Author Topic: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra  (Read 5728 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« on: 06 Nov, 05:18:49 PM »
Ada ura-ura untuk mengadakan kawalan keselamatan sepenuh masa untuk kawasan nusaputra. Kalau ada buah fikiran/cadangan tentang perkara tersebut, boleh utarakan di sini..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Spidey

  • Guest
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #1 on: 16 Nov, 11:02:35 AM »
Saya bersetuju sangat dengan cadangan tersebut. ada terima notis cadangan, tapi setakat ini tak tau apa perkembangan lanjut. Undian tidak memberangsangkanke? Bukannya apa dalam keadaan sekarang ini semua perkara tidak boleh dianggap mudah. Soal keselamatan mesti diutamakan. Saya takut nanti bila dah berlaku nanti barulah nak ambil tindakan.....

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #2 on: 24 Dec, 04:04:46 PM »
Ini maklumbalas daripada Pengerusi NusaPutra..  :(  harap-harap yang mana belum respon tu sila le respon secepat mungkin, keadaan keselamatan nampaknya makin kurang terjamin sekarang nih.. ( rujuk http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=785.msg5296;topicseen#msg5296 )

Quote
Setakat hari ini 19/12/2008..kurang drp 30 rumah yg mengembalikan borang persetujuan. Secara keseluruhan hanya ~10% bersetuju berdasarkan borang yg dikembalikan. Lagi 70% berkemungkinan:
a) bersetuju tapi tidak mengembalikan borang persetujuan
b) tidak bersetuju
c) tidak ambil tahu...(bagi pendapat saya)
December 19, 2008 8:50 PM
rujuk https://www.blogger.com/comment.g?blogID=561157781340738631&postID=8920749812619941567

Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Bro Kamal

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 14
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #3 on: 26 Dec, 10:47:21 AM »
tok ketua kata semua yg dh pulangkan borang tu sumanya bersetuju ... so 100% le yg setuju ... rasanya hampir suma akan stuju cuma blum hntar borang ... ni kene tolong tok ketua ni collect borang ni hehehe

putra88

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 258
  • Gender: Male
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #4 on: 26 Dec, 03:25:52 PM »
aku ingatlah ramai yang tak ambil berat tentang pentingnya kawalan keselamatan ni sebab mereka tak brp sedar ttg kejadian-kejadian yang berlaku di persekitaran kita. agaknya masih ramai sedara-sedara kita yang berapa menggunakan internet, jadi semua hebahan mengenai kejadian jenayah yang dibuat melalui internet tidak diketahui oleh mrk dan mrk terus beranggapan mrk berada dalam zon selamat. segala kejadian yang dipaparkan dalam http://bandarseriputra.blogspot.com dan  http://www.nusa-putra.com mungkin tak sampai ke pengetahuan mrk.

kepada AJK, teruskan usaha anda.......
D'Puncak Putra

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #5 on: 31 Dec, 10:38:06 AM »

Setuju.. namun begitu tak bleh juga nak biarkan news (good/bad) tidak diwar-warkan kerana bak kate orang putih "ignorance is bliss". Mungkin kita bleh bermula dengan membuat common noticeboard di lokasi strategik contohnya di jalan 2/4 dan jalan masuk utama (2/5G ke? yang dekat switchboard TM tuh). Setidak-tidaknya warga NusaPutra yang joging pepagi/pepetang bleh gak le singgah tengok baca.. rasanya tak salah kalo kita gunakan sikit balance collection masa raya aritu utk tujuan murni sebegini.

My 2-cents  :)
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

putra88

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 258
  • Gender: Male
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #6 on: 31 Dec, 03:18:51 PM »
setuju dgn cadangan noticeboard tu.
D'Puncak Putra

mizan

  • Guest
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #7 on: 04 Jan, 03:03:31 PM »
mmg susah nak membentuk minda manusia yg inginkan infrastruktur kelas pertama tapi fikiran masih kelas ketiaga. Nak minta jwb bancian pun susah.. habis mcm mana??? tapi kalau nak komen orang semuanya yg negatif sj...penuh dgn prasangka yang tak membina.....!!

