Author Topic: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA  (Read 17091 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« on: August 07, 2011, 05:19:07 PM »
'Ke mana perginya wang zakat kita?'
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11
2:56pm
Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/172234

ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

NONESaya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

Nota: Tu yg pelik, duit banyak tapi masih ramai yg berhak tidak mendapatnya.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #1 on: August 07, 2011, 07:18:03 PM »
Ramai yg tak berhak yg 'nampak' je duit tu....

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #2 on: August 07, 2011, 09:54:46 PM »
Quote
Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Di Harian Metro hari ini di muka 14  ...Seorang wanita melayu yg mempunyai 2 anak terpaksa menerima ihsan bulanan dari gereja krn sukar mendapat bantuan dari pihak tertentu.

Nak minta bantuan dari sdr se agama dan pihak2 berwajib terlalu sukar dan byk sgt birokrasi.  :(
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #3 on: August 08, 2011, 09:42:56 AM »
Mana datangnya sumber  untuk membina bangunan2 zakat negeri yang nampak mewah? Adakah dari wang zakat atau ada peruntukan dari kerajaan.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #4 on: August 08, 2011, 10:21:03 AM »
Mana datangnya sumber  untuk membina bangunan2 zakat negeri yang nampak mewah? Adakah dari wang zakat atau ada peruntukan dari kerajaan.

..duit kutipan zakat untuk diagih2kan kepada 8Asnaf ( penerimanya) , bukan untuk belanja pembangunan , dilaburkan ataupun  simpam kt bank, 
inilah akibatnya bila semua benda ditadbir oleh "golongan Bisnisman" .. Buat program bantuan Zakat kena liputan media / TV, .. ada menteri itu ..ini buat serahan wang agihan Zakat .. NK glamer semata2 dan milage politik.

..contoh lain , cuba kita tanya Tok Nazir yg jaga masjid, berapa ada dalam simpanan mestinya tak kurang dari ratus ribu. Agaknya nak jadi Masjid Qarun kot,  Manafaatlah duit tu, gunakan untuk beri beras, gula dsbnya kat golongan-golongan yg amat memerlukan. Bukannya simpan kat bank dan lepas tu berbangga duit masjid yg dijaga ada beratus-ratus ribu. . nk JADI AJK terbyk kumpul duit,  Asyik myasukk je, tak prlu keluar dah. Apa ke jenis kepimpinanan mcm ni.

Jangan jadikan masjid / surau kita  "Masjid Qarun".

Kadang-kadang kita sedih juga bila lihat carta kewangan mesjid / surau  tu ada bratus ribu tapi bilik air, kebersihan surau  zero. Tak terluak langsung jika kita gajikan pekerja dgn duit dermaan tu utk bersihkan surau . Bila tanya kenapa surau  kotor, jwpn standard "toilet dah lama dan buruk". Itu semua bukan alasan. Lama dan buruk boleh jadi cantik jika kita pandai menjaga kebersihan.

Harap-harap ada Tok Nazir yg terbaca ni, terbukalah hati utk mulakan program sedekah ini. .
___________________
aku /..PMB

mud_ismail

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 1001
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #5 on: August 08, 2011, 10:25:24 AM »

Salam,

Itulah balanya..kalau orang yang bukan ahlinya(pakar+tau hukum hakam) yang menjaganya...

Sekian.
“Jangan kita berkira dengan Allah, nanti Allah berkira dengan kita. Jangan kita tiada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita.”

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #6 on: August 08, 2011, 10:33:43 AM »
Bagi pemilihan penerima zakat, mesyuarat akan diadakan bbrp kali setahun. Saya pernah dijemput menyertai mesyuarat pemilihan berkenaan atas kapasiti mewakili pegawai daerah (Unit Pembangunan Masyarakat).

Daripada 3000-4000 pemohon, yang layak hanyalah dalam 1000 orang. Selebihnya, berdasarkan maklumat yang diisi atas borang, tidak mencapai piawaian yang ditetapkan untuk negeri Selangor.

Ada kes pemohon bantuan ada astro di kediaman. Ini bukan kes mereka tak mampu, tetapi lebih kepada kes mereka tak mengatur kewangan dengan bijak.

