Author Topic: MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple  (Read 2945 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

AaM

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 205
  • Helang Berlegar
MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple
« on: July 10, 2011, 01:05:38 PM »
Sinar ramadhan kembali lagi ... Apa yg ingin saya sharekan bukanlah tips2 yg pelik2, tp berdasarkan pengalaman sendiri, sharing info dr kawan2 dan pembacaan. Saya bukanlah expert dlm bidang ni tp mempraktikkan advice dr expert dlm bidang health & fitness je. So, saya mulakan je dgn harapan adalah rakan2 yg buleh tokok tambah lepas nih.

Mungkin ramai yg dah set objektif utk melakukan pengurusan badan melalui madrasah ramadhan nanti. Ianya x salah, tp perlulah dbuat dgn betul dan tepat (ini pendapat saya). Jika tak, jadilah pimai2 tangtu.

Tak dinafikan wujud byk produk2 kesihatan d luar sana yg bagus2 ... Tp utk diri saya sendiri, saya ambil kira constraint saya spt masa, kos, praktikaliti dan pelbagai. Setakat ni penurunan sbyk 6-7 kilo telah berlaku d samping overall health/fitness level yg lebih baik, alhamdulillah. Ini termasuklah utk mencapai abs,stamina, muscle dll yg sepatutnya.

Sekadar utk berkongsi pengalaman, berikut apa yg saya praktikkan dlm seminggu:
1) set niat/objektif utk mencapai SIHAT. InsyaAllah, berat badan ideal, BMI, waist/hip ratio, ukur lilit dsb akan menyusul kemudian. Niatkan utk kita gunakan SIHAT ini utk kebaikan
2) saya apply konsep2 dr MED (metabolic effect diet) dan acid-alkaline balance diet utk konsep pemakanan. Ringkas utk pemakanan - saya minimakan pengambilan gula putih, tepung putih, nasi putih atau senang cite, apa2 yg putih lah. Dan guna konsep food combining balance
3) kurangkan makan d luar seminima buleh sbb kita x pasti apa ingredient yg digunakan walaupun ianya sodap ... Bukan x leh langsung, tp saya limitkan
4) fresh fruit/sayur/wheat grass juice tanpa gula adalah salah satu menu rutin harian
5) sesekali buat colon cleansing dan detox menu yg mudah - yg saya praktik ialah guna kombinasi wheatgrass, lemon juice, dan maple syrup
6) konsepnya saya kurangkan nasi putih, bykkan nasi perang dan organik
7) schedulekan waktu mkn dgn betul ... Biar sket2 tp kerap pun x pe. Jgn skip breakfast, tp kurangkan yg berminyak2 mcm roti canai (ni yg payah nih  ;D)
8) utk roti ... Buat sendiri kat rumah guna wholemeal roti
9) sebenarnya byk lagi utk pemakanan ni, tp cukuplah dulu utk kat atas
10) utk melengkapkannya jgn lupe exercise walau sekejap. Konsep yg saya buat mungkin sesuai utk saya je sbb tak sempat nak gi gym, atau spend hours just utk beriadah, cycling, swimming, dsb.
11) saya pilih dan pelbagaikan senaman/riadah utk 6 hari, dan 1 day rest. Setiap sessi 5-15 minit je (bergantung pd slot masa yg ada). Max pun 30 min terutama bila bual interval run (kombinasi easy jog dan fast run). Tools utk bodyweight pula - guna dumbbell dan gymball je. Bila outing, baru guna gymstick. Sesekali buat tari silat melayu dgn tool spt selengan atau keris atu tekpi atau tangan kosong je dan senaman tua, dan senaman petua2 lain
12) ringkasnya, body kita mmg fitrahnya didesignkan utk bergerak. Terpulang pd apa2 yg kita minat, buatlah ... Jgn dok statik membiarkan diri terabai! Paling tidak ... Belajarlah guna tangga utk ke ofis. Simple dan buleh buat bila2 masa
13) jadi bila datang ramadhan nanti, upgrade lah diri utk kawal nafsu mkn ... Mmg terliur tgk air cendol, ayam golek, dsb d pasar2 ramadhan nanti... Tp kalu kita nak kembali pd fitrah kesihatan yg baik, bulan ramadhan antara masa yg terbaik. Tp kena jaga2 bhgn makan2 nih ... Kurma? Kena jadikan rutin berbuka dan pastikan amalkan jenis yg baik.

Sekian, semoga info ini berguna utk rakan2.

M A T R I X

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1140
Re: MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple
« Reply #1 on: July 10, 2011, 07:36:43 PM »

4) fresh fruit/sayur/wheat grass juice tanpa gula adalah salah satu menu rutin harian


berkenaan fresh fruit yang disebutkan oleh Tuan, di sini ada Jus Buah-buahan yang dibuat daripada 19 jenis buah terbaik didunia. Rasanya cukup lazat dan sedap. Check post di http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=8575.0

AaM

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 205
  • Helang Berlegar
Re: MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple
« Reply #2 on: July 20, 2011, 09:45:27 AM »
Terimakasih tuan matrix. Saya maklum ttg Acaiberry cuma belum mencubanya. Mungkin buleh try lepas ni.