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #8 on: 05 Jan, 05:02:33 PM »
mmg susah nak membentuk minda manusia yg inginkan infrastruktur kelas pertama tapi fikiran masih kelas ketiaga. Nak minta jwb bancian pun susah.. habis mcm mana??? tapi kalau nak komen orang semuanya yg negatif sj...penuh dgn prasangka yang tak membina.....!!
Jangan begitu.. kita cuba-cubalah remind jiran-jiran kita, kot2 ada yang terlupa nak hantar maklumbalas tu..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

BardmyNusa

  • Goal Setting: "Kebebasan Kewangan & Keperibadian"
  • Penghuni
  • **
  • Posts: 20
  • Gender: Male
  • Kitalah penentu corak masa depan kita..!
    • Surf My Blog Info (F.O.C : It Free of charge..)
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #9 on: 11 Jan, 10:53:12 PM »
Salam sejahtera buat semua ahli forum ini.

Sebagai cadangan untuk mengadakan kawalan keselamatan ini, pertama-tama kita harus berbaik sangka dikalangan penduduk setempat. "Allah Ta'ala melihat akan sangka-sangkaan hati-hati kita " sebagaimana yg disebut dlm hadis Qudsi. Oleh itu sekali lagi disarankan, marilah berbaik-baik sangka sesama kita.

Ya, memang saya belum lagi menjadi penghuni tetap di kawasan punchak Nusa ini, namun saya menaruh kepercayaan dan keyakinan bahawa apabila ada berita keburukan yg melanda dikawasan kita sebenarnya kita sendiri yg menariknya tanpa kita sedari. Oleh sebab itu sentiasalah menanam sikap optimistik (ada kebaikkan disebalik keburukan yg melanda..). Ayuhlah kitan mencari kaedah yg terbaik utk meningkatkan keselamatan spt yg diwar-warkan itu.

Seperti ibarat pepatah lama; Bersatu kita teguh becerai kita roboh. (Umpama dinding bangunan yg mengelilingi antara satu sama lain. Jika ada retak dimerata tempat, sudah pasti dinding bangunan itu tidak stabil dan mungkin akan roboh kelak)..i.

Jika ramai pemikiran masyarakat kita hari ini spt ada yg tidak merasa puas hati disana sini, pastilah banyak lagi 'benda' lain atau perkara masalah lain yg akan datang bertimpa-timpa tanpa kita menyedari. Itulah akibat dari perasaan tidak puas hati yg sukar diubati..

Sedari itu, kita patut bersyukur kehadrat illahi kerana ruang forum ini sedikit sebanyak dapat diperluaskan lagi dan digunakan sebagai saluran untuk berhubung sesama kita walau dimana kita berada..

Bila rasa bersyukur ini meresap disanubari kita, insya Allah RahmatNya akan datang dan keselamatan serta mungkin, ya mungkin kita akan dapat mencari jalan pelbagai idea bagaimana utk melindungi keselamatan warga penduduk setempat.

Asas yg utama disini adalah kita mesti sematkan sentiasa rasa persaudaraan tidak kira apa idealogi pegangan agama, politik dan sebagainya. Tidak kira berapa banyak harta yg dimiliki atau berapa besar rumah yg diduduki sekarang. Semua itu tidak penting..

Kalaulah boleh semangat 'orang kampung' perlu sesangat diamalkan dikawasan perumahan seperti ini. Pendek kata; tak payah guna khidmat rondaan pun tak apa'.. Sebab; kita boleh memantau menerusi kaedah CCTV yg pelbagai jenis yg murah atau yg mahal.. Teknologi sudah berkembang pesat, jadi sudah pastilah kita mesti mengguna-pakai sebaik mungkin..

