Author Topic: Kejadian Curi Kereta di BM5/3  (Read 5575 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Kanisa

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 30
Re: Kejadian Curi Kereta di BM5/3
« Reply #15 on: 22 Jan, 01:40:20 PM »
banyak sangat pecah rumah kat sek5 ni,, tu belum lagi kes yg tak dpt info. rasa mcm tak selamat dah sek5 ni. kebelakangan ni polis pun dah kurang ronda mlm. tp mlm td ada. mgkin psal ada kes baru.

maaf mencelah sikit....

banyak kes kat sek 5?...kalau betul boleh bagi statistik atau kekerapan berlakunya kes dalam setahun....kalau nak kata sampai dah tak selamat sy tak berapa nak setuju la...

Salam

1) Harap apa jua kes kecurian yang dilaporkan kepada balai,-laporan berkenaan di scan dan di upload di web ini bagi tujuan kesahihannya

2) Melalui laporan yg dibuat kita akan dapat kenal pasti (Modus operandi)
    - Cara
    - Waktu
    - barang barang yang dikenal pasti menjadi "Target utama" pencuri ( Kereta, barang hiasan luar rumah, TV dll)

3) Kita tidak mau sekadar bercerita berkenaan kecurian tetapi tiada laporan dan tiada fakta kes di ketengahkan

## perlu diingat bahawa jika kecurian selalu berlaku, bukan saja kita kehilangan harta benda dan keselamatan terancam TETAPI nilai rumah juga akan susut memandangkan keadaan sekeliling yang kurang selamat dan selesa

4) Mendirikan pagar disekeliling kawasan perumahan MEMANG Idea yang positif tetapi apa yang kita semua perlu bincang dan fikir bersama ialah bagaimana hendak melaksanakannya agar penduduk yang terbabit tidak tertekan dari segi "Contribution kewangan" dan tidak bermasam muka antara saru sama lain disebabkan TER-paksa mengeluarkan duit bagi tujuan murni ini........mungkin penduduk sendiri boleh gotong royong mendirikannya sendiri??


Semoga Allah permudahkan urusan kita, insyallah



nando

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 158
Re: Kejadian Curi Kereta di BM5/3
« Reply #16 on: 23 Jan, 07:13:36 PM »
semua kes telah direport ke balai polis. dulu lorong ni terdapat rumah ketua polis puchong...tapi beliau telah berpindah ke seksyen 6. masa beliau ada dulu pun still ada kes...diorang ni memang berani betul