Dan tak dinafikan, ada bangsa Pakistan yang mendapat kewarganegaraan... (IC biru) tetapi permohonan ditolak kerana ada masalah dengan kad pengenalan. Alat pengimbas kad pengenalan tidak dapat mengesahkan kad berkenaan (probably cip kad rosak). Sedangkan mengikut piawaian orang tersebut layak....  ???

Dengan kekuatan 5-6 orang di Pejabat Lembaga Zakat, tidak mustahil jika ada pemohon yang betul-betul layak tidak mendapat bantuan.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #7 on: August 08, 2011, 10:34:22 AM »
saya sendiri tak faham organisasi zakat ni... tapi bukankah ada panel syariah atau ustaz2 yg memberikan nasihat bagaimana nak uruskan wang-wang ini?
atau mungkinkah masyarakat seperti kita yg tak mainkan peranan dalam membantu pusat zakat untuk menentukan siapa yg berhak!
dalam masa yg sama, adakah mencukupi wang yg diberikan kepada mereka ini dengan pertambahan kos harian?

Mana datangnya sumber  untuk membina bangunan2 zakat negeri yang nampak mewah? Adakah dari wang zakat atau ada peruntukan dari kerajaan.

..duit kutipan zakat untuk diagih2kan kepada 8Asnaf ( penerimanya) , bukan untuk belanja pembangunan , dilaburkan ataupun  simpam kt bank, 
inilah akibatnya bila semua benda ditadbir oleh "golongan Bisnisman" .. Buat program bantuan Zakat kena liputan media / TV, .. ada menteri itu ..ini buat serahan wang agihan Zakat .. NK glamer semata2 dan milage politik.

..contoh lain , cuba kita tanya Tok Nazir yg jaga masjid, berapa ada dalam simpanan mestinya tak kurang dari ratus ribu. Agaknya nak jadi Masjid Qarun kot,  Manafaatlah duit tu, gunakan untuk beri beras, gula dsbnya kat golongan-golongan yg amat memerlukan. Bukannya simpan kat bank dan lepas tu berbangga duit masjid yg dijaga ada beratus-ratus ribu. . nk JADI AJK terbyk kumpul duit,  Asyik myasukk je, tak prlu keluar dah. Apa ke jenis kepimpinanan mcm ni.

Jangan jadikan masjid / surau kita  "Masjid Qarun".

Kadang-kadang kita sedih juga bila lihat carta kewangan mesjid / surau  tu ada bratus ribu tapi bilik air, kebersihan surau  zero. Tak terluak langsung jika kita gajikan pekerja dgn duit dermaan tu utk bersihkan surau . Bila tanya kenapa surau  kotor, jwpn standard "toilet dah lama dan buruk". Itu semua bukan alasan. Lama dan buruk boleh jadi cantik jika kita pandai menjaga kebersihan.

Harap-harap ada Tok Nazir yg terbaca ni, terbukalah hati utk mulakan program sedekah ini. .

Salam,

Itulah balanya..kalau orang yang bukan ahlinya(pakar+tau hukum hakam) yang menjaganya...

Sekian.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #8 on: August 08, 2011, 10:43:31 AM »
Bagi pemilihan penerima zakat, mesyuarat akan diadakan bbrp kali setahun. Saya pernah dijemput menyertai mesyuarat pemilihan berkenaan atas kapasiti mewakili pegawai daerah (Unit Pembangunan Masyarakat).

Daripada 3000-4000 pemohon, yang layak hanyalah dalam 1000 orang. Selebihnya, berdasarkan maklumat yang diisi atas borang, tidak mencapai piawaian yang ditetapkan untuk negeri Selangor.

Ada kes pemohon bantuan ada astro di kediaman. Ini bukan kes mereka tak mampu, tetapi lebih kepada kes mereka tak mengatur kewangan dengan bijak.

Dan tak dinafikan, ada bangsa Pakistan yang mendapat kewarganegaraan... (IC biru) tetapi permohonan ditolak kerana ada masalah dengan kad pengenalan. Alat pengimbas kad pengenalan tidak dapat mengesahkan kad berkenaan (probably cip kad rosak). Sedangkan mengikut piawaian orang tersebut layak....  ???

Dengan kekuatan 5-6 orang di Pejabat Lembaga Zakat, tidak mustahil jika ada pemohon yang betul-betul layak tidak mendapat bantuan.