Nak print 'Poster Peringatan' disetiap rumah pun boleh, selain itu kita boleh mengisi kekosongan diwaktu malam dengan aktiviti seperti contoh ; mengadakan Kelas Silat Gayong/Cekak Melayu, Takewando, dsb.. Sedikit sebanyak bolehlah menyihatkan tubuh badan dgn mempelajari ilmu baru ini..

Mungkin kita akan memberi alasan umpama sudah berumur.. atau ada masalah kesihatan.. jika ada kemahuan disitu ada jalan..

Maaflah ye kerana berceloteh panjang sangat.. Harap-harap kita dapat merealisasikan tujuan yg utama iaitu 'Keselamatan Penduduk Tanggungjawab bersama'..

Insya allah.. Wallahualam.

Ps: Segalanya bermula kejadian apabila ada perasaan ketakutan/kebimbangan/ketakutan yang melintasi/terlintas/terdetik disanubari (sangkaan hati) maka lekas-lekaslah menukar sangkaan itu kepada yg positif.. Yakin dan percayalah hanya Allah s.w.t tempat kita berlindung dan bertawakal.. itulah perkara selepas kita berdoa.. "Tidak bergerak sebesar zarah, melainkan dengan IzinNya, sudah bergerak sebesar zarah melainkan dengan IzinNya jua, Aku bermintak sebesar zarah kejahatan itu Kau 'Tutupkanlah', sebesar zarah kebaikkan itu Kau hampirkan lah.. berkat doa Kalimah "Laa illaha illallah" (rujuk jawi Alquran ye..)

putra88

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 258
  • Gender: Male
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #10 on: 19 Jan, 07:29:30 PM »
Apa dah jadi dengan cadangan untuk mengadakan kawalan sepenuh masa di Nusa Putra. Nampaknya belum ada bunga-bunga ianya akan menjadi kenyataan sedangkan kejadian jenayah semakin menjadi-jadi di kawasan Putra Mahkota ni.....
D'Puncak Putra

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #11 on: 29 Jan, 03:04:20 PM »
Apa dah jadi dengan cadangan untuk mengadakan kawalan sepenuh masa di Nusa Putra. Nampaknya belum ada bunga-bunga ianya akan menjadi kenyataan sedangkan kejadian jenayah semakin menjadi-jadi di kawasan Putra Mahkota ni.....

Salamm.. kalau ikut kata Tuan Pengerusi PP NusaPutra, cuma around 50 penduduk yang mengembalikan borang kaji selidik dan majoritinya memberikan persetujuan kepada cadangan kawalan keselamatan.

Saya rasa kita boleh mulakan kutipan dengan around 50 buah rumah yang bersetuju dengan kos seminima yang boleh (mungkin mulakan dengan seorang pengawal jaga jalan masuk pada malam hari).Kemudian jika ada lagi yang nak join, kita increase pengawal semana yang mampu.

Saya dapat tau yang kawasan D'Sentral (Jln SP 3/(huruf)) mengambil pendekatan dan tindakan sedemikian kerana masalah yang sama dengan kita.

My 2-cents  :)

« Last Edit: 15 Jun, 03:58:54 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

putra88

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 258
  • Gender: Male
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #12 on: 18 Feb, 11:52:31 PM »
dengar kata dah beberapa round survey dilakukan oleh AJK yang dedikasi tapi sambutan masih dingin.....apa nak jadi???
D'Puncak Putra

hamisha

  • Guest
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #13 on: 19 Feb, 11:09:25 PM »
salam...saya ahli baru...saya pun nak tanya bila diorang nak mula collect bayaran untuk kawalan keselamatan tu..ada apa2 berita terbaru pasal keselamatan ditempat kita?

putra88

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 258
  • Gender: Male
Re: Kawalan Keselamatan Sepenuh Masa utk Nusa Putra
« Reply #14 on: 20 Feb, 12:24:02 AM »
entah jadi entahkan tidak......dan tak pasti pula samada tuan pengerusi atau mana-mana AJK menjadi ahli forum ni sebab tak pernah nampak respons dari mereka bila ada persoalan dibangkitkan mengenai Nusa Putra.....
D'Puncak Putra