assalamualaikum,
semalam saya sempat bersama rombongan YB ADNS Bangi ,Dr Shafie Abu bakar ke Pangsapuri seri Mawar bersama-sama Pembantu Tadbir baru ahli majlis MPKj zon 24,Tuan Hj Mazwan Johar iaitu sdr Rosli Ramli untuk bertemu & berbincang dengan pengerusi JMB, En Abdul Rahim Mat Top berkaitan isu pemotongan air ini.Insya-allah YB ADNS Bangi akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi isu ini.
Pada pandangan saya, mengapa pihak syabas perlu jadikan pengguna meter individu sebagai "jaminan" disebabkan oleh masalah teknikal yang berlanjutan berkaitan migrasi meter pukal ke meter individu?.Sebagai pengguna, kita berhak utk mempersoalkan kewajaran pihak Syabas mengunci paip utama tanpa notis kepada semua pengguna meter individu.Ini amat menyusahkan pengguna terutamanya yang mempunyai anak yang masih kecil.
Dikongsikan garis panduan yang dikeluarkan oleh jabatan kawalselia air selangor utk rujukan bersama.
apa-apa pun, sama-samalah kita berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik utk kesejahteraan bersama.
teringat tagname syabas: "Air nadi kehidupan"...
Artikel berkaitan:
Syabas: Permohonan Tukar Meter Pukal Kepada Meter Individu Masih Kurang
TV SELANGOR
Sehingga 15 Mei lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah menerima 1,010 permohonan migrasi akaun meter pukal kepada akaun meter individu dari pihak pengurusan perumahan kondominium dan pangsapuri yang terdapat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata jumlah itu bagaimanapun masih kurang jika dibandingkan dengan 2,351 meter pukal yang terdapat di ketiga-tiga kawasan berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata kurangnya permohonan migrasi itu adalah disebabkan masalah antara penduduk dan pihak pengurusanbangunan bertingkat itu sendiri, seperti masalah tunggakan bil air dan penyelengaraan yang tidak diselesaikan.

Beliau berkata masalah lain yang sering dihadapi ialah pengguna telah membuat modifikasi atau perubahan kepada tapak meter sedia ada.
Justeru, beliau menasihati pengguna supaya tidak melakukan sebarang modifikasi dan perubahan pada tapak meter air sedia ada bagi memudahkan kelulusan migrasi diberikan kepada perumahan tersebut.