Sengaja saya timbulkan balik topik ni, walaupun x sepopular 'Bersih 2.0' ataupun topik2 yg seronok disembang, tapi ianya cukup relevan utk disedari kepentingannya oleh semua msykt hari ni.

Saya baru melepasi ujian offshore MC yg agak komprehensif, alhamdulillah resultnya lebih baik berbanding masa umur2 muda dulu. Experiment saya bermula kira2 3 bulan yg lepas dgn kaedah2 yg saya sebut sebelum ni telah membuahkan hasil ... Alhamdulillah. Disclaimer saya - ia mungkin sesuai utk saya, mungkin tak utk org lain.

Mungkin ada yg memilih utk mengambil produk2 terbaik d pasaran ... mcm Herbalife, Acaiberry, ECPI, dsb ... Silakan sbb ia pilihan dan poket masing2.

Apa investment saya:
1. Kasut yg sesuai, beberapa alat senaman basic & teknik
2. Kaedah pemakanan yg fitrah tp dgn penyediaan yg menyeronokkan (Antara buku bahasa Melayu yg baik utk dijadikan bhn bacaan ialah - Kenapa Rasululullah SAW tidak sakit, dan byk lagi)
3. Dll

Dgn kedatangan ramadhan nih ... lagilah membantu utk kita kembali kpd fitrah kejadian kita. Pendeknya, jgn biarkan diri terbiar tanpa mandapat manfaat yg terbaik dari ramadhan ni. InsyaAllah, kita mampu melakukan perubahan ini!! JOM BERSIHkan diri, jiwa, raga ... dan apa2 lagilah. Sambut Ramadhan mcm nak sambut raya, amacam?? ;D


amran

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 272
  • Gender: Male
Re: MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple
« Reply #3 on: July 20, 2011, 11:41:25 AM »
Sama-samalah kita berdoa agar puasa kita di bulan Ramdhan kelak diterima oleh Allah. Sepanjang Ramadhan ni boleh kita mengurangkan makan minum dan berbelanja secara berhemah dan meningkatkan amal ibadah.  Semoga kita diberi kekuatan dengan godaan pelbagai juadah di Bazar Ramadhan kelak.  Berbelanja secara berhemah dan ala kadar.  Wallaualam...
Am

adyan

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 117
Re: MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple
« Reply #4 on: July 26, 2012, 03:31:24 PM »
Salam..Kepada warga Putra mahkota..Nak maklumkan bahawa 1 kelab nutrisi sihat akan dibuka di BSP selepas raya. Datanglah bermai-ramai. Tuan/ puan akan dihidangkan dengan minuman shake 1,2,3 dengan harga berpatutan. Pemakanan sihat serta nutrisi yang seimbang. Bulan ramadhan ni dalam proses nak loading barang. Tp jika berminat boleh PM saya. Tengah juga mendapatkan operator untuk sama-sama mengimrahkan club ini. Jika nak uji rasa shake 123 selepas terawih pun kita kan provide. By appoinment..Sila PM SAYA

adyan

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 117
Re: MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple
« Reply #5 on: July 22, 2013, 10:10:10 AM »
En Matrix..


Alhamdulillah amat bagus info yang en matrix sampaikan tu..Kalulah semua orang macam en matrix saya rasa org malaysia ni lebih sihat dan kurang pesakit mendapatkan rawatan ke klinik.. Tapi malangnya ramai orang malaysia TERLEBIH SIHAT..terutama bulan ramadhan dan hari raya..HEBALIFE datang dengan membawa misi untuk ubah kehidupan orang lain..

Alhamdulillah ini ramadhan sayakedua bersama HERBALIFE..Badan lebih bertenaga di samping kita dapat kawal nafsu makan waktu berbuka puasa..Herbalife bukan supplement food TETAPI BALANCE food..Dengan haraga sebotol Formula 1.  RM 171.72 dibahagi dengan 30 hari hanya RM 5.80 sehari adakah ia MAHAL?

Sebelum herbalife saya ada masalah resdung kronik, overfat, masalah lutut, tekanan darah rendah dan low energy..Alhamdulillah dengan consume herbalife  konsisten masalah tu semua improved..Punca adalah lifestyle dan pengambilan makanan yang tidak seimbang..

Jika tuan serius nak improve kesihatan bolehlah PM..Beri kepada orang yang memerlukan..

adyan

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 117
Re: MENJELANG RAMADHAN - Tips sihat mudah & simple
« Reply #6 on: July 22, 2013, 10:11:02 AM »
Maaf bukan tuan MAtrix..TUan Aam