Author Topic: Apabila tertinggal handphone di restoran  (Read 1239 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

poksu

  • Guest
Apabila tertinggal handphone di restoran
« on: 27 Dec, 08:45:30 PM »
Cuma nak cerita pengalaman tertinggal handphone di restoran.

Kali pertama, 7 tahun lepas di sebuah restoran seafood. Hanya selepas sampai di KL baru saya sedar telefon tertinggal. Saya telefon number hp tu dan seorang perempuan Cina yang angkat. Keesokannya saya drive balik, tunggu owner sampai dan keluarkan handphone saya dari drawer cashier. 

Kali kedua, di sebuah restoran di BSP ni. Dekat je, tak sampai 3 minit pun dari rumah. Saya makan pun pukul 12 malam. Semasa makan ada call masuk, dan saya letak di atas meja. Sy bayar pun di meja. Balik rumah, saya perasan handphone dah tertinggal. Telefon je balik handphone tu, dah off. Saya dah agak mesti dah lesap, esoknya baru saya pergi tanya, memang tak ada yang nampak lah.

lepas ni memang kena gantung handphone baru lah tak hilang2 lagi insyaallah. Tak pun agaknya kalau pakai Iphone 3G barulah nak betul2 check handphone setiap masa.

 ;D

inginkayo

  • Guest
Re: Apabila tertinggal handphone di restoran
« Reply #1 on: 30 Jan, 12:06:07 AM »
CERITA TNTANG HP HILANG sy ada 1 pengalaman ...
di suatu tempat di Nilai- GIANT shopping cmplx tahun lepas awal 2008,
tgh shopping tiba2 hp wife sy berbunyi tanya di mana saya, mula pelik nape lak tk telepon direct ke sy bukankh sy pn ada hp sendri.
trus wife sy serahkn kpd sy.... org tu jiran saya trus tanya "mana hp kau?" sy trus jwp ada sambil tgan saya meraba pinggang tmpt hp
disimpan, berderau darah sy bila rabaan sy mndpti tk de hp di pinggang.....

"Ah sudah, mana pulak jatuh ni...." Jiran sy trus britahu ada orang pompuan dah jumpa dan tgh tunggu di luar parking dekat, pintu masuk, sy segera keluar mendapatknnya. Setelah di luar sy mencari2 wanita dgn mengagak sj. Nampak di luar sana 2 wanita lagak spt duaorang student USIM memandang sy sambil bertanya " abg hilang hp ke ?" sy mengiakan lantas dia menyerahkan hp dan spt mahu segera beredar. sy dan wife sy cuma sempat mengucapkan terima kasih sj, saya cuba mengeluarkan dompet lagi pantas dia bergerak jauh.....
Dua wanita berhati mulia itu cukup membuatkn sy kagum dan syukur amat sgt, ssunghnya masih ada ramai insan berhati mulia dan tidak memandang material semata2 sebaliknya kemuliaan hati masih dijunjung tinggi.

Terkilan tidak dapat membalas kebaikannya sy dah wife sy berusaha mengesan semula wanita trsebut. Dr jiran saya rupa2nya dia cuba menghubungi nombor terakhir dlm hp sy utk bertanyakan siapa tuan hp ini, no itu adalh kpunyaan jiran sy, dr situ jiran sy menghungi wife sy. jadi sy tak akan dpt no tel dia selama2nya.....
Apa pun sy bersyukur kpd Allah kerana diberi peluang kedua memiliki hp yg telah berada di atas lapangan parking kereta yg entah sapa2 akan menjumpainya dan Allah pilih wanita berhati mulia itu menemuinya......

Semoga dia akan dipermudahkn Allah dlm apa pn perkara.......amiinnnn.


Wan Z

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 820
  • Gender: Male
  • Serangin Homes... Selamat Berjiran Semua!!!
Re: Apabila tertinggal handphone di restoran
« Reply #2 on: 30 Jan, 08:21:42 AM »
boleh kuar topik skit... ;D
hp setakat nie tak pernah hilang...

tapi, wallet a.k.a beg duit tu yg penuh dgn kad, mykad dan lesen tu.. dah 3 kali hilang...
Alhamdulillah, setakat nie masih boleh dapatkan semula...

1st.. hilang masa bujang dulu...
time tu tgh buat sentry ker... jaga malam kat taman..
nak operasi cari perompak kat desa sentosa, teras jernang...
hilang kat pondok kawalan... dah puas cari.. siap buat iklan kat surau..
lepas 2 hari pergi tempat tu balik.. baru jumpa.. apsal sebelum tu tak nampak...  ???
alhamdulillah, tiada apa yang hilang... :)

2nd.. hilang masa gi seminar Microsoft kat KLCC..
event seminar yang besar kat dewan yang besar...
tercicir masa duduk sebab letak kat poket belakang..
time tu NTV7 pun ada program kat situ..
so depa ler buat announcement sapa yang hilang wallet nie..
alhamdulillah, dapat balik dgn keadaan asal... :)

3rd.. tercicir semasa kat tol sungai besi..
guna kad T&G.. kena bukak pintu sebab cermin rosak...
sampai bangi ada lelaki cina call tanyer hilang wallet ker..
adooiiii.. mmg sah hilang.. time tu banyak lak duit dalam tu..
dia suruh datang kat komuter serdang...
rupanya dia nampak jatuh sebab dia kat belakang masa bayar tol tu..
alhamdulillah, lelaki cina family man mmg baik hati...
dia kasi semula & terus pergi dgn family dia...

kesimpulannya, nie semua kuasa Allah SWT... alhamdulillah...