...mungkinkah sampai perlu sokongan Ketua Cawangan AmNo ..kot2 baru dpt.  ;D ha ha ha ha ha
___________________
aku /..PMB

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #9 on: August 08, 2011, 11:47:26 AM »
Quote
Ada kes pemohon bantuan ada astro di kediaman. Ini bukan kes mereka tak mampu, tetapi lebih kepada kes mereka tak mengatur kewangan dengan bijak.

Semalam di facebook kenalan2 sy, perkara  bantuan zakat dan bantuan dari JKM ada dibincangkan. Salah se org dari mereka ada membuat kenyataan ttg penerima bantuan JKM yg ada yg memiliki Astro.

Sy agak sedikit 'terasa' di sbb kan sy adalah penerima bantuan/elaun dari JKM yg melanggani Astro. Sy mengajukan semula soalan kpd mereka berkaitan JKM dan Astro  ;D . Tak perlu sy kongsikan detail perbahasannya di sini krn topik di sini berkaitan zakat bukan JKM.

Kisah wanita melayu yg menerima bantuan dari gereja.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Nurtiadapilihan/Article/artikelMA

**************************

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #10 on: August 08, 2011, 12:45:42 PM »
...mungkinkah sampai perlu sokongan Ketua Cawangan AmNo ..kot2 baru dpt.  ;D ha ha ha ha ha

Apa daaa! Cerita negeri Selangor lar... Negeri diperintah PR.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #11 on: August 08, 2011, 01:00:29 PM »
...mungkinkah sampai perlu sokongan Ketua Cawangan AmNo ..kot2 baru dpt.  ;D ha ha ha ha ha

Apa daaa! Cerita negeri Selangor lar... Negeri diperintah PR.

..maksud saya mn2 negeri pun sama. Birokrasi dlm pentadbiran zakat ni byk sngt la tu....( tu yg nk surat2 sokongan tu sebagai
pembayang maksud birokrasi tahap tinggi la tu .. )

...kurangkan birokrasi tingkatkan pristasi  ( kata wahid -melodi )  ;D ;D
___________________
aku /..PMB

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #12 on: August 08, 2011, 01:39:44 PM »
..maksud saya mn2 negeri pun sama. Birokrasi dlm pentadbiran zakat ni byk sngt la tu....

Setuju. Berlaku di semua negeri, bukan hanya di Selangor... :-\

amran

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 272
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #13 on: August 08, 2011, 02:53:45 PM »

..duit kutipan zakat untuk diagih2kan kepada 8Asnaf ( penerimanya) ,  bukan untuk belanja pembangunan , dilaburkan ataupun  simpam kt bank, 
inilah akibatnya bila semua benda ditadbir oleh "golongan Bisnisman" .. Buat program bantuan Zakat kena liputan media / TV, .. ada menteri itu ..ini buat serahan wang agihan Zakat .. NK glamer semata2 dan milage politik.

[/quote]
Ini info yang saya dapat dari laman web Lembaga Zakat Selangor....Rasernya kat mana-mana negeri pun mungkin sama.............
Sejumlah besar wang zakat telah diperuntukkan bagi tujuan pembangunan institusi agama seperti masjid, surau, sekolah agama dan surau sekolah di seluruh Selangor.
Ia bertujuan menjamin kebajikan dan keselesaan, di samping mengatasi masalah struktur bangunan dan kerosakan agar pembinaan institusi agama dapat dilaksanakan dengan sempurna. Bukan setakat itu sahaja, pembinaan dan baik pulih institusi agama ini juga, akan dipantau supaya menepati spesifikasi pembinaan, agar kualiti pembinaan benar-benar terjamin demi keselamatan dan keselesaan umat Islam.
Berikut adalah antara bentuk agihan zakat Program Pembangunan Institusi Agama:
•   Bantuan karpet masjid/surau.
•   Bantuan peralatan masjid/surau.
•   Bantuan pembinaan/baik pulih masjid.
•   Bantuan pembinaan/baik pulih surau.
•   Bantuan pembinaan/baik pulih surau sekolah.
•   Bantuan pembinaan/baik pulih institusi agama luar negara.
•   Bantuan pembinaan/baik pulih sekolah agama.
•   Bantuan keperluan/peralatan/perabot sekolah.
Am

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #14 on: August 08, 2011, 03:34:01 PM »
Harapnya tidak terlalu sibuk membaikpulih masjid sampai terlupa yang fakir miskin ;D