Author Topic: seminar tokoh ulama...  (Read 1312 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
seminar tokoh ulama...
« on: November 28, 2008, 03:46:21 PM »
 Hargai Jasa Tokoh Ulama, Kata Abdul Khalid     
BANGI – Jasa dan peranan tokoh-tokoh ulama yang menyebarkan syiar Islam wajar dikenang dan dicontohi, kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, tokoh-tokoh itu berjuang dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, imbuhan mahupun gelaran.

“Secara realitinya, kita kurang memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha kalangan ulama ini.

“Bukanlah bermaksud, pengiktirafan ini diminta-minta, tetapi wajar diberikan kepada tokoh-tokoh ulama ini sebagai tanda mengenang jasa mereka semasa mengembangkan ilmu dan syiar Islam khususnya di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008 di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di sini pagi tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata perjuangan tokoh-tokoh Islam itu bukan sahaja dapat meningkatkan syiar Islam malah menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Beliau berharap seminar itu dapat memberi kesedaran khasnya kepada generasi masa kini untuk lebih mengenali latarbelakang tokoh ulama dan hasil tulisan mereka.

Sementara itu dalam sidang media, Abdul Khalid berkata seminar itu bertujuan memperingati usaha yang dilakukan oleh tokoh ulama dalam pembangunan syiar Islam dan pembangunan masyarakat.

“Ini adalah satu permulaan dari segi ilmuan, bagaimana pemikiran dan pentadbiran Islam dapat diserapkan dalam pembangunan negeri Selangor,” katanya.
 

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

seminar tokoh ulama...
« on: November 28, 2008, 03:46:21 PM »