Author Topic: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15  (Read 4453 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« on: November 20, 2008, 12:59:34 PM »


PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3
BUKIT MAHKOTA , BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR

Senarai Edaran Kepada  :                  
Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Mahkota, Bangi
Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Ria, Nilai
Pengerusi Persatuan Penduduk Nilai Spring Home, Nilai
Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Dahlia, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Melati, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Teres, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Putra 96, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 6, Bkt Mahkota   

Tarikh : 20 Nov. 2008
   
Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI   PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2.   Jawatankuasa Biro Belia Dan Sukan, Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 akan mengadakan Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah Remaja Bawah 15 Jemputan Bukit Mahkota. Pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh      :    28 Disember 2008   ( Ahad )
Masa         :    8.30 Pagi – 6.30 petang
Tempat    :     Padang Bolasepak Bukit Mahkota , Seksyen 4

3.   Semoga pertandingan ini akan dapat mengujudkan suasana harmoni dan semangat kesukanan yang tinggi diantara remaja setempat. Borang Penyertaan akan diberi kemudian.

Sekian terima kasih.


Jawatankuasa Biro Belia dan Sukan ,
Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 Bandar Bukit Mahkota

« Last Edit: November 20, 2008, 01:05:54 PM by putramahkota_bangi »
___________________
aku /..PMB

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #1 on: November 20, 2008, 06:59:47 PM »
Kenapa Pangsapuri Seri Mawar tidak di jemput? Banyak aktiviti yg dijalankan, kami tak dijemput. Kenapa ya?

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #2 on: November 21, 2008, 09:27:02 AM »
Kenapa Pangsapuri Seri Mawar tidak di jemput? Banyak aktiviti yg dijalankan, kami tak dijemput. Kenapa ya?

salam ...

jika seri mawar mempunyai cukup team ..boleh hantar permohonan.
Tiada masalah. Cuma saya tak tahu nk berhubuang dengan siapa yg berkenaan di seri mawar. Skrg ni sdr SB boleh ker sediakan team anda.
Saya sedia menanti.  ;D
___________________
aku /..PMB

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #3 on: November 21, 2008, 12:07:39 PM »
Tak sempat nak sediakan.

Mungkin lepas ini kalau ada sebarang jemputan atau pertandingan boleh disalurkan ke Pejabat Bersama "Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar" dan "Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar", A-G-14, Pangsapuri Seri Mawar, Bandar Seri Putra.

Terima kasih

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #4 on: November 24, 2008, 10:16:01 AM »


tiada yg berminat ker taja    Team Remaja di kawasan tuan2. Dari pada dibiarkan budak2 remaja tu melapak di Cyber Cafe. Baik ler taja diaorg tu main bola. . . byk manfaatnya.
___________________
aku /..PMB

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #5 on: November 24, 2008, 02:25:11 PM »
Vista Seri Putra pun tak di jemput ke?

Janganlah kerana pasukan Vista Johan didalam pertandingan Futsal anjuran Kelab Sukan BSP, maka pasukan remaja kami tak di jemput. He! He!

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #6 on: November 24, 2008, 03:39:47 PM »
ermm... baginilah. Jika tuan2 ada team remaja bawah 15 tahun. sila hantar permohonan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk sek 2 dan 3, Bkt mahkota .

Permohonan tuan akan dipertimbangkan. sila hantar secepat mungkin. daftarkan 12 pemain sahaja.
___________________
aku /..PMB

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #7 on: November 24, 2008, 11:02:44 PM »
Cuma nak tanya. Padang bola Seksyen 4 kat deretan kedai tu ke?
Boleh main lagi ke padang tu. Macam dah tak de rumput aje.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 15
« Reply #8 on: February 26, 2009, 09:51:41 AM »


PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3
BUKIT MAHKOTA , BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR

Senarai Edaran Kepada  :    
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 2, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 3, Bkt Mahkota           
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 6, Bkt Mahkota   

Tarikh : 26 Feb. 2009
   
Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI   PERTANDINGAN BOLA SEPAK
REMAJA BAWAH 15

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2.   Jawatankuasa Biro Belia Dan Sukan, Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 akan mengadakan Pertandingan Bolasepak Remaja Bawah 15 Jemputan Bukit Mahkota. Pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh      :    21 Mac 2009  ( Sabtu )
Masa         :   8.30 Pagi – 6.30 petang
Tempat    :     Padang Bolasepak Bukit Mahkota , Seksyen 4

3.   Semoga pertandingan ini akan dapat mengujudkan suasana harmoni dan semangat kesukanan yang tinggi diantara remaja setempat. Borang Penyertaan akan diberi kemudian.

Sekian terima kasih.


Jawatankuasa Biro Belia dan Sukan ,
Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 Bandar Bukit Mahkota
___________________
aku /..PMB