Author Topic: Mesyuarat JK Pembinaan Masjid AT-Taqwa bil 9 @ 21-1-2011  (Read 1939 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Assalamualaikum,

Alhamdullilah, diberikan kesempatan masa untuk mengemaskini blog masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota.
www.masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com

Mesyuarat bulanan JK Pembinaan Masjid At-Taqwa,bdr bukit mahkota kali ke-9 telah dijalankan semalam, jumaat/21-1-2011 bertempat di Surau Al-Buhaira.seksyen 6, bdr bukit mahkota. Dikongsikan beberapa maklumat untuk pengetahuan semua. semoga maklumat ini memberi manfaat. Insya-allah.

1) Pada 31/1/2010, satu taklimat berkaitan kutipan derma oleh pihak MAIS telah diadakan di surau al-muhajirin,seksyen 3,bdr bukit mahkota.Didalam taklimat tersebut, dijelaskan akan peranan & peraturan yang perlu dilaksanakan oleh pemegang amanah didalam melaksanakan tanggungjawab semasa kutipan derma dilakukan.

2)Insya-allah, sebanyak 6 keping bunner berkaitan sumbangan ke akaun masjid at-taqwa yang akan ditempah & dipasang di tempat srategik.

3) Kawasan tapak akan dibersihkan & diracun didalam masa terdekat.

4) JK Pembinaan Masjid dimaklumkan kelulusan peruntukan didalam RMK10 bagi pembinaan masjid at-taqwa. Namun bagi mendapatkan kepastian, satu pertemuan dengan pegawai JAIS Daerah Hulu Langat akan diatur kelak.Insya-allah,sama-sama kita berusaha & berdoa agar dipercepatkan pembinaan masjid ini kelak.

5) Surat perwartaan Tapak Masjid At-Taqwa,bdr bukit mahkota dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor dengan no rujukan (2)dlm JAIS.SEL.BP/03/005/5/48 yang bertarikh 27.05.2010.

5) Kedudukan kewangan semasa (sehingga 31 Disember 2010) : RM26120.43


sekian untuk makluman semua.

Disediakan oleh; JK Penerangan Masjid At-taqwa,bdr bukit mahkota.

Jundullah_232

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 904
  • Gender: Male
Re: Mesyuarat JK Pembinaan Masjid AT-Taqwa bil 9 @ 21-1-2011
« Reply #1 on: 04 Apr, 09:42:49 AM »
Apa status mesjid sekarang...  :)