: Male
  • Slim Diet 2
    • alpha lipid & slim diet 2
Re: Jalan di Bukit Mahkota
« Reply #44 on: May 12, 2009, 08:44:02 AM »
ooo.... orang palong.den palong gak.palong 7.tapi asal johor