Author Topic: High Tea PIBG SRA-BSP, menghargai jasa guru.  (Read 1415 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
High Tea PIBG SRA-BSP, menghargai jasa guru.
« on: 29 Nov, 07:28:06 PM »














20 November lalu, pihak PIBG telah berbesar hati meraikan guru-guru SRA Bandar Seri Putra di salah sebuat hotel di Putrajaya. Majlis High Tea yang dianjurkan PIBG ini juga untuk memperkenalkan guru-guru dan AJK PIBG terutamanya di kalangan ibubapa. Seterusnya merapatkan hubungan antara AJK PIBG dan juga guru-guru sekolah yang telah setahun menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran untuk melengkapkan anak-anak kita dengan ilmu akhirat.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran majoriti guru dan majoriti AJK PIBG. Yang di Pertua PIBG, En. Lokman dan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri telah turut sama hadir.

Majlis diserikan dengan gelagat pengacara Ustaz Hafeez dan Ustaz Hanif yang sentiasa cuba menghiburkan para hadirin. Disamping itu, tayangan video dan acara kotak beracun berjaya mengeratkan silaturahim dengan hiburan ringan daripada mereka yang terjerat.

Disamping itu, majlis tertukaran hadiah juga diadakan bagi meraikan guru dan AJK PIBG.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar di hadapan lokasi majlis.

Rakaman kekal selebihnya boleh dilihat di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=252979&id=179473523862&ref